Tak tahan pedas? Ia bukan lagi masalah..

Assalammualaikum

Orang Malaysia memang sukakan pedas.. kalau ikutkan, Keknil pun hantu juga makanan yang pedas-pedas ni.. kalau kat rumah.. kalau boleh hari-hari nak menu sambal.. semalam sambal ikan bilis, hari ini sambal telur, esok sambal cili api.. Kuikuikuii.. Dan setiap kali kalau makan pedas,mesti nak ada air kan.. Fuhh.. dapat plak minum dengan air sejuk.. Marveless.. mau tambah nasi banyak kali..

Kami dah bersedia..

So, baru-baru ni.. Keknil menyertai satu cabaran yang dinamakan Spicy Challenge yang bertempat di Chilli Rush, Petaling Jaya. Dari rumah memang dah ready fizikal dan mental.. nak kena makan pedas-pedas ni.. sampai je kat Chilli Rush.. fuhh.. ramai rupanya yang menyahut cabaran ni.. Tazzabar rasanya nak sahut cabaran ni..

Signature drink from Chilli Rush

Tu diaa.. air cili.. huhuhu

2 gelas Keknil habiskan..hohohoo

No worries.. Cool Tea kan ada..

Dalam Spicy Challenge ini, terdapat 2 cabaran yang Keknil dan yang lain perlu lalui iaitu Chilli Rush Hot Wings yang mana dalam cabaran pertama, Keknil dan kumpulan Keknil perlu makan 1 dozen kepak ayam yang memang berapi pedasnya. Kepak ayam yang diperap dengan sos rahsia dengan rasa timur dan barat, fuhh.. memang resepi rahsia terbaik dari Chilli Rush dan semestinya, menemani kami sepanjang Spicy Challenge tajaan Cool Tea ini.

Kumpulan Keknil adalah yang terakhir dan Keknil hanya mampu menghabiskan 1 ketul kepak ayam sahaja dalam masa 1 minit yang diberi. Ehh.. bukan sebab pedas tauu.. tapi sebab panas.. Yes.. kepak ayam yang kami makan tu betul-betul panas dan pedas. Kombinasi tersebut telah membuatkan Keknil tewas dengan Sally yang juga hanya mampu makan 2 ketul kepak ayam sahaja. Fuhh.. nasib baik ada Cool Tea. Usai tamat cabaran, habis 1 botol Cool Tea Keknil habiskan.. ledakan pedas dan bahang panas dalam tekak ni akhirnya tawar dengan ekstrak  8 jenis herba yang disatukan dalam Cool Tea ini. Sejuk rasa tekak dan badan lepas minum Cool Tea. Rasa nak makan lagi kepak ayam pedas berapi tu.. Hahaha..


So.. are you ready to survive? Keknil dah bersedia..

Muka cuak kot..

Ouch.. muka kepedasan ke kepanasan tu?

Aumm.. makan juga kan

Keputusan dari cabaran pertama tadi, seramai 5 orang dari setiap kumpulan telah Berjaya ke peringkat akhir. Wow.. syabas korang. I adore you ! Untuk cabaran penentuan ini, setiap peserta dicabar dengan 1 dozen kepak ayam yang diperap dengan cili yang pedasnya sehingga 100 kali lebih pedas dari cili api dan perlu menghabiskan dalam masa 4 minit tanpa perlu minum tauu ! Cuba korang bayangkan.. kalau dah cili api tu sendiri pedas.. inikan pula.. 100 kali ganda.. Mari menangis kepedasan secara berjemaah..

Keknil tengok masing-masing berada dalam keadaan yang sangat cuak. Mau tidaknya.. ini bukan setakat pedas.. Ini betul-betul pedas ! Kombinasi pedas dan cuak yang meluap-luap yang mampu meledakkan adrenalin dalam badan. Fuhh.. Keknil yang jadi penyokong pula yang berpeluh-peluh tengok para peserta ni. Nak tau tahap pedasnya pula.. para peserta diminta untuk menyarungkan sarung tangan bagi mengelakkan rasa pijar pada tangan.. Aiyooo… Keknil yang jadi penonton pula yang eksaited pegang Cool Tea just in case Keknil rasa pedas. Walhal.. tukang tengok je pun.. Hahhaa.. tapi bahang kepedasan sampai juga pada Keknil tauu..


