Monday, June 22, 2015

Kebersihan anak.. keutamaan kami !

Assalammualaikum..

Pada masa ini, memang tidak dapat dinafikan lagi.. kebersihan diri adalah menjadi perkara utama yang perlu diberi perhatian. Siapa tahu.. sekecil-kecil bakteria mampu menjadi sebesar-besar virus yang sukar dikawal. Terutama dalam penjagaan peribadi kanak-kanak yang pastinya kita tahu, mereka banyak melakukan aktiviti luaran seperti bermain bola, bermain pasir dan sebagainya. Dan yang pasti, mereka terdedah kepada bakteria yang mungkin menyebabkan penyakit seperti selesema, batuk, demam dan penyakit mata dan kulit.


Setiap ibubapa pastinya berasa bimbang akan perkara ini dan akan cuba mencari penyelesaian dan produk dalam menangkis segala penyakit dari menyerang anak-anak. Tetapi adakah produk yang digunakan sesuai digunakan untuk kanak-kanak ?


Sebagai inisiatif dari penyebaran bakteria yang berleluasa terhadap kanak-kanak, Carrie Bac Buster telah melancarkankan Antibacterial Super Bodywash dan Antibacterial Super Handwash bagi mengatasi perkara ini. Rangkaian produk Carrie Bac Buster ini menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya. Selain dari bebas dari alkohol, Carrie Bac Buster ini telah dibuktikan secara klinikal selamat dan lembut untuk kulit kanak-kanak. Ia juga mengandungi pelembab berasaskan tumbuh-tumbuhan yang membantu mengekalkan kelembapan kulit selain melindungi dari bakteria berbahaya.





Yang paling best, Carrie Bac Buster ini didatangkan dalam 2 variasi buah-buahan iaitu Blasting Blueberry dan Smashing Strawberry. Kedua-duanya mempunyai bau yang pasti memikat anak-anak untuk menggunakannya. Ehem.. bukan anak-anak saja yang suka tau.. mak-mak pun suka ! 



Kedua-dua produk ini boleh didapai di hipermarket, pasaraya, rangkaian farmasi dan kedai runcit berhampiran dengan harga yang sangat munasabah dan telah termasuk dengan GST sebanyak 6%.

Carrie Bac Buster Antibacterial Super Bodywash
90 gm - RM4.45 WM / RM4.65 EM
280gm - RM10.20 WM / 10.70 EM
700 gm - RM22.55 WM / RM23.70 EM

Carrie Bac Buster Antibacterial Super Handwash
250 gm - RM8.15 WM / RM8.55 EM

video


till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

3 comments:

  1. kebersihan anak Farah pun utamakan, sebab dari kebersihan ni lah kita nak kawal dan cegah penyakit... dan Carrie Junior memang pilihan Farah...Wahhh dah ada Carrie Bac Buster...Bolehlah Farah cuba ni... Thanks Anil for sharing... Love you...Muackss...

    ReplyDelete
  2. saya takdak anak lagi....bestkan ada anak...macam main anak patung...ehh....hihihii....

    ReplyDelete
  3. suka mandian carrie junior ni.. wangi!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^