The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Saturday, October 3, 2015

Kongsi pengalaman agihan zakat


Assalammualaikum..

Masihkah korang ingat kunjungan aku pertama kali dalam program Zikra anjuran Lembaga Zakat Selangor? Alhamdulillah... aku diberi peluang untuk join sekali lagi program tersebut. Antara tempat yang kami pergi pada kunjungan kali ini adalah Bait Al Mawaddah, Baitul Hasanah, Pusat Dialisis MAIS dan Restoran Briyani. Nak tau selanjutnya.. teruskan membaca.. ^_^



Aku pasti korang tertanya-tanya.. kemana perginya wang zakat yang telah korang keluarkan.. dah acapkali.. ada sesetengah orang berpendapat dan merasakan yang korang mampu untuk mengagihkan sendiri wang zakat tu..

'takpe la.. aku mampu.. biar aku sendiri yang bagi duit pada orang yang kurang berkemampuan..'

'daripada bagi kat Lembaga Zakat, baik aku bantu sendiri golongan asnaf ni.. '

Itu adalah antara kata-kata yang sering diucapkan.. tapi tahukah korang, dalam Malaysia ni berapa ramai golongan asnaf yang betul-betul memerlukan bantuan. Aku bagi contoh, korang bagi RM1000 kat seorang anak yatim.. dan ianya hanya membantu seorang sahaja anak yatim tu sehingga berjaya.. apa pula akan jadi pada anak yatim yang lain? Disitulah fungsi Lembaga Zakat.. korang bagi RM1000 kat dorang.. dorang agihkan samarata antara semua anak-anak yatim tu.. kalau 10 orang bagi RM1000, dah 10,000. Gitu...

Dalam lawatan aku ke Bait Al Mawaddah di Jalan Kebun, aku tengok banyak perubahan yang ada pada tempat tu.. pada lawatan aku kali terakhir bulan 4 yang lalu, Keadaan masa tu memang dah lengkap dengan fasiliti dan masa tu, sedang menunggu peruntukan untuk pembinaan taman.. kali ni, aku datang dan tengok... ada taman yang indah untuk warga Bait Al Mawaddah beristirahat. Alhamdulillah.. ini adalah manfaat dari zakat yang kita sumbangkan. Betapa gembiranya mereka duduk sambil menikmati keindahan taman di situ. Aku sendiri rasa bagaikan macam rumah sendiri. Isk.. tapi belum mampu lagi nak buat macam tu kat rumah sendiri.. Hiksss...




Lokasi seterusnya kami di bawa ke Pusat Dialisis MAIS yang bertempat di Kapar. Di sini kami di maklumkan tentang kos minimum dialisis bagi seorang pesakit sebanyak RM3,000 seorang untuk sebulan. Dan Pusat Dialisis MAIS, Kapar ini mempunyai hampir 57 orang pesakit berdaftar yang mana kos keseluruhannya menelan belanja sebanyak RM171,000. Aku terkesan juga sebab sebelum ni ayah aku adalah antara orang yang sering berulang alik untuk dialisis ni. Cuma tak lama dia melalui proses tu sebelum bertukar kepada CAPD. Now dia buat dialisis sendiri kat rumah.. ^_^ You are strong, dad !




Kemudian, kami di bawa kembali ke Baitul Hasanah yang terletak di Klang. Sebelum ni aku juga pernah ke sana menerusi sesi lawatan yang sama. Cuma kali ni, terdapat beberapa pertambahan fasiliti demi kemudahan dan anak-anak asnaf yang belajar di situ. Antara pertambahan fasiliti adalah gym. Wauu.. jeles tauu.. ini semua adalah hasil dari sumbangan korang melalui zakat.






Akhir sekali, kami dibawa ke Restora Briyani milik salah seorang penerima bantuan modal LZS. Beliau merupakan antara asnaf yang berpotensi untuk keluar dari kategori penerima zakat. See.. sebelum ni beliau merupakan golongan asnaf selama beberapa tahun.. Sekarang dengan bantuan LZS hasil dari sumbangan zakat korang, beliau tidak akan lagi menjadi seorang asnaf malah beliau akan menjadi penyumbang zakat pada masa akan datang.







Kemudian, kami pulang ke Lembaga Zakat Selangor untuk taklimat seterusnya di kaunter agihan zakat. Di sini kami dimaklumkan bahawa asnaf, fakir dan golongan yang memerlukan zakat dengan kadar segera boleh memohon di kaunter tersebut. Terdapat beberapa kriteria dan temuduga yang dijalankan oleh wakil LZS tetapi Insya Allah.. bayaran dibuat oleh LZS kepada penerima yang layak secara tunai sebanyak RM500.. Syukur.. zakat bukanlah proses yang sukar.. cuma bagi mengelakkan penipuan dan ketidakadilan.. maka ada lah sedikit prosesnya.







Secara keseluruhannya, program Zikra ni banyak membantu aku untuk memahami fungsi dan cara bagaimana zakat ini diagihkan. Sebab kadang-kadang orang nampak LZS ni macam kaya raya je kan.. tapi orang tak tau.. LZS tak simpan hatta 1 sen pun duit tu.. setiap sumbangan yang diberikan, terus diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Kalau orang nampak sumbangan keseluruhan tu sebanyak RM2.5 juta.. sebanyak RM2.3 juta telah siap diagihkan pada tahun ia dikutip dan bakinya dibawa ke tahun seterusnya.

Kadang kita hanya mampu mencemuh tentang fungsi Lembaga Zakat yang nampak macam mengabaikan golongan-golongan yang memerlukan ni kan.. ada juga orang sibuk mencari salah Lembaga Zakat dan mengatakan Lembaga Zakat tak ambil tindakan and so on.. Contohnya la kan, ada orang tua yang sedang mengemis kat jejantas. Orang ramai nampak perkara tu.. then ada yang ambil gambar dan terus viralkan di media sosial. Terus secara langsung, ada yang menyalahkan Lembaga Zakat tak ambil tindakan.. Kenapa mesti Lembaga Zakat? Kenapa orang tak cari anak dia? Walhal.. dalam perkara ni.. anak-anak la yang patut bertanggungjawab.. tapi since ada institusi zakat ni.. orang terus menyalahkan Lembaga Zakat.. so, kita sama-sama ambil tanggungjawab.. jangan hanya tau bash sahaja.. sama-sama bantu institusi zakat ni sebab niat kita sama.. nak membantu orang yang dalam kesusahan.. kalau setakat bash sahaja.. memang tak membantu langsung la kan..


So, sama-sama kita bantu institusi zakat ni dan pada masa yang sama.. bantu golongan yang dalam kesusahan.. ^_^

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^