Top 5 Spicy Challenge

Banyak betul cili dia..

Saat loceng dibunyikan.. hanya terdengar sorakan dari kami sebagai penyokong kepada peserta. Ada peserta yang makan secara bersahaja, ada juga peserta yang menangis kepedasan.. ada juga peserta yang menahan airmata.. dan ada juga peserta yang give up selepas menikmati seketul kepak ayam. 4 minit terasa bagaikan terlalu lama sampaikan Keknil pula rasa nak nangis tengok peserta menahan pedas. Tamat 4 minit, tak tunggu lama.. Cool Tea yang berada di depan mata dinikmati terlebih dahulu. Nampak la rasa lega dimuka masing-masing.


Sarung tangan ready

Fuh.. dah berapa ketul tu Sally..

I accept your challenge..

Muka tak tahan pedas..Hahaha

Bagi yang tak tau, apa la Cool Tea yang Keknil sebut-sebutkan tu.. CoolTea merupakan satu produk yang mengandungi 8 ekstrak herba yang terdiri dari akar liquorice, daun teratai, bunga kekwa,selfheals,  buah-buahan Grosvenor Momordica, daun mulberi dan mesona chinensis yang  mampu membantu menyejukkan badan.


Cool Tea

Kalau korang nak tau, CoolTea ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Teh Herba, Teh Hijau dan The Bunga Kekwa. Keknil dah rasa semuanya.. Semuanya sedap dan menyamankan. Produk Cool Tea ini boleh didapati di 7-Eleven, AEON, TESCO, The Store, Giant, AEON Big, Econsave, KK Mart dan juga Mydin. 

Untuk maklumat lanjut,
Instagram : www.instagram.com/mameecooltea/

till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

22 9 orang peminat :

  1. Eraz salah sorg yang tak makan pedas.. Boleh try ni.. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh.. rugi tul tak makan pedas.. you should try...

      Delete
  2. Perghh... Memang pedas berapi. Tengok muka pn dah tau memNg pedas ayam tu. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas mera oiiii... walaupun makan seketul je.. nasib ada cool tea... hihiih

      Delete
  3. Perghh... Memang pedas berapi. Tengok muka pn dah tau memNg pedas ayam tu. Haha..

    ReplyDelete
  4. Kak Sue mmg suka makanan pedas..nanti boleh cuba Cooltea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sue.. bila nak watkan pelam asamboi.. nyum nyum... ^_^

      Delete
  5. Tak pernah rasa Cool Tea, pasni boleh laa cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak Nani.. rasa yang kaler biru tu sedap...

      Delete
  6. Saya suka makan pedass heheh tapi kalau tersedak..perghhh.

    Boleh try gak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. kalau tersedak mau kuar air idung trus.. kikikii

      Delete
  7. Saya suka makan pedass heheh tapi kalau tersedak..perghhh.

    Boleh try gak ni..

    ReplyDelete
  8. Kenan pulak tgk cool tea ni....sedapnya korang mkn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juju.. makan sedap.. air pun kena la sedap.. baru la kena.. ^_^

      Delete
  9. Replies
    1. Que.. apa yg best? makan pedas ke? atau Cool Tea.. ^_^

      Delete
  10. Pergh..pedas gila...leh lah try air nie pas makan pedas

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedas zarin oiii... tapi dengan cool tea.. nyamannnn.. ^_^

      Delete
  11. Pergh..pedas gila...leh lah try air nie pas makan pedas

    ReplyDelete
  12. Suka mkn pedas gak... oo lps ni tau dah tips nak cpt hilangkan pedas mulut lps mkn pedas... hehhee

    ReplyDelete
  13. puhhhh air cili tu kak...mau tercirit tu :p

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^