The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Wednesday, October 7, 2015

Sensasi dengan Magnum White Almond


Assalammualaikum..

Bila kita stress.. mesti kita suka cari makanan yang manis kan.. kadang-kadang tu bila nak cari makanan yang manis.. Masya Allah.. punya la payah.. sampai bertambah-tambah stressnya...

Baru-baru ni.. aku stress gile.. maklum la.. keje-keje office memang tak pernah habis.. dengan kontraktornya, dengan usernya.. memang pusing kepala dibuatnya.. kebetulan aku dijemput untuk ke majlis pelancaran Magnum White Almond yang sememangnya ditunggu-tunggu.. maklum la.. nak rasa produk aiskrim terbaru dari Magnum ni pasti mampu menghilangkan stress aku kan.. Terbayang-bayang rasa coklat Belgian putih yang dipenuhi dengan hirisan kacang almond. Uishh.. telan ailio kejap..






Bertempat di Hilton KL, pelancaran gilang gemilang yang diserikan dengan warna putih suci murni sesuai dengan temanya, Classy White. Aku pun tidak ketinggalan untuk memakai mengikut warna tema.. barulah masyuk kan.. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran artis terkenal tanahair seperti Ning Baizura, Noniswara, Tasha Shila dan lain-lain itu juga membuatkan suasana majlis lebih meriah dan gilang gemilang.



bersama Man Raja Lawak dan Mr Jocko

Noniswara in da house

Magnum secara rasminya telah memperkenalkan produk terbaru yang mampu membuatkan penggemar aiskrim tak tidur malam kerana terbayangkan keenakannya. Dengan aiskrim vanilla yang disalut coklat putih Belgian yang dikelilingi oleh hirisan kacang badam yang rangup.. kelas, anggun dan puas untuk dinikmati.. setiap gigitan itu mampu membuatkan setiap masalah di dunia ini hilang seketika.

kata-kata aluan oleh Mr Rakesh Mohan, Pengerusi Unilever (M) Holding Sdn Bhd

persembahan dari penari

pengenalan produk Magnum White Almond



Aku sendiri telah mencuba Magnum White Almond ini dan hanya satu perkataan yang terpacul dari aku ketika itu.. 'WOWW' Seriously, terus lupa pasal kerja-kerja yang berlambak-lambak kat pejabat tu.. terus hilang stress aku ketika tu.. setiap gigitan tu disertai dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Memang masyuk dan rasa nak lagi dan lagi.. rasanya yang manis dan kerangupan kacang badam... hanya perkataan, 'WOWW' sahaja yang mampu aku ucapkan.. Memang padanlah ia di perkenalkan sebagai Aiskrim Premium sebab rasanya memang sedap dan lain dari yang lain.

yeayy.. dapat Magnum White Almond

rasa sikit.. yummyyy...

ada banyak lagi atas meja.. semua aku punye.. hiksss

yummyyy

abis suda.. tinggal batang aiskrim je

Highly recommended ! Korang patut cuba Magnum White Almond ni dan boleh dapatkan di pasaraya, pasaraya besar, kedai-kedai runcit dan stesen minyak berhampiran rumah atau pejabat korang. Magnum White Almond ini boleh didapati dengan harga RM4.50 sebatang atau secara pek yang mengandungi 3 batang dengan harga RM13.50.

boleh beli di kedai berhampiran



Di akhir majlis, kami diberikan satu kotak yang agak ekslusif.. buka-buka je tengok ada pendrive.. uwaaa.. comelnya... pendrive berbentuk aiskrim.. suka suka suka ! Pendrive ni mau kena rebut dengan Iman kang ni.. kena sorok siap-siap.. huhuhu.. Uniknya pendrive ni, nampak macam aiskrim betul dan dengan saiz mini.. memang mudah dibawa kemana-mana.. orang pun takkan sangka itu adalah pendrive.. 


comel kan...

Untuk maklumat lanjut, sila  layari :




till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. Pagi2 baca rsa nak g shell je crik Aiscream ni..Ahaha

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dapat jemputan ke event macamni..

    ReplyDelete
  3. arghh nampak sedap..nak cari lah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^