Wednesday, September 30, 2015

Beramal dan serlahkan bakat mereka..

Assalammualaikum

Semalam aku lalu kat ruang legar Alamanda, banyak pula nampak signboard yang tulis Sunshine September.. so, godek-godek tengok rupanya Kumpulan Suria KLCC sedang mengadakan kempen Sunshine September di semua pusat beli-belahnya yang terdiri daripada Mesra Mall, Suria KLCC dan Alamanda sendiri. Wahhh.. aku pun tak sangka yang Suria KLCC turut berusaha dalam meningkatkan kesedaran mengenai autisme dikalangan rakyat Malaysia selain mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autism Malaysia (NASOM).



Kalau korang nak tau, ini adalah tahun ke-6 Kumpulan Suria KLCC mengadakan kempen Sunshine September. Selain dari memberi peluang kepada kanak-kanak autistik dari NASOM untuk menyerlah bakat masing-masing, tujuannya juga adalah untuk mengumpul dana dalam pelbagai cara untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memahami apa itu autisme. Antaranya adalah jualan T-Shirt, set alat tulis, set sudu garfu serta hasil seni oleh kanak-kanak NASOM.





Korang pernah tengok cerita My Name is Khan lakonan Shah Rukh Khan? Hahh.. dalam cerita tu, Shah Rukh Khan melakonkan watak seorang yang autism. Istimewanya mereka ni, mereka lebih kreatif dan inovatif dalam mereka cipta, melukis, menghafal dan of course.. mereka amat peka dan sangat memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara. Mereka ini sangat berbakat dan kalau di asah lagi.. Insya Allah.. dorang akan jadi lebih bagus dari kanak-kanak normal..

 


Aku berpeluang untuk melihat sendiri Umar Hasfizal dan kumpulan koir NASOM menyerlahkan bakat mereka menerusi nyanyian mereka, 'We Are The World' dan 'You Raise Me Up'. Seriously, aku terpukau dengan alunan lagu dorang.


Korang boleh godek Facebook Lite FM untuk melihat dan mendengar sendiri lagu dendangan Umar Hasfizal dan, setiap butang LIKE yang korang klik untuk video tersebut, Kumpulan Suria KLCC akan menyumbang RM1 kepada NASOM melalui kempen Sunshine September. Wahhh.. mudahnya nak beramal. Hanya dengan LIKE sahaja.. Cuba bayangkan kalau ada 10,000 LIKE..


Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kempen Sunshine September ini,

Laman Web : www.sunshineseptember.com
Telefon : 03 - 2382 2828 (Suria KLCC)
                03 - 8885 5468 (Alamanda)
                03 - 864 9000 (Mesra Mall)

Manakala bagi yang ingin mengenali insan autistik atau mengetahui maklumat lanjut mengenai NASOM, boleh kunjungi,

Laman Web : www.nasom.org.my

till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

1 comment:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^