Friday, December 11, 2015

Winter is Coming ! Bantu mereka....


Assalammualaikum

Minggu lalu Keknil dan ahli KelabBloggerBenAshaari telah dijemput untuk sedikit perkongsian ilmu di SyriaCare. Perkongsian ilmu yang sangat menarik dan wajar di kongsi bersama untuk rakan-rakan pembaca yang lain. Tak perlulah Keknil bercerita tentang apa yang terjadi di Syria pada masa kini sebab semua orang tau.. It's a sad story... dan bak kata Ustaz Rizal, sejarah sedang tercipta !



It's true ! Lakaran sejarah yang terjadi pada masa kini bukannya sejarah yang indah untuk dikenang. Tetapi sejarah yang sangat pahit dalam sejarah Islam. Apa yang terjadi kepada saudara-saudara kita di sana juga sangat menyayat hati. Dan yang buat Keknil terkesima.. mereka di sana berjuang dalam mempertahankan hak mereka. Seriously.. apa yang terjadi di sana benar-benar membuatkan Keknil sebak.. beberapa kali juga Keknil menitiskan airmata tatkala Ustaz Rizal menunjukkan paparan video dan gambar dari bumi Syria.

Di mana Syria?

Abaikan muka Keknil yang double chin tu.. tapi hayati perasaan Keknil ketika itu.. 

Ayam.. Ikan.. Daging.. malahan sayuran.. masih lagi mudah dimiliki di Malaysia kan.. tapi di sana.. jangankan  sayuran.. roti pun susah nak diperolehi.. bila Keknil dihidangkan dengan video macam mana kanak-kanak Syria berebut-rebutkan kerak sup dari periuk sup yang sudah habis.. Ya Allah.. sebak rasanya.. rasa tak sanggup nak tengok sampai habis.. 

Sebelum ini juga melalui projek-projek bantuan oleh SyriaCare, sebuah kedai rakyat telah diwujudkan di Syria yang mana pelbagai barangan keperluan diri dan makanan di letakkan di sebuah kedai.. dan barangan tersebut boleh diambil secara percuma.. itu semua adalah sumbangan dari rakyat Malaysia melalui SyriaCare terdahulu. 

kedai rakyar

barangan dalam kedai rakyat

rakyat Syria mengambil barangan mengikut keperluan sahaja

Selain dari itu, terdapat pelbagai projek lain seperti agihan susu tepung untuk kanak-kanak dan ambulans. Ini semua adalah amanah yang telah digalas oleh SyriaCare dan pastinya.. ianya juga sebagai salah satu saham akhirat untuk si penderma. 

agihan susu

kanak-kanak yang gembira mendapat susu

ambulans yang dibeli hasil dari kutipan oleh SyriaCare

peralatan dalam ambulans

Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin?

Pada masa kini, SyriaCare sedang berusaha untuk mengumpulkan dana untuk menghadapi musim sejuk yang bakal melanda Syria. Sehingga November 2015,sebanyak USD130,000 (RM555,100) telah berjaya dikumpul dan di hantar ke Syria bagi menghadapi musim sejuk di sana. Alhamdulillah.. 

Sumbangan yang akan diterima oleh SyriaCare akan digunakan untuk agihan pek makanan, tong gas dan pakaian musim sejuk kepada keluarga-keluarga di Syria. Kita yang duduk dalam aircond ni pun dah sibuk cari sweater dan shawl.. Inikan pula mereka yang berada di sana dan dijangka akan mengalami suhu di bawah -10 darjah celcius. 

Kami prihatin

Keluarga KelabBloggerBenAshaari dan SyriaCare

Macam mana kita boleh membantu mereka?

Sumbangan boleh dibuat melalui salah satu akaun SyriaCare Malaysia seperti berikut :

CIMB BANK
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL

Maybank
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 5621 0665 3575

RHB Bank
Nama akaun: Syria Care
No. Akaun : 2622 5000 0217 75

Alamat Pejabat NGO Syria Care:
No. 43A, Jalan Bola Jaring, 13/15, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Sila hantarkan resit kepada 01128809820 Finance Exec (Whatsapp)



Tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Sumbangan anda amat bermakna buat mereka.
Semoga usaha anda diganjari Allah dengan Syurga.

Untuk maklumat lanjut, 


Hulurkan bantuan.. barang RM1 juga sudah memadai untuk saudara kita di sana.. semoga dipermudahkan segala urusan.. amin..

till then, tatababai

What's New

2 comments:

  1. moga semuanya dipermudahkan, amin..

    ReplyDelete
  2. I'm jealous with you guys can help them with so many good deeds . Allah hu akbar . That's such a beautiful and I hope I will be one like you guys ! In shaa Allah . I love this post a lot !!

    - Syamsid Blog -

    .

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^