Thursday, January 29, 2015

Hotel Review : Heritage Hotel, Tawau


Assalammualaikum..

Selamat pagi kawan-kawan.. dah sarapan? ^_^

Nak buat review sikit tentang hotel yang aku pernah menginap kat Tawau. Sepanjang hidup aku, ececee.. inilah pertama kali aku sampai Tawau. Masa mula-mula nak datang Tawau tu, dok riki-riki juga, ada apa kat Tawau ni. Orang kata sana seafood murah kan.. ^_^ tapi tujuan sebenarnya bukanlah nak makan seafood pun.. dalam tak makan seafood tu pun, hehari aku balun pisang cheese kat sana.. hahahah..

Baiklah.. sambung review hotel yang aku duduk kat Tawau ni. Hotel yang aku pilih adalah Heritage Hotel dan bilik yang aku amik adalah bilik standard

Hotel ni kalau exterior dia nampak mcam hotel lama je.. even dalam dia pun, macam hotel lama.. hikss.. tapi hospitality dia setanding hotel 5 bintang. Walaupun ini kali pertama aku datang Tawau dan pertama kali duduk kat hotel ni, aku terus jatuh cinta dengan hotel ni. 

Lokasi hotel yang dekat dengan kedai makan. Bukan setakat dekat je, bersepah kedai-kedai makan kat situ. Depan hotel tu je ada restoran nasi ayam. Hari-hari pula tu aku sarapan kat situ sebab hotel ada collaboration dengan restoran tu. Kalau rasa nak makan kari, ada restoran India sebaris dengan hotel ni. Selain tu, masakan melayu, goreng-goreng, even masakan asli Sabah pun ada. Semua dekat-dekat. Tu yang hari-hari aku tapau pisang goreng cheese makan dalam bilik. Heaven sungguh... Huhuhu..

Okey.. meh tengok bilik hotel dia.. gambar ni haruslah aku snap masa hari pertama sampai kan.. lepas tu dah rupa kapal karam.. hahahha.. tapi jangan risau, ada je housekeeping yang mengemas. ^_^

bilik katil queen

pandangan dari arah katil

coffee table katanya.. tempat aku lepak makan pisang cheese

almari. ada extra 2 bantal. semua aku utilize buat kepong aku tido.. ngeeee

bilik air

bilik mandi

kalau nak solat, ada arah kiblat ditunjukkan

coffee set

sabun di bilik mandi

selipar kalau sejuk boleh pakai

walaupun hotel macam hotel lama, tapi access door pakai kad wokey..

dan yang paling best.. wifi percuma.

Hehehe.. best tak? Aku paling suka tu wifi le.. satu slip bole guna satu device. So aku minta dua, satu untuk phone, satu untuk notebook. 

Sepanjang 5 hari aku stay kat sini, alhamdulillah.. barang-barang pun selamat. Kadang-kadang aku ada juga tinggalkan notebook dalam bilik tapi dalam beg la, simpan elok-elok kan. Syukur alhamdulillah.. takde pape yang hilang kecuali sampah je la.. hihihi..

Berapa rate yang aku dapat selama aku stay kat Heritage Hotel ni.. Hahh.. inilah antara sebab musabab kenapa aku pilih hotel ni. Walaupun agak jauh dari tempat yang aku pegi hari-hari tu, tapi hotel ni murah. Walaupun harga lebih kurang je dengan hotel-hotel berdekatan, tapi WIFI kat sini memang best.. insya allah.. moga servis wifi kat sini terus cemerlang... hihihiih

So, aku stay 6 hari 5 malam kat hotel ni.. rate untuk hari pertama adalah RM119.00 per night include breakfast tau... dan malam kedua dan seterusnya pula RM109.00 include breakfast.. walaupun hanya beza RM10.. tapi kalau campur total 5 malam aku duduk kat situ.. boleh buat tambang teksi tu tauu.. ^_^


So, sape-sape yang pegi Tawau.. aku recommended hotel ni untuk korang duduk.. berbaloi-baloi... ^_^


till then, tatababai

What's New

Wednesday, January 28, 2015

Terima kasih, DJ!!!


Assalammualaikum....

Terharu sangat... aku rasa macam HONOUR sangat bila geng-geng travel ni sudi drop komen kat blog non hado ni... Gile tak bangga... IDOLA kotttt... dorang la antara pencetus ummah.. ehh.. niat nak travel jauh-jauh ni.. sebelum ni jalan dekat-dekat je kan... lepas tu, mula la pandai cari tiket ke sana ke mari. Dalam diam-diam, dah sampai ke New Zealand dah aku... ni semua gara-gara mereka-mereka yang banyak bantu dan menghasut aku dengan entry-entry ohsem dorang...

Okey.. aku belum la sampai tahap macam dorang ni.. pegi travel macam pegi keje... hahahha.. okey tipu je.. aku ni kira NEWBIE je.. baru bape kerat la negara-negara yang aku terjah. Since aku ni suka mengulang tempat-tempat yang aku suka.. contohnya macam PADANG.. 2 kali dah aku pegi.. LANGKAWI.. dah tak boleh kira dah bape kali.. hahahah... KRABI.. aku rasa nak masuk kali ke-3 dah aku pegi.. ni silap-silap kang NEW ZEALAND pun aku ngulang.. bahahhaha.. perasan kayo rayo sungguh diriku ni.. huhuuhuu

Banyak tul cap lock kat atas tu.. ahahaha

Terima kasih pada semua yang sudi jejak kaki kat sini. siyes.. aku SPEECHLESS, TERHARU, BANGGA dan macam-macam rasa la ada.. tapi tak meninggi diri tauuuuu... ^_^ korang la idola aku.. korang la segala-galanya sampai encik suami pun ikut teruja dengan hobi travel aku ni.. hahahaha... skang ni encik suami senang je, kalau dia teringin nak pegi mana-mana.. mesti dia cakap, 'eh mama.. teringin nya nak pegi Krabi.. macam cantik je, macam comel je..' esoknya, aku pun belikan la tiket untuk dia.. eh eh.. bukan la esoknya.. kira bila ada sale le kann... kalau bab tiket-tiket seme memang serah kat aku le... hihihihi


Dia pun dah jadi hantu travel macam aku.. hohoohoh.. yang paling tak boleh blah... hantu nak mengulangg je kat satu-satu tempat tu.. kalau dah suka.. kalau boleh setiap tahun nak pegi.. kahkahkah.. skang ni dia gile Krabi.. tahun ni belum pegi lagi ni.. tapi dah tanya masa sale AA baru ni..'tahun depan ada tak tiket Krabi yang murah..' hahaha.. sesuatu sangat kann... ke dia nak tengok topless beach kat sana... ehem... lastik idung tu kanggg...

So, ari ni.. nak share juga.. sebab ini adalah kali pertama dapat souvenir macam ni.. so suwittt la kann.. siap emel minta alamat bagai.. lahaii... suwiiittttt sangattt...

Souvenir ni adalah dari DJ yang baru balik dari New Zealand.. hahh.. ni lagi la buat aku rasa tertunggu-tunggu entry New Zealand dia.. dulu sebelum pegi aku dok godek-godek blog John cari itinerary.. skang ni dok tertunggu-tunggu pulak entry bergambar dari DJ.. siyes.. kalau duit aku berkepuk.. memang aku nak pegi lagi New Zealand ni.. mungkