The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Monday, June 22, 2015

Shorttrip ke Medan - Day 1


Assalammualaikum..

Kabare? Hihihi.. aku waras.. Kue udah mangan? Hahaha.. paham ke idok? Tetiba nak speaking Jowo plak kan… takde kena mengena langsung ngan entry yang aku buat ni… hihihi.. sebenarnya 2 bulan lepas, aku pegi ke Medan, Indonesia. Dah la masa tu baru je seminggu lapor diri keje kat tempat baru.. so, sangat hectic lelagi aku kena mohon permohonan keluar negara buat kali kedua sebab yang opis lamanye tak bole guna. Alhamdulillah.. dipermudahkan segala urusan. So, pada 11 April, flight aku belah pagi.. so seawal jam 6.15 pagi, lepas Subuh, aku bertolak dari rumah ke KLIA2 yang mengambil masa kurang dari 15 minit. Encik suami drop aku kat departure hall dan kat situ, aku terus masuk jumpa ngan June, travel partner aku ke Medan. Lepas verify booking, aku pun masuk ke dalam boarding hall dan jumpa ngan June kat situ. Awal lagi sebenarnya, tapi saje takmo lambat-lambat kan..






Oh ye.. bagi yang tak tau.. Pakej 3D2N di Medan ni dimenangi oleh June masa Travel Blogger Meet Up tahun lepas. So, June bawa aku sebab syarat untuk redeem pakej ni kena 1+1.. so, untuk yang +1 tu kena bayar RM600 (full package) sebab package yang June menang ni hanya untuk dia sorang je.. Tah pape je dia nye syarat kemenangan tu.. kata menang untuk sorang.. so pegi je la sorang kan.. ni kan kena 1+1 plak.. seolah yang +1 tu kena bayar untuk semua. lepas tu plak ko bayangkan..  kalau aku bayar sorang-sorang RM600 tu, pakej dia Medan City Tour je kott.. adoiyaii.. lagi la aku rasa rugi.. So, atas budi bicara June, kitorang share bayar yang RM600 ni bahagi 2.. syukur… takde la aku sesak sangat nak bayo sampai RM600 ni.. baik aku pegi sendiri… hahahaha..



Okey.. sambung cerita.. Perjalanan dari KLIA2 ke Medan dalam 45 minit.. tak sempat nak kentut pun.. sampai Medan, kitorang disambut oleh Pak Donny. Kecik orangnya dan peramah. Lepas Pak Donny dah amik kitorang pagi tu.. kitorang lom makan lagi sebenarnya, tapi sebab pakej dia tak termasuk makan pagi.. so kitorang tahan perut je la.. makan je la bekalan yang ado.. huhu.. destinasi pertama yang dibawah, adalah kedai kain apa tah.. ni macam kat Beijing la.. kedai ni dah bayar untuk pak supir bawa kita ke tempat dia. Aku OK je.. kat sini takde la shopping sangat pun… sebab target nak pegi shopping kat Pajak Ikan. Lepas abis shopping kat situ, kitorang dibawa pula kat kedai souvenir yang takde rupa macam kedai souvenir.. hahaha.. pun sama status ngan kedai pertama tadi.

emas jual tepi jalan je tauuu





kedai aku... ^__^

 So, untuk destinasi seterusnya, kami di bawa ke Istana Maimoon. Kat sini, entrance fee semua included. So, kita cuma masuk dan melawat-lawat je la kan.. tapi ada pula kedai sewa baju Minang kat situ.. murah je beb.. Rp. 10,000 sahaja… lepas tu, gambar siap print Rp. 10,000 juga.. total Rp.20,000. Murah gilakk.. kira lebih kurang dalam RM5 sahaja untuk sewa baju + amik gambar. Lepas tu, ko bole pakai baju tu beserta aksesori dia amik gambar sendiri la kat keliling Istana Maimoon tu.. janji jangan rosak barang tu.. pelagi.. bermulalah acara photoshoot kitorang… datang sini terus jadi Puteri Minang.. kuangkuanggg..










Lepas berphotoshoot bagai nak rak kat Istana Maimoon ni, Pak Donny ajak makan tengahari.. since hari tu kebetulan adik ipar Pak Donny kahwin.. dia pun ajak kitorang makan kenduri.. hahaha.. 1st time kau makan kenduri masa tengah bercuti.. so, kitorang pun ON je.. memang best makan kenduri.. meriah juga la.. siap ada LIVE Band.. Pak Donny kata, kenduri kat sini sampai malam..  perghh.. kalau kat Malaysia, kenduri sampai kul 2 petang  tu pun dah takde orang.. kikikii..






Lepas makan kenduri,  kitorang rekues nak ke Pajak Ikan. So, Pak Donny pun bawa la kitorang kat kedai-kedai Pajak Ikan lama katanya.. tapi mahal kot barang-barang kat situ.. pastu dia kata ada Pajak Ikan baru.. so, kitorang pun dibawa ke Pajak Ikan baru.. Pajak Ikan sebenar ada kat belakang Medan Mall je.. tapi kitorang pegi kat bangunan sebelah Medan Mall.. kat sini memang kasut, baju, tudung semua murah-murah… memang rambang mata kitorang… duit juta-juta abis kat sini je.. hahahah.. kaya sangat kannn…






Abis shopping sampai rabak.. barulah kitorang check in hotel.. hotel yang diberi adalah Hotel Anaya.. aku malas nak buat hotel review sebab tak berapa banyak bintang aku nak bagi.. mau taknya.. si June minta air dari kul 6 petang.. kul 11 malam baru dapat.. tu lom bagi ngan bising gile sebab bilik kitorang sebelah dewan yang tengah wat taklimat Jom Kaya agaknya.. minta tukar bilik.. kata bilik penuh padahal.. mmm… untuk hari pertama je.. sampai 3 kali blackout kat hotel ni.. ko dah kenapa…  okey.. malas nak kata la.. memang padanlah dengan namanya.. MengANaya orang tul..
Okey.. sambung cerita.. lepas letak beg.. kitorang pun ajak Pak Donny keluar makan.. kesian dia penat rewang hari sebelum tu.. so, kitorang decide nak kuar makan awal supaya Pak Donny boleh rehat. Restoran yang kitorang pegi adalah Restoran Simpang Tiga. Memang sedap-sedap menu dia.. aku siap tambah kicap lagi.. sebab kicap dia sedap gilesss… tengah-tengah makan, kitorang bincang untuk itinerary esok.. sebab pakej ni Medan Tour.. so, memang Medan je la.. kalau dah sampai Medan tapi tak sampai Danau Toba.. tak sampai Medan namanya.. so, kitorang pun deal ngan Pak Donny nak pegi Danau Toba.. so, Pak Donny diskas ngan company dia dan kitorang kena tambah Rp. 500,000.. okey la.. takpe la.. so, kitorang bahagi 2, sorang Rp. 250,000. Pak Donny pesan nak gerak awal kul 6 pagi.. so, kitorang pun okey je..












Lepas tu, kitorang pun balik hotel dan bersedia untuk keluar awal esok…
















till then, tatababai

What's New

3 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^