Anak dari Syurga !

Assalammualaikum

Viral sekejap kat Facebook hari tu apabila seorang ibu dicemuh oleh wanita lain kerana anak istimewanya. Haihhh.. manusia oh manusia. Semakin lama semakin hilang adab. Seriously, aku terkilan dan kecil hati dengan setiap bait ayatnya. Kenapalah ada manusia macam tu.. T__T simply boleh keluarkan kata-kata macam tu..



Yes.. memang betul.. setiap kali bila kita mengandung.. kita mesti nak anak-anak yang comel dan sempurna.. memang tidak dinafikan.. itu impian semua ibubapa kan.. cuma kadang-kadang, Tuhan dah tetapkan bahagian masing-masing dan bukanlah bermaksud bila anak yang kita kandungkan selama 9 bulan tu, lahir dalam keadaan tak sempurna, itu bermakna kita ada pendosa tegar sepanjang hayat kita sebelum ni.. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. inilah yang dinamakan dugaan.. Allah tahu hati kita macam mana dan kalau Dia tau kita tak tahan dengan dugaanNya, Dia takkan duga kita macam tu je.. Kan.. setiap yang berlaku ada sebabnya.. 

Kalau korang baca bait-bait kata dari Facebook Messenger tu.. Fuhh.. memang kurang ajar sangat.. mujur si ibu sangat penyabar.. I'm proud of you ! Seterusnya korang nilai la sendiri...



Isunya bila si ibu mula meletakkan gambar anaknya setelah dibedah. Yup.. Anak kecil ini mengalami cleft and palate sejak dia lahir lagi. Seorang bayi yang sangat comel.. aku akui.. bukan mudah untuk seorang ibu atau bapa untuk menghadapi perkara ini. Lebih-lebih lagi jika ianya adalah anak pertamanya. 


Yes.. aku mungkin tak pernah merasainya secara batin.. tapi secara zahirnya, aku faham keadaan itu. Aku sendiri bila dapat tau tentang perkara itu, Yup.. air mata aku sendiri tertumpah... tapi aku tau, ibu seorang yang sangat tabah.. 

siapa yang tidak sedih, anak pertamanya, yang sedari dalam kandungan lagi, si ibu telah berangan-angan untuk menyusukan secara ekslusif.. 

siapa yang tidak sedih, anak pertamanya.. yang sedari dalam kandungan lagi, si ibu yang sering mengaji dan tidak putus lafaz doa mendoakan kesihatan anaknya..

Inilah anak dari syurga.. anak yang istimewa.. bila teringatkan anak kecil itu.. aku hanya mampu tersenyum sendiri.. sebab anak kecil itu sangat kuat semangatnya.. Yup.. dia telah lalui pembedahannya yang pertama pada awal tahun lalu.. it's a tough day lebih-lebih lagi dia yang masih terlalu kecil, belum pun berumur setahun.. tapi sudah terpaksa melalui pembedahannya yang pertama.. 

Now anak kecil tu dah berumur setahun.. dah boleh berjalan.. dan sangat lasak.. suka bermain, suka memanjat, suka mengajuk.. Hahahaa.. you're so cute ! Dan Insya Allah, bulan 12 nanti, anak kecil itu akan melalui pembedahan keduanya.. doakanlah untuk anak kecil itu.. 

Dia anak istimewa.. pengubat lara hati ayah dan ibu.. so, kepada orang diluar sana.. jaga hati, jaga lidah, jaga kata-kata.. kadang kita tak tau, setiap bait kata yang kita lafazkan tu, mengguris hati orang.. cuba letakkan diri kita kat tempat dia.. nescaya, kamu akan lebih hormati dia.. ^__^ be positive ya. 


till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

5 9 orang peminat :

  1. sedihlaaaaaa....
    nape ckp cmtu......:(
    Tak baikkan....setiap yg Allah beri itu pasti ade hikmahnya...
    Anak adalah anugerah..anugerah yg tidak ternilai harganya....
    rasa nak menangis laaa bila baca org ckp cmtu....:(

    ReplyDelete
  2. Iskkss Iskksss... Donia ni dah giler agaknya... Cakap tak bertapis... Nahhhh! Amik ni penapis teh! Iskksss..

    ReplyDelete
  3. nape teruk sangat cakap macam tu??? sedihnya...

    ReplyDelete
  4. tak patot betul cakap anak syurga macam tu. hmm

    ReplyDelete
  5. Kata2 camni mmg akan mengguris hati sang ibu... Xperlu lah kite berikan kata2 seperti ni... Ni semua pengajaran untuk kite perbaiki diri.
    Kepada si IBU:
    Mmg dia sangat istimewa, Allah mengurniakan dia kepadamu sebagai tanda Kasih SayangNya padamu..
    Setiap anak dilahirkan dengan kelebihan masing2...
    Jangan bandingkan dia dengan anak2 yang lain..
    Berikan dirimu kekuatan supaya dia juga turut kuat dan positive melawan dunia yang penuh dengan cabaran..
    Allah itu Maha Adil dan Maha Besar.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^