Tuesday, July 21, 2015

Menang 4 tiket dari AirAsia dan TuneInsurance !

Assalammualaikum..

Selamat pagi.. Masih mood hari raya ekk... ^_^ aku nak kongsi sikit kegembiraan kitorang beberapa hari sebelum raya hari tu.. aku ada dapat emel dari AirAsia dan TuneInsure.

Menang tiket ke?

Alkisahnya, recent trip aku dengan AirAsia sebelum ni, memang aku ada amik insurans dari AirAsia atas beberapa sebab..



1- Trip ke Korea tu antara long journey aku untuk tahun ni.. since lately banyak pula kes-kes terpencil yang melibatkan kapal terbang ni.. so, as precaution, aku amik la insurans.. walhal, memang dah ada insurans pun yang aku amik kat pejabat..

2- Masa trip aku ke Medan, aku baru pindah opis baru, jadinya, kelulusan tu lambat sikit.. makanya, bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.. aku amik la insurans.. lagi plak masa tu, Medan tengah HOT pasal Gunung Sinabung yang keluarkan asap tu kan..

3- Masa trip aku ke Brunei pula.. tak sampai sebulan la aku baru balik dari Medan.. dan kali ni pula trip bersama keluarga.. so, amik je la insurans tu kan... ^_^

So, atas sebab-sebab diatas tu, aku amik insurans... dan alhamdulillah.. semua perjalanan aku selamat.. biasanya, untuk trip luar negara.. especially yang perjalanan jauh-jauh tu.. memang aku amik insurans..

Dan tak sangka pula sebab amik TuneInsure, AirAsia Travel Protection ni dorang hantar satu emel kat aku 2 hari sebelum Hari Raya bagi 4 voucher Kidzania.

Alhamdulillah.. so, semalam.. aku gigih la ke Bukit Damansara pegi collect tiket tu..


Untuk makluman, voucher yang diberi oleh TuneInsure ni adalah sebanyak 300 x 4 keping voucher. Banyak tu.. so, sorang boleh redeem 1 x 4 keping voucher. Masa amik pas nak masuk bangunan, pakcik guard tu bagitau, setakat hari ni, aku adalah orang yang ke 99 collect voucher tu.. perghh.. dorang ni tak raya ke?


So, naik ke Tingkat 9 dan ada 3 orang depan aku tengah collect voucher. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu, sampai turn aku dan bagi IC untuk verification dan tadaa...

free tiket ke Kidzania

check nama dalam sistem

Plan nak ke Kidzania ni memang dah lama.. tapi tu le.. aku dok tunggu-tunggu juga kot la ada yang nak sponsor.. Kah ! Alhamdulillah.. terima kasih AirAsia dan TuneInsurance .. ^_^ 

dah kenapa muka ngantuk tu?

kasik selfie satu

Betul.. aku ada banyak pengalaman dengan AirAsia.. flight delay.. flight cancel dan macam-macam lagi.. tapi itulah pengalaman.. ^_^

till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

4 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^