The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Wednesday, September 23, 2015

Ironi dalam Lafaz Ucapan Dalam Akad Nikah


Assalammualaikum..

Sabtu lepas.. Uda dah selamat menjadi isteri orang.. Alhamdulillah.. ^_^ Cerita ceriti tentang majlisnya, aku akan ceritakan kemudian. Apa yang ingin aku sampaikan, adalah berkenaan dengan lafaz ucapan ketika majlis nikah berlangsung hari tu..

Dulu masa aku nikah, nikahnya di masjid.. aku tak dengar pun apa yang diperkatakan atau ucapan-ucapan yang disampaikan sebab aku duduk kat luar. Sipi-sipi je dengar.. Bila Usu nikah hari tu pun.. takde pula lafaz ucapan yang panjang lebar macam yang Uda kena ari tu.. huhu.. Orang kata Ustaz Mahmud ni gayanya memang macam tu.. tapi dulu time aku nikah pun, dia juga yang nikahkan.. kikikii..

Gambar ihsan : Aizat Omar


Okey.. sambung cerita pasal lafaz ucapan ni.. reason kenapa aku nak bercerita.. sebab time semua adik-adik aku nikah, aku ada bersama mereka.. dan setiap kali tu juga la.. aku juga la yang menangis menjejeh-jejeh airmata macam aku pulak mak dorang.. Kahkahkah ! Seriously, setiap bait kata yang dilafazkan tu, buatkan hati aku sebak macam nak terputus jantung..  Well.. itulah saat status kita berubah.. lepaslah tanggungjawab mak ayah kita pada kita.. dan ditanggung oleh suami kita pula.. Hurmm.. sebak pula rasanya.. T__T  

Takpe la.. meh nak share.. antara lafaz yang buatkan aku jejeh jejeh airmata.. abis banjir satu rumah.. kikikii

Lafaz Penyerahan Tanggungjawab Wali Pengantin
 “Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah swt ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin…”

Lafaz ni dilafazkan oleh ayah aku… Hurm.. I can see his tears masa majlis nikah hari tu.. Memang inilah hasrat dia.. serahkan dan kahwinkan semua anaknya sebelum apa-apa terjadi pada dia.. Fact.. aku memang suka avoid untuk bercerita tentang perkara ni dengan ayah aku.. sebab aku ni positif dan aku yakin, sampai adik-adik aku semua kahwin.. dia masih berpeluang untuk menyaksikan hari tu.. Dan Alhamdulillah.. dia masih mampu menyaksikan semua tu walaupun keadaannya yang kurang sihat.. tapi semasa kenduri… digagahkan juga diri untuk sama-sama meraikan.. Well done, abah ! Ayah aku ni suka cakap emosi-emosi sikit.. tu yang anak-anak dia yang sensitif ni suka la buang-buang airmata..

Lafaz Penyerahan Mas Kahwin Pengantin Lelaki
“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.”

Masa ni.. takde la sebak sangat kot ! Sebab hepi la kan.. sebelum ni solo, sekarang dah ada teman.. sang suami pula pasti berharap, si isteri dapat memberikan sepenuh kasih sayang dan kesetiaan kepadanya.. Hurm.. semua orang mengharapkan perkara yang baik-baik je.. Insya Allah.. mohon dijauhkan dari perkara yang buruk-buruk.

Lafaz Penerimaan Mas Kahwin Pengantin Perempuan
“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah"

Saat kita sebagai isteri mencium tangan suami buat pertama kali.. saat ni la yang paling bahagia untuk kita.. sebab orang yang kita kasihkan.. orang yang kita sayang akhirnya menjadi pasangan hidup kita.. betul.. kita berkahwin kerana Allah.. tapi juga kerana kita cintakan pasangan kita kan..

Lafaz Pesanan Ibu Kepada Anak Perempuan
“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah swt sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu…”

Owhh.. ini memang drama airmata.. tapi aku rasa.. aku je la yang lebih-lebih hari tu.. sebab memang tiap kali aku dengar.. aku la yang over sedih macam aku la perantinnya.. Mak dah lafazkan ayat ni untuk semua anak-anak perempuan dia.. bukan satu.. bukan dua.. tapi 5 orang.. Ibu manalah kan.. ibu manalah yang tak sedih, anak yang selama ni di jaga, ditatang bagai minyak yang penuh.. dilepaskan kepada orang lain.. lagi-lagi pula.. anak yang bongsu.. yang selama ni memang rapat dengan dia.. Haihh.. tak dapat la aku bayangkan time aku lepaskan Iman nanti.. T___T

Lafaz Ucapan Terima Kasih Dari Anak Perempuan
“Wahai ibu ayah, budi dan jasamu selama ini tidak dapat saya balas. Hari ini saya akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu ayah ke suatu alam baru yang belum saya tahu. Saya memohon doa restu ibu ayah agar saya dapat menghadapi segala cabaran rumahtangga dengan sabar dan redha. Saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bimbingan, nasihat serta kasih sayang yang tidak ternilai. Saya memohon ampun maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan saya selama berada bersama ibu ayah. Terima kasih ibu ayah..”

Ucapan yang dilafazkan oleh anak kepada ibu. Nampak macam ringkas kan.. tapi sangat mendalam.. siapa yang rasa lafaz ni tak terkesan kat hatinya.. itu tandanya hatinya keras.. Hurm..

Lafaz Ucapan Penerimaan Tanggungjawab Lelaki
“Dengan ini saya (nama pengantin lelaki), suami yang sah kepada (nama pengantin perempuan) bersyukur kepada  swt di atas anugerah nikmat Iman, Islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini. Oleh itu, mulai saat ini saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya (nama pengantin perempuan) dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut :
1) Memberi nafkah zahir dan batin.2) Penjagaan dan perlindungan yang sempurna.3) Keselamatan yang terjamin.4) Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai Allah swt.
Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama ibu bapa tersayang dan ibu bapa mertua saya. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha Allah swt.”

Ironinya.. tatkala lafaz ini dilafazkan oleh pengantin lelaki, maka bertambahlah tanggungjawab yang perlu di galas oleh si suami. Kena ingat ! Apabila isteri juga bekerja, bukanlah bermakna pendapatan isteri tu menjadi hak suami. Itu masih di bawah tanggungjawab suami.

Kenapa aku kata macam tu? Sebab ada suami yang terlupa.. mentang-mentang isteri bekerja.. tapi tanggungjawab memberi nafkah, membayar bil, membeli barang dapur.. semua diserahkan kepada isteri. Bukan tu je, rumah, kereta.. pun isteri yang bayar walaupun dah ada perjanjian nak share bayar.. Hurm.. kalau aku la.. dan kalau aku kejam.. laki macam tu aku halau je dari rumah.. abis tu, dah semua utang rumah, utang kete, perbelanjaan semua isteri yang tanggung… serupa hidup sorang diri.. tu kalau aku kejam laaa.. Hahahhaa…

Semoga ia menjadi pedoman dan petunjuk kepada kita semua.. kadang kita rasa kita sempurna.. tapi apabila kita dah bersedia untuk bernikah dan berkahwin.. itu bermakna kita dah bersedia untuk berkongsi dalam apa juga perkara dan menggalas tanggungjawab yang diberi.. terima seadaanya kekurangan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.


Untuk adik-adikku, selamat menempuh alam rumahtangga dan jadilah isteri yang baik, setia dan solehah.

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^