Monday, October 26, 2015

Tampil cantik dan yakin dengan Plusify Fashion Boutique!

Assalammualaikum..

Adakah korang sama macam aku? Susah nak cari baju yang sesuai dengan saiz badan? Kalau ada pun, tak banyak.. lepas tu bukan fesyen terkini.. huhuh.. dasat orang sihat macam aku ni kan.. demand nak pakai baju fesyen-fesyen.. kikikii..



Tapi no worries.. aku dah jumpa satu tempat yang menawarkan baju-baju plus size yang sesuai untuk orang macam aku.. hehehe.. Plusify Fashion Boutique adalah butik impian Cheryn Tan yang membantu orang-orang yang comel dan chubby lebih bervariasi dalam memilih pakaian yang up to date serta fesyen yang terkini dengan harga mampu milik dalam lingkungan harga RM50 - RM200. Heaven sangat kau pilih baju-baju kat sini !




Mengimbas kembali detik-detik Cheryn Tan membuka butik untuk wanita bersaiz plus size ini, memang agak mencabar bagi wanita besi berusia 25 tahun ini. Bermula sebagai usahawan IT dan beliau mengambil masa lebih kurang 6 tahun untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen walaupun pada mulanya ditentang oleh keluarganya. Tapi demi minat yang mendalam, beliau teruskan jua. Dalam menyelusuri kehidupan seharian, tanpa sedar, Cheryn dapati pakaiannya semakin mengecil. Eh.. mengecil? Heheh.. dan akhirnya, menyedari kesukaran beliau untuk mencari pakaian yang berpadanan dengan saiz badan yang comel dan chubby itu, maka wujudlah Plusify Fashion Boutique yang ada sekarang ni..

cute Cheryn Tan

we proud to be PLUS SIZE !

Menariknya Plusify Fashion Boutique ni, ia bukan sahaja sekadar menawarkan pakaian yang plus size, tapi juga menawarkan fesyen-fesyen terkini yang sesuai dan fit dengan saiz badan yang comel. Pakaian yang ditawarkan juga cantik-cantik tau ! Memang hasrat Plusify Fashion Boutique ni untuk memperkenalkan keindahan dan pakaian yang berkualiti kepada wanita-wanita yang bersaiz besar serta membolehkan mereka merasa yakin dan bangga menjadi seorang wanita yang bersaiz besar. ^__^

kami dah ready nak borong baju !

Rambang mata aku tengok baju-baju kat sini.. rasa nak borong semua.. hahahha.. kiri kanan la baju yang aku amik tu aku pegang tak lepas takut kena rampas.. kuangkuanggg.. 

tu dia ! 

kiri kanan chuols !


kami dah siap shopping.. korang bila lagi?

Untuk maklumat lanjut tentang Plusify Boutique Fashion :

Laman Web : www.plusify.my
Facebook  : www.facebook.com/plusify
Instagram : instagram.com/plusifyme
Email : plusifyme@gmail.com



till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

1 comment:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^