The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Monday, August 3, 2015

Kronologi cuti sakit seminggu !


Assalammualaikum..

Dah seminggu berlalu.. bagi siapa yang tau aku cuti sakit selama 4 hari minggu lalu.. huhu.. nak sangat ke sakit tu? Huhh..



Alkisahnya, dari puasa hari tu memang dah start sakitnya tapi lebih pada ibu jari kiri sahaja.. then bila tamat puasa.. hari raya pun tiba.. masa ni memang dah rasa tak menahan la sakitnya.. tapi masih tak bengkak lagi.. Nak dijadikan cerita, Ahad lepas aku gigih lagi pegi Ikea siap tapau beberapa perabot rumah.. lepas tu tapau takoyaki perisa udang ngan sotong hokeyyy.. aku cuma makan takoyaki udang 2 ketul je.. lepas tu dapat plak open house rumah kawan Iman, makan pulak nasi impit dengan kuah kacang yang marvellesss.. tu dia ! Balik rumah terus berdenyut-denyut kaki..

Tibalah di malam hari.. dah berkira-kira macam nak pegi klinik pada hari Isnin esoknya.. tapi terngiang-ngiang plak bos kata minggu lepas, 'minggu depan jangan cuti pulak' erk.. sebabnya kat opis memang tengah bizi wat audit pun.. aku dah macam.. eh.. takpe la.. keje je la.. lagipun bole jalan lagi ni.. cuba seret-seret je la..

So, hari Isnin tu.. aku kerja macam biasa.. pegi audit kat aras 7 pun jalan seret-seret kaki.. hahahaa.. petang tu, aku pegi klinik kesihatan Putrajaya Presint 9.. check check.. macam biasa la.. memang terus saspek penyakit keturunan tu.. terus dia bagi ubat, dan suruh follow up semula untuk amik darah esok. Tu pun dah kena tazkirah kata kenapa makan makanan yang tak boleh makan... huk oloo.. bistu ingat time raya ni ada ke orang yang nak hidangkan makanan vegetarian? Masak lodeh pun letak udang kot.. huhh.. memang la selama ni aku jaga pantang.. even kalau aku makan pun, aku makan sikit je.. tapi dah menda nak jadi.. perlu ke nak marah-marah tak bagi aku makan? Baik time raya ni soh aku dok umah je.. tutup pintu rumah.. tak yah pegi mana-mana.. huhh....


Esok pagi.. aku ke Klinik Kesihatan Salak sebab dekat sikit dengan rumah.. tapi kebetulan pula hari tu ramai pulak doktor-doktor pelatih yang masuk.. so, memang takde amik darah la.. jadiknya, just jumpa doktor, check balik keputusan darah yang lepas, memang confirm penyakit keturunan tu.. dan dapatlah MC selama 2 hari.. lagipun, polisi hospital kalau sakit macam ni, maksimum MC dia boleh bagi 2 hari je.. lepas tu kena follow up lagi.. aku dah biasa kena.. so, aku dah tau prosedur dia.. so, lepas tu.. balik.. continue makan ubat.. masa ni memang dah tak boleh jalan sangat dah.. bisa rasanya.. dah la rumah 2 tingkat.. gigih ke idak naik turun nak mandi kat atas, pastu turun balik ke bawah.. dah rupa suster ngesot sebab memang kaki tak boleh sentuh simen langsung.. bisa woiiii... 


Cukup time 2 hari.. aku follow up semula kat Klinik Kesihatan Salak.. kali ni, tak nampak pulak doktor pelatih dia, so doktor betul dia la yang rawat.. dia suruh amik darah semula nak check uric asid terkini. Sebab dia tengok memang kaki bengkak sangat.. memang nampak la tempat yang bengkak tu merah. Then dia tambah lagi 2 hari MC sebab memang la dah macam bole jejak kaki kat simen... tapi kaki still bengkak.. nak suruh aku pegi keje kaki ayam ke? Lagipun, memang la tangan, otak semua bole buat keje.. tapi kaki ni tak bole berjalan.. mmm.. tapi susah juga kalau kita explain tapi orang tak nak faham.. mmm...


So, hari ni aku dah masuk keje.. alhamdulillah.. dah tak bengkak lagi.. tapi masih la sakit lagi sebenarnya.. tapi takmo la layan sangat sakit ni.. aku ni bukan malaikat.. cuma orang biasa.. ada juga perasaan sakit, marah, sakit hati.. tapi kadang malas nak layan semua perasaan tu.. biarkan je.. anggap je penyakit tu penawar segala dosa, tukarkan marah tu kepada sabar.. dan tukarkan sakit hati tu kepada sayang.. ^_^ stay positive and be happy.. ^_^

Well.. doakan semoga aku cepat sihat ye.. tak sabar nak berlari.. hahhahhaa...

till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. Singgah sini...
    Semoga cepat sembuh....

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah anil...dah beransur pulih...syukur

    ReplyDelete
  3. Gitew kisahnyeeee... Rasanya tahu kot sakit keturunan tu.... Hi hi hi...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^