Thursday, August 13, 2015

Movie Review : Pixels

Assalammualaikum..

Hoihhh.. bersawang blog aku... lap lap sikit kasik kilat... tsk tsk..okey korang.. semalam aku sempat menonton wayang bersama geng wayang aku, siapa lagi Cik Haida kita la kan.. tajuk ceritanya adalah Pixels..



Terima kasih Nuffnang atas jemputan dan rasanya ini kali kedua kitorang dapat seat dongak langit.. kahkahkahh.. nak kata lewat tu tidak la.. macam semalam kul 8 dah beratur.. queue panjang pulak tu.. lepas ni.. mau kul 7 aku dah terpacak depan GSC nun.. kihkihkihh..

Sinopsis :
Filem komedi sci-fi 3D berjudul “Pixels” ini merupakan filem yang bercerita tentang makhluk yang salah tafsir permainan video Arcade klasik sebagai deklarasi perang terhadap bumi. Makhluk asing melakukan serangan terhadap bumi dengan menggunakan permainan video. Presiden Will Cooper ( Kevin James ) meminta bantuan dari sahabatnya bernama Sam Brenner ( Adam Sandler ). Sam adalah juara permainan video pada tahun 1980-an. Sam bersetuju dan rakan-rakannya yang lain sama-sama melawan dan mengalahkan makhluk asing dan menyelamatkan bumi.

Antara pelakon Pixels :
Adam Sandler - Sam Brenner
Michelle Monaghan - Violet Van Patten
Josh Gad - Ludlow Lamonsoff
Peter Dinklage - Eddie Plant
Kevin James - Will Cooper

Menarik tak? Kalau dah lakonan Adam Sandler.. pada aku tak pernah tak memuaskan.. lucu dan membuatkan penonton tak kering gusi. Kebanyakkan filem lakonannya begitu.. tetapi bagaimana pula dengan Pixels?

Okey.. jom tengok dulu trailer filem ni.. ^_^


So.. dah dapat bayangkan sedikit sebanyak jalan cerita Pixels ni? Meh baca apa komen aku pasal cerita ni.. ^_^

Komen aku :
Cerita ni tak berat sangat.. senang masuk dan senang keluar.. it make us laugh like hell dalam panggung tu.. lucu, kelakar dan tak meleret-leret. Ia juga straight to the point.. tak banyak menyimpang hanya untuk menjelaskan jalan ceritanya. Tak perlu buat kita berfikir terlalu banyak.. pendek kata.. cerita ni ringan dan memang sesuai untuk korang yang nak release stress tu.. ^_^ my stress reduce about 60% lepas tengok cerita ni.. ahahhha

So, korang kena tengok ni.. memang best.. ada je komen yang kata tak best.. it's normal.. since cerita ni takde la melibatkan sejarah lampau, fakta.. hanya perlu bermain dengna CGI yang bagus.. dan aku rasa Adam Sandler berjaya dengan cerita ni.. loud of laugh.. ^_^

Untuk movie ni, aku bagi :



Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam berdekatan di seluruh Malaysia bermula dari 13 Ogos 2015.. jadi, bagi yang nak release stress di hujung minggu ni.. aku sarankan tengok cerita ni.. dan jangan lupa.. kalau dah tengok.. cer komen sikit kat bawah ni.. nyatakan pendapat korang tentang filem ni.. ^_^


till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

6 comments:

  1. wahh menarik ni kak..ari tu nak gak apply tapi memandgkan waktu xkena huhuh

    ReplyDelete
  2. macam best je. sebab tengok trailer haritu pun best :D

    ReplyDelete
  3. my boys dah request dah nak pi tengok ni, tak sabar!

    ReplyDelete
  4. belum tgk lagi...3 1/2 bintang? Tahniah Anil sbb dpt jemputan dari Nuffnang

    psst : layout dh berubah..lama x singgah sini

    ReplyDelete
  5. hye mas.. dah lama tak jumpa u. rindu.. :).. bestnyer tgk u gi movie.. mesti hilang stress bagai di kata.. hihi

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^