Wednesday, August 26, 2015

Kanta lekap terbaik dari Bausch + Lomb !


Assalammualaikum..

Aku memang dah gunakan kanta lekap sejak beberapa tahun lalu.. banyak jenama yang aku dah gunakan.. dan bukan semuanya sesuai dengan aku tau.. lagi pulak... mata aku ni jenis sensitif.. sebab tu aku jarang gunakan kanta lekap kecuali kalau ada apa-apa event macam koir ke.. ye la.. time tu nak mekap 4-5 inci.. kihkihkih... tak best pakai pakai cermin mata.. so, harus la pakai kanta lekap kan.. hikhikk.. tapi selalunya, lepas tu mesti mula la mata merah la.. sakit mata la.. sebab tak sesuai dengan kanta lekap tu..





Terima kasih kepada Bausch + Lomb kerana memperkenalkan Kanta Lekap BioTrue Oneday HyperGel. Kanta lekap ini diinspirasikan oleh mata manusia sendiri dan diperbuat daripada HyperGel yang menggabungkan hidrogel konvensional dengan hidrogel silikon. Ia mengandungi 78% kelembapan, bersesuaian dengan kornea manusia. Permukaan luar kanta lekap ini direka khas menyamai lapisan lipid air mata yang menghalang dihidrasi kanta dan pada masa yang sama, ia menghantar jumlah oksigen yang sama dengan keperluan mata terbuka. Ini membolehkan mata bernafas dengan selesa dan sihat selama lebih 16 jam. Ini merupakan inovasi baru yang diperkenalkan oleh Bausch + Lomb.


Macam aku sendiri.. hari-hari mengadap komputer.. hatta dengan memakai cermin mata pun mata boleh jadi letih dan kering.. dengan terhasilnya kanta lekap Biotrue Oneday ini.. optik definisi tingginya dapat mengurangkan lingkaran cahaya dan silau selain memberikan pandangan yang jelas dari jarak dekat, tengah dan jauh. Memang sesuai dengan gaya hidup aku yang sentiasa la sibuk dan hari-hari mengadap komputer. Hihihi..


Bagi yang ingin mendapatkan kanta lekap Biotrue Oneday ini, korang boleh dapatkan Biotrue Oneday ini di semua kedai optikal seluruh negara mulai 10 Ogos 2015 dengan harga RM125 sekotak yang mengandungi 30 keping manakala Biotrue MultiPurpose Solution boleh didapati dalam pek berkembar (335ml x 2) dengan harga RM61.50.





Nanti dulu.. sempena pelancaran kantap lekap Biotur Oneday di Malaysia, Bausch + Lomb juga mengadakan kempen viral Facebook 'Bausch + Lomb Care for Your Eyes' mulai dari 11 Ogos - 30 September 2015. Kempen viral ini adalah 'Senaman Mata' mudah untuk membantu otot mata menjadi lebih fleksibel. Apabila senaman ini dibuat, ia dapat membantu menguatkan otot dan meningkatkan tumpuan.

Macam mana nak sertainya?

Buat senaman mata 'tromboning' dan muatnaik ke halaman Facebook, dengan hashtag #BauschAndLombMalaysia dan #CareForYourEyes dan cabar 3 orang rakan anda yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Setiap video yang dimuat naik sepanjang kempen viral ini, Bausch + Lomb akan mendermakan sebanyak RM5 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.

See.. senang sangat nak beramal kan.. buat video.. viralkan dan secara automatik.. korang telah membantu orang yang memerlukan.. ^__^

till then, tatababai

What's New

3 comments:

  1. mcm nak join je contest tu kak anil ^_^

    ReplyDelete
  2. Masa dulu suka guna kanta lekap jenis ni,memang selesa ...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^