Bento TERBAIK di Grand Bluewave Shah Alam

by - 9:00:00 AM

Assalammualaikum..

Yummyyy.... sejak aku diperkenalkan dengan Japanese Food.. memang aku cukup suka dengan sebarang menu bento ni.. setiap kali pegi restoran Jepun.. mesti aku cari bento.. sebabnya aku suka makanan aku disusun cantik-cantik dalam bekas dan warna-warni dalam bekas tu membuatkan aku lebih berselera dari biasa. Ahaksss.. dasar perut dinosour.. kikikiii




So, bila Hotel Grand Bluewave buat Executive Bento.. aku tak sia-siakan peluang ni untuk merasai sendiri bento dari air tangan chef di Agehan Japanese Restaurant bertempat di Level 1A, Hotel Grand Bluewave Shah Alam ni.

Memang tak menyesal aku pergi.. sebab terdapat pelbagai jenis pilihan bento samada yang disposible mahupun yang executive. Fuhh... telan ailio ! Pada pandangan peribadi aku, tak kira la samada disposible mahupun executive.. masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.. Kalau korang mahukan menu yang tampak ekslusif dan mewah.. boleh menikmati bento tersebut secara dine-in di Agehan Japanese Restaurant itu sendiri. Pasti.. korang akan merasai suasana seperti berada di Jepun.

Antara pilihan bento yang ada









Tetapi jika korang mempunyai masa yang agak singkat.. tiada masalah juga.. korang masih boleh menikmati kelazatan bento di sini secara delivery. Hahh.. ini yang menariknya.. Agehan Japanese Restaurant turut menyediakan perkhidmatan Bento Delivery Service di kawasan sekitar Shah Alam. Korang berada di luar kawasan? No worries.. dorang still boleh hantar juga.. tapi ada caj tambahan la ye.. ^__^

Bento yang aku nikmati hari tu adalah Tori Teriyaki. Fuhh.. memang lazat ! Setiap kunyahan daging ayam yang telah diperap dan dimasak tu.. membuatkan aku lupa tentang masa.. tu belum lagi bunyi krup krap krup krap dari makanan laut seperti udang, sotong dan ikan segar yang digoreng rangup.. perghhh... pejam mata sambil menikmati hidangan bento tu.. dan bila buka mata.. kawan-kawan semua dah takde.. hahahahha... asyikkkkkkkk....







Bento ini boleh dinikmati dengan harga dari RM42++ hingga RM65++ (tidak termasuk GST dan caj lain)

Promosi ini akan berakhir pada 30 November 2015 dan boleh dinikmati seawal jam 11.30 pagi - 2.30 petang untuk makan tengah hari manakala bagi makan malam dibuka dari 6.30 petang - 10.30 malam.

No worries.. Agehan Japanese Restaurant ni sememangnya diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan boleh dinikmati tanpa was-was.. ^__^


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Tempahan : 03-5511 8811 ext 2723 / 2724 / 2725


till then, tatababai

What's New

You May Also Like

5 orang suka

  1. telan air liur je la...tgk gambar..hihihi

    ReplyDelete
  2. ishhh tak penah try tapi macam sedappp je

    ReplyDelete
  3. selalu mahal la japanese food.. i love match ice cream whenever dine at any Japanese eating place. simply sedap..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^