The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Monday, August 31, 2015

Blogger Day bersama Xing Xing di Zoo Negara !


Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. Blogger Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Zoo Negara telah berjalan dengan jayanya. Memang havoc ! Memang best ! Memang terbaik !

Aktiviti dimulakan seawal jam 9.00 pagi.. usai pendaftaran.. pihak urusetia telah membahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Hornbill dan Tiger. Bagi blogger pula, kami dapat tag, PANDA yang boleh ikut mana-mana kumpulan. Haruslah kita seiring sejalan dengan family kan.. ^_^



As kumpulan aku adalah Hornbill.. so kumpulan kitorang adalah kumpulan yang bergerak dulu.. bukan mudah juga urusetia Zoo Negara nak kumpulkan semua orang dalam masa serentak.. tapi no worries, kita ke sini for fun kan.. ^_^



team Hornbill

antara blogger dan family KBBA

Destinasi pertama adalah Butterfly Garden. Kat sini ada macam-macam jenis rama-rama yang berterbangan. Even kalau rama-rama ni suka dengan bau kita.. dia akan hinggap kat badan kita.. best sangat.. selain itu, trainee kat sini juga tunjukkan pada kitorang, macam mana rama-rama ni boleh jadi rama-rama.. Hahhh.. sape tau lagu ni?

Dari ulat jadi kepompong,
Hidup tidur dalam kelongsong,
Cukup masa kepompong pecah,
Jadi rama-rama yang indah...

Hihihi.. bagus tau lagu-lagu kanak-kanak ni.. secara automatik.. Iman pun boleh tau life cycle seekor rama-rama ni.. ^_^









Destinasi seterusnya adalah Hornbill Centre yang menempatkan beberapa jenis hornbill dan beberapa jenis haiwan lain seperti Siamang dan sebagainya. Memang agak havoc kat sini sebab haiwan-haiwan kat sini bertindak balas dengan bunyi-bunyi di sekelilingnya. Kat sini jugalah kitorang banyak belajar tentang bunyi-bunyian haiwan-haiwan yang selama ini kita anggap sama.. tapi sebenarnya.. berbeza tau.. ^_^

Amal dan papa angkatnye



Seterusnya kami di bawa ke Akuarium Tunku Abdul Rahman.. kat sini.. mak aiii.. macam-macam jenis ikan ado... dari ikan sekecil-kecil tapak tangan.. sampai la ke sebesar-besar basikal.. hiksss... 


The best show come next.. hehehe., kitorang tengok persembahan haiwan di Zoo Negara Show Amphitheatre. Memang LIVE Show.. ada burung kakaktua, ada singa laut, burung, ular dan macam-macam lagi.. Lebih-lebih lagi singa laut.. memang comel sangatttt....kalau korang datang sini.. memang WAJIB kena tengok show ni.. selain tu, ada juga maskot Panda yang korang boleh bergambar bersama tau... hiksss


Iman dan Mira bergambar bersama maskot Panda

eh eh.. ada kuda padi

Seterusnya, kami di bawa menggunakan tram ke Wild Life Park Restaurant untuk menikmati makan tengahari. Terima kasih kepada penaja, Food Panda atas tajaan makan dan minum.. yummyyy.. sedap sangat sampai tak sempat nak snap gambar.. hiksss

Farah sedang memberi kata-kata aluan

Dah selesai makan.. dah kenyang.. kitorang di bawa ke Muzium Lebah. Kat sini kitorang di beri peluang untuk merasai madu asli. Siapa kata madu itu manis? Huhuhu.. mai sini rasa sendiri.. hihihih

Dah puas rasa madu, kitorang pun berjalan ke Savannah Walk untuk melihat haiwan-haiwan lain sekitar Zoo Negara. Walking is better right ! 

flamingo

lombu tandokk

sleeping rhino

Memang puas berjalan kat Savannah Walk ni sebab banyak haiwan sedang menunggu.. huuhhu.. jalan-jalan depan sikit.. eh eh.. dah sampai Giant Panda Concervation Centre.  Terus eksaited nak tengok Xing Xing.. maklum la.. Liang Liang tengah dalam pantang.. so, tengah bizi pakai bengkung kan.. so, kita tengok papa Panda je la.. ^_^

buddies



Nak tengok Giant Panda ni.. ada syarat-syaratnya tau.. antaranya;

  • tak boleh buat bising
  • tak boleh gunakan Flash untuk amik gambar
  • tak boleh pegang Giant Panda
  • tak boleh bagi makan kat dia
Bukan susah pun nak ikut peraturan dia kan.. hehehe.. yang penting.. kita dapat tengok Xing Xing yang comel tu..


hi Xing Xing...

mama dan 4 orang anak-anak..

eee.. geramnya tengok Xing Xing ni

tengok bape ramai geram tengok Xing Xing

main atas batu pulakk

mesti dia rindu Liang Liang kan..

mai baca.. ciri-ciri Giant Panda

eh.. ada beza ke Panda dengan Rakun?

Happy birthday Xing Xing.. sian dia celebrate besday sorang-sorang.. takpe.. kami geng KBBA temankan gituu ! Hihihi.. Memang best buat tour kat Zoo Negara ni. banyak ilmu yang kitorang dapat dan belajar berkenaan dengan haiwan yang ada ni.. 

Terima kasih kepada semua penaja iaitu Zoo Negara, Cosmoderm, Food Panda, Wild Life, Curve dan media cetak seperti Bernama dan Kosmo kerana sudi membuat liputan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari :





till then, tatababai

What's New

1 comment:

  1. Banyaknye gambar amal... Weeee.. Nnt kita hangout sama2 lagi...best tgk panda omey

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^