The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, June 18, 2015

Antara Warna dan Kerjaya ?


Assalammualaikum

Sabtu lepas.. aku berpeluang untuk mengikuti Prebiu Ekslusif DVD Training - Warna & Kerjaya oleh Puan Shuhada Alauddin dan kakitangan MYRYL Point.

Terima kasih kepada Ben Ashaari dan team Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut menjayakan seminar ni.. seriously, memang terbaik !







Apa tu MYRYL?
Master Yourself, Revamp Your Life (MYRYL), mengajar kitorang dalam perkembangan personaliti selain dari mengenal potensi dan kelemahan diri berdasarkan terapi warna dan penguasaan fikiran.

Antara key point yang ditekankan oleh Puan Shuhada adalah tentang warna diri kita.. setiap orang ada warna masing-masing. Setiap warna itu pula melambangkan sikap dan peribadi kita sendiri. Tapi bukanlah kesemuanya tu betul.. mungkin ada yang lebih dan kurangnya. So, kitalah yang menjadi cermin pada diri kita sendiri dengan mengimbangkan nilai-nilai positif dan negatif tu. ^_^











Selain dari itu, Puan Shuhada juga menceritakan tentang pengalamannya sendiri tentang peralihan kerjayanya. Who knows? Sebelum ni dia LAWYER tau ! Siapa sangka.. seorang peguam, berhenti kerja dari menjadi seorang peguam dan menukar kerjayanya sebagai seorang pakar dalam personality development ! Seriously, aku memang kagum sangat. I wish aku seberani dia..  tapi.. belum masanya lagi kot.. Insya Allah.. one day !


Seminar ni best sangat dan tak mengantuk langsung.. even aku ni nak pegi tandas pun fikir banyak kali.. sebab takut missed info-info yang bagus dari puan Shuhada. Gitu ! Lagi pulak Puan Shuhada bijak dalam mengadunkan kandungan seminarnya dengan mengadakan senaman.. hahh.. bukan senaman ringan tauu.. ZUMBA terus.. maka terkeluarlah semua bakat-bakat team KBBA dalam seminar tu.. ada yang lap tingkap, ada yang petik buah.. ada yang sampai longgar-longgar lutut tu.. hahahaa


video


Another tips & trick yang diturunkan oleh Puan Shuhada adalah tentang cara berjalan, cara duduk dan cara mengenalpasti personaliti orang dari caranya berdiri, berjalan dan bersalam. Tu dia ! Rasanya.. kalau dia just tengok aku macam tu je.. pasti dia terus tau.. aku ni jenis macam mana.. hahahaha...





Syukur alhamdulillah.. lepas mengikuti seminar ni, aku rasa target aku nak mencapai cita-cita aku tu semakin cerah.. tak lama.. Insya Allah.. kurang dari 10 tahun.. paling awal 4-5 tahun akan datang.. sikit-sikit Insya Allah.. people will talk a lot about it.. but it's not about people want to see, but it's about what you want to do !

Aku sangat recommend agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan seminar / bengkel dari MYRYL ni sebab bengkel ni mengajar kita untuk berfikiran positif selain membantu kita untuk memperbaiki kelemahan diri. Selain tu, bengkel ini juga mencabar diri sendiri untuk lebih maju dan ke arah perkembangan kerjaya sesuai dengan diri.



Boleh hubungi team MYRYL Point :

Laman Web : www.myryl.net
Instagram : https://instagram.com/myrylpoint

till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. kursus best, trainer pun best..TOTALLY mmg BEST hehehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^