Wednesday, December 30, 2015

Jelajah ke Manchester bersama Dashing!

Assalammualaikum

Wahh.. tak lama lagi nak masuk tahun baru 2016.. Keknil nak ajak korang menjelajah  selama 6 hari 5 malam ke Manchester secara PERCUMA ! Seronok tak?

Impian untuk ke UK memang dah lama Keknil pendamkan.. Fuhh.. rasa macam mimpi je kalau dapat pegi kan.. tapi dengan adanya mimpi.. takkan jadi kenyataan.. so, mari kita mimpi dulu.. mana tau.. esok lusa kita sampai kat Manchester dan antara tempat yang Keknil nak pegi adalah Stadium Etihad ! Awesome..

Nak tau macam mana nak bercuti dengan percuma ni? Jom rapat-rapat dengan Keknil..


Untuk pengetahuan korang, Dashing telah bekerjasama dengan Manchester City Football Club dan menghasilkan beberapa produk penjagaan peribadi lelaki No.1 di Malaysia seperti EDT, buih mandian, deodoran, bedak talkum, gel rambut dan pencuci muka. 

Siapa tidak kenal jejaka macho dalam team Manchester City seperti Sergio Aguero. Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva.. Keknil yang tak berapa layan sangat tengok bola pun boleh terus terpacak depan TV bila menonton Manchester City ni main tau.. walaupun dalam keadaan berpeluh, berlari-lari mengejar bola.. mereka tetap tampil bergaya dan aummm... kacak chuolssss...

Ini rupanya rahsia mereka.. Keknil selalu dengar encik suami bercerita tentang kehebatan Sergio Aguero dalam posisi penyerang.. memang selalu tengok betapa hebatnya dia di padang.. Peluh-peluh pun kacak juga.. Hahahaha..


Dashing Men In Action ini didatangkan dalam bungkusan yang menarik dan terdiri daripada 5 produk yang masing-masing direka khas untuk melawan masalah kuli yang biasa dihadapi oleh lelaki. Sama macam encik suami, muka dia bersih je.. tapi kadang-kadang.. ada jerawat nasi kat muka dia.. Keknil pula pantang tengok.. Huhh.. memang Keknil picit-picit je la.. tapi sejak dia gunakan Dashing Men In Action ni.. dah takde jerawat dahh.. Uhukkk.. sedikit kekecewaan disitu sebab Keknil tak boleh nak lepaskan geram kat muka dia.. So, memang produk ni telah berjaya membuat muka encik suami lebih segar dan menyahkan jerawat di muka. Suka la dia kannn... 


Memang setiap kandungan dalam rangkaian Dashing Men In Action ni sangat unik. Sama juga seperti wanita.. lelaki pun perlu menjaga penampilan diri supaya nampak lebih yakin, kemas dan berpenampilan menarik kan.. Meh Keknil nak kenalkan produk-produk dalam rangkaian Dashing Men In Action ni..

Icy Fresh - mengandungi air ais glasier yang berfungsi untuk kesegaran segera dan mencegah hidrasi kulit. Ia juga dapat memberikan kesegaran yang berpanjangan dan sesasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. 

Oil Clear : diformulasikan dengan kandungan rahsia dari arang buluh yang menyingkirkan kotoran dan mengawal minyak yang berlebihan di muka.

Acne Free : diformulakan dengan tanah liat bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut berkesan dalam menjadikan kulit lebih licin dan sihat dari luaran serta memberi pembersihan pantas kepada kulit. 

Whitening Scrub : mengandungi garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Selain dari membantu membuka liang pori, ia juga dapat menyingkirkan kotoran dan bintik hitam di muka.

Extra White : Orang lelaki pun boleh putih juga tauuu.. Diformulasikan dengan tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, ia dapat memberikan kulit yang lebih ringan,cerah dan tona sekata. Ia juga turut dilengkapi dengan perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik hitam gelap.

Bagi korang yang nak dapatkan produk ini, boleh dapatkan di farmasi atau pasaraya berdekatan dengan harga RM11.90 bagi pek 100gram dan RM6.90 bagi pek 50gram.

So.. berbalik kepada jawapan macam mana nak jelajah ke Manchester, United Kingdom selama 6 hari 5 malam secara PERCUMA !

Mudah je.. beli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini.. 

Dan.. 11 orang pemenang bertuah akan di bawa untuk menikmati siri jelajah 6 hari 5 nakan je Manchester, UK secara PERCUMA !

Yang bestnya bagi peminat Manchester City, korang akan dibawa untuk melawat kem latihan di City Football Academy bersama jurulatih dan pemain-pemain Manchester City.. Uwaaaa... Keknil nakkkk ! Selain tu, korang juga akan dibawa untuk menjelajah Etihad Stadium dan diberi tiket VIP untuk menonton perlawanan secara langsung di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016 ! Terujaaaaaaa !!


Peraduan berakhir 31 Disember 2015. So.. cepatt dapatkan produk ni dan sertai peraduan ni !




till then, tatababai

What's New
Anil Wanina
Anil Wanina

I'm a full-time Assistant IT Analyst with passion on travelling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty and event. Give some love and good comments so we can share thought and experience together. ^_^

2 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^