Friday, June 12, 2015

Cara Memohon Malaysia Hall di Australia

Assalammualaikum..

Entry ni.. adalah khas untuk macam mana nak apply untuk menginap di Malaysia Hall Melbourne. ^_^ especially di Melbourne. Rindu Melbourne tauu... ^_^

Siapa yang pernah baca entry sebelum ni, aku pernah buat permohonan yang sama pada tahun 2013 kan... tapi masa berubah.. maka, teknologi pun dah berubah.. so, untuk tahun 2015 ni.. kalau sesiapa tengok website Education Malaysia Australia tu, memang dah berubah.

Bebaru ni aku tengok, permohonan pun dah ONLINE.. senang sangat nak apply ! Jom follow aku untuk belajar cara-cara untuk memohon Malaysia Hall di Australia.




Cara-caranya masih sama...

1) Kenalpasti tarikh travel
Seperti kebiasaannya, Malaysia Hall ni akan utamakan student untuk menginap di sini. So, kalau timing kita pegi tu low season.. so, study awal-awal time korang pegi tu, time low season atau high season.. sebab kalau high season.. sadakallah la.. memang tak lulus punya la.. bersedia je la apply kat tempat lain.. ^_^

Bila time cuti sekolah kat sana tu? Boleh check kat sini

2) Bila masa yang sesuai untuk apply?
Kalau boleh, selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh menginap. Macam yang biasa aku buat, aku apply 4-5 bulan sebelum bertolak. Memang nampak agak awal kan.. tapi just in case kalau permohonan ditolak ke.. so korang akan ada masa untuk prepare for another accomodation. Ingat ! mesti ada Plan B just in case Plan A tak jadi !

3) Buka website http://www.ema.org.au/v2/
Untuk permohonan penginapan di Perth, Melbourne dan Sydney ni, website untuk Education Malaysia Australia ni sama je.. klik je kat link atas tu.. then nanti dia akan keluar seperti di bawah :

Klik pada menu Malaysia Hall

Pilih Malaysia Hall mana yang korang nak duduk. Macam aku, aku pilih Melbourne

so, dia akan keluar detail macam kat belah kiri tu beserta dengan map sekali

4) Baca dan fahamkan

Klik pada Staying at Malaysia Hall Melbourne dan paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Sila baca betul-betul dan fahamkan especially bab check-in dan check-out time tu. Kadang orang tak alert pasal menda ni dan menyebabkan berlakunya salah faham. Apa-apa bincang dengan penyelia di situ, kot la boleh nego kan.. ^_^

Untuk stay kat sini, ada syarat-syaratnya, iaitu :

Pelajar - rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Australia
Tetamu - Rakyat Malaysia, pelajar atau bukan pelajar yang hanya transit (bercuti, melancong) di Australia

Jenis Bilik - twin study bedroom (sama jantina)

Perlu diingatkan ye.. kalau korang datang berpasangan (suami isteri), kena tunjuk surat nikah tau. So, bawa la kad nikah tu ye.. kalau datang family memang dah sah-sah lah family kan.. kecuali la kalau family tu pun family FAKE ! hihihi




Oh ye.. macam biasa..  nak stay sini kena bayar deposit tau.. 

Cagaran bilik - $100 untuk setiap permohonan 
Cagaran kad / pas keluar masuk - $100 bagi setiap kad 

Cagaran sebanyak $200 ini akan dikembalikan semasa check out. Jangan hilangkan kad tau.. kalau hilang.. memang BURN la $100 tu..

Selain dari tu, sebanyak $15 dikenakan bagi setiap penginap untuk caj perkhidmatan bilik. So, kalau ada 4 orang tetamu, maka $15 x 4 orang lor.. ^_^

5) Isi borang bermohonan secara online

Macam yang aku mention awal-awal tadi.. teknologi dah berubah.. dulu manual.. sekarang ONLINE.. so, isi je borang Permohonan Tetamu Malaysia Hall secara online.. lepas tu SUBMIT !

Mudah je kan.. 
  

Selamat memohon dan selamat bercuti-cuti di Australia ! Jumpa di sana.... ^_^



Nak cari penginapan di Melbourne ? Booking.com
till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

5 comments:

  1. Aicehhh...mcm tau je Sally tgh usha Melbourne... Taping nak g Taiwan dulu kot

    ReplyDelete
  2. Yayy! Bagus info ni Kak Mas... Sesuai untuk mereka yang mencari info pasal MH kan

    ReplyDelete
  3. @Safura Poobritney

    Sapooora,
    cpt update stori europe... i nak pegi thn dpn.. kikiki

    ReplyDelete
  4. tq utk tip
    masuk melbourne dlm list dulu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^