Masak dan Menang bersama Kicap Mahsuri

Assalammualaikum..

Siapa yang tak kenal dengan kicap Mahsuri.. bukan sahaja sedap, tapi sesuai untuk digunakan untuk pelbagai jenis masakan dan boleh juga dimakan begitu sahaja.. ^_^


Sepanjang bulan puasa hari tu, aku sempat menghadiri salah satu acara amal yang diadakan oleh Kicap Mahsuri bersama Rumah Kesayangan Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat.


Antara acara yang diadakan adalah persembahan badut bersama anak-anak yatim dan asnaf zakat.. seronok sangat dorang sampai ada yang duduk kat bawah sebab nak tengok persembahan dari badut tu.. ^_^


Selain itu, acara penyampaian sumbangan kepada Rumah Kesayangan Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat juga diadakan selepas persembahan badut dan pastinya acara ini diserikan lagi dengan kehadiran beberapa orang artis tanahair yang turut memeriahkan dan menggembirakan kanak-kanak di sini.. ^_^



Majlis ini diakhiri dengan sesi berbuka puasa kanak-kanak dari Rumah Kesayangan Anak Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat bersama media dan artis dan menu utamanya adalah Nasi Ambeng. Yummy.. ini adalah kegemaran aku.. kicapnya memang sedap dah terasa sehingga masin, manis dan pedasnya. Inilah kelebihan kicap Mahsuri.


Menurut Pengarah Pemasaran Mahsuri, seramai 24 orang pemenang yang akan meraih RM500 dengan mencipta resepi Buka Puasa mereka dengan menggunakan bahan asas produk Mahsuri akan turut melawat dan meraikan rumah kebajikan sepanjang tempoh pertandingan.

Antaranya adalah :-
20 Jun - Pusat Jagaan Rumah Kesayangan
27 Jun - Rumah  Kebajikan Baitul Hidayah
4 Julai - Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari
11 Julai - Rumah Nur Sakinah


Korang pun boleh join juga tau.. ^_^  Bermula 28 Mei hingga 8 Julai

- Hanya perlu beli produk Mahsuri
-  Masak menggunakannya untuk juadah berbuka puasa anda
-  Snap picture masakan anda
-  Kemudian kongsikan di facebook MyMahsuri dengan hashtag
#MyMahsuri  ( dan hashtag sos yang anda gunakan)
#Manis   #Pedas    #Tiram   #Ayam




Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/MYMahsuri 


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^