Mak Cun kembali di Istana Budaya !

Assalamualaikum

Siapa layan Mak Cun?

Mok cun.. mok cun.. mok cun laaaa...



Akhirnya, Mak Cun akan beraksi di Istana Budaya.. Yeayyy.. dah lama aku tak jejak Istana Budaya ni..

Apakah intipati teater Mak Cun kali ni? Adakah Mak Cun akan ke Spain lagi? Atau kembali ke Bangkok untuk meluaskan bisnesnya?

Hahhh... bisnes Mak Cun dan semakin berkembang uolsss.. Mak Cun nak bukak kelas Bahasa Inggeris.. Huh.. siapakah yang akan menjadi mangsa? Aton ke? Atau Pak Akob ke? Eh eh.. ada abam sado? Isk.. tazzabar nak tengok chuolssss..

Baca sinopsis kat sini :

Mok Cun semakin bersemangat untuk memasarkan bedak sejuknya ke persada dunia. Mok Cun mula menyedari bahawa pengalamannya sebelum ini ke Spain dan Bangkok mengajarnya bahawa pentingnya bahasa Inggeris. Lalu Mok Cun memaksa Pak Akob untuk membuka kelas bahasa Inggeris kepada semua orang kampung yang mahu menjadi usahawan, namun tidak semudah yang disangkakan.
Satu hari, kampung Kokdiang gempar dengan kepulangan Aton bersama kekasih barunya Justin, seorang lelaki mat saleh. Mok Cun terkejut Aton bawak balik lelaki mat saleh nak kenalkan pada Mok Cun untuk jadi menantu. Orang kampung mengutuk Mok Cun belajar bahasa Inggeris kononnya kerana nak bercakap dengan bakal menantu mat salehnya itu.
Seorang pegawai MARA, Encik Haidar turun ke kampung Kokdiang bersama Meor pegawai pemasaran MARA. Mereka mendapat tahu bahawa kampung Kokdiang ini ipenuhi dengan peniaga-peniaga yang mampu di bantu untuk menjadi usahawan desa yang berjaya. Mereka cuba memberi motivasi kepada penduduk kampung itu. Haidar digelar ‘abang sado’ dan menjadi kegilaan anak-anak muda dikampung itu terutamanya Manisah kerana ‘ke-sado-annya’. Manisah terus mengubah selera kepada anak ikan pula. Berebut-rebutlah Manisah dengan beberapa orang kampung disitu untuk menambat hati abang sado itu termasuklah Atul.
Hmmmmm...bertambah kecohlah suasana kampung dengan konflik-konflik ini...Mungkinkah mak cun akan menerima Justin?
Dan siapakah pilihan hati abang sado?

Teater Mak Cun kali ini akan dibintangi oleh pelakon-pelakon yang tidak asing lagi dari drama Mak Cun iaitu Erma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Balkisyh, Nora Danish, Ungku Ismail Aziz, Dafi, Betty Rahmad. 

Ini memang cerita kegemaran aku sekeluarga. Even Iman pun sangat suka dengan cerita ni.. Ni kalau dia tau ada teater Mak Cun ni.. memang dia suka laaa... tapi tak dapat la nak bawa dia kali ni.. mungkin lain kali... ^__^

Bagi yang nak dapatkan tiket, cepat uolsss.. semua seat is selling very fast !

Tarikh Persembahan : 14 - 22 November 2015
Harga Tiket : Dari RM36 - RM156

Bagi yang nak dapatkan tiket, boleh dapatkan di :

Secara online di

Outlet :
Rock Corner outlets:
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)

Victoria Music outlets:
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)

Penang outlets:
Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall

Istana Budaya Jalan Tun Razak 03 40265520


Jumpa di sana.. ^_^

till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^