Thursday, September 3, 2015

Majlis Pernikahan Adik Bongsu

Assalammualaikum..

Alhamdulillah.. adik aku yang bongsu dah selamat melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hatinya.. dengar cerita.. dah bercinta dari zaman sekolah menengah lagi. bersambung pulak cinta jarak jauh selepas tamat SPM.. sorang kat Jordan.. sorang kat Rusia.. kalau orang lain mau dah curang cari boipren Pak Arab ngan Minah Rambut Karatz.. tapi kalau dah namanya bercinta kerana Allah.. maka bersatu jugalah mereka ni..






Tanggal 28 Ogos 2015 yang lalu.. kenduri serba ringkas diadakan dirumah kitorang.. tak jemput ramai-ramai pun.. sebab cuma majlis nikah sahaja.. kenduri besarnya sekali dengan si kembarnya tengah bulan September ni.. naik sekali 2 orang 1 pelamin.. eh eh.. macam aku dulu-dulu pulakss.. vavavava aku dulu pun naik pelamin 2 pasang sekaligus dengan abang sulung aku.. gituu..

selfie satu kali kat dapur.. yang 2 orang tu dua-dua bakal perantin..

Menu masak-masak untuk kenduri usu ni nasi ayam je.. cuma kami adik beradik dan kawan-kawan mak je yang jadi orang dapur.. so, memang dari pagi tu.. memang kitorang membusuk je la kat belakang dengan bau ayamnya.. kihkihkihh.. menu simple je sebab jemputannya je pun sikit kan..

Since masa kenduri ni, aku la orang dapur.. aku la orang depan.. aku la cameraman.. maka takde la gambar yang cecomel yang aku bole snap kan.. nak soh Iman amikkan gambar.. huhh.. mau dicampakkan kamera tu sebab sibuk main ngan sepupu-sepupu dia..





Berbalik kepada majlis pernikahan usu ni.. majlis bermula jam 3.30 petang.. tapi pukul 3.00 petang pengantin lelaki dan sampai.. eh eh.. tazzabar la tu.. huhuhu.. sementara menunggu pengantin perempuan bersiap.. ini acik yang mekapkan.. barang mekap disponsor oleh acik dan aku sendiri.. hahahah.. owh.. lupa nak cerita.. inai yang usu pakai tu.. aku laaa yang gigih pakaikan malam sebelum tu tauu.. gigih giles kul 1.30 pagi.. bersengkang mata berinaikan si usu ni.. nasib la cantik merahnya.. kalau tak cantik aku ingat nak letak cili je.. terus pijar.. hahahah



dari kiri Mira, kembar pengantin, kakak pengantin dan si kecik tu Echa

Tepat jam 3.30 petang.. majlis pun bermula..  yang si pengantin lelaki ni pulak.. masa bincang ritu mas kahwin harga lain.. tetiba masa nak akad.. bertambah pulak.. to kadi pula dok bertanya, "aik.. bertambah pulak.. campur GST ke?" Kahkahkahh... berdekah-dekah kitorang gelak.. adoiyaii.. pandai tul tok kadi ni bergurau kannn.. dan bila bermulanya sesi akad.. pengantin lelaki pulak nervous.. hihihi.. biasa la tu.. so tok kadi bagi test dulu akadnya.. sekali test.. okey.. berjaya.. terus proceed.. takde test-test lagi.. dan alhamdulillah.. akhirnya Cik Norsaadah telah bertukar status menjadi Puan Norsaadah.











mas kahwin berbentuk frame, senaskah Al-Quran dan rantai tangan

macam susah je nak pakai tu

mas kahwin.. rantai tangan emas 2kg

salam cium cikit

perantin bersama mak ayah

bersama mak ayah, adik beradik dan kawan-kawan mak.. tak cukup korum ni


adik kakak

si kembar...

Usu yang garang, kuat sentap dan kuat merajuk.. lepas ni boleh merajuk-merajuk dengan suami.. huhuhu.. even lepas kahwin ni pun.. dorang still PJJ juga.. walaupun kerja di negeri yang sama.. tapi di daerah yang berbeza.. moga lepas ni dipermudahkan urusan dorang ni.. amin...

Jemputlah datang kenduri besar adik-adik aku nanti.. sape nak jemputan bagitau, nanti aku jemput thru Facebook.. ececeeee... ni dah last dah ni kenduri kawen kat umah mak ayah aku.. lepas ni tunggu anak-anak buah pulak kawen.. kikikiii.... ^__^



till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

8 comments:

  1. simple je majlis. tp tu yg terbaik :)

    ReplyDelete
  2. gelang emas 2kg yang tak tahan tu :-) apapon semoga berbahgia ke anak cucu

    jemput singgah http://contengan-rasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah majis berlangsung sempurna ..tahniah buat adik Anil ya..Semoga berkekalan hingga ke syurga

    ReplyDelete
  4. Salam, singgah blogwalking dari segmen : ^_^

    http://wanhanisahwanmat.blogspot.my/2015/09/giveaway-ke-3-hari-raya-aidil-adha-by.html

    ReplyDelete
  5. tahniah buat adik.moga bahagia hingga ke jannah

    ReplyDelete
  6. tahniah dpt adik baru :)

    semoga bahgia dunia akhirat :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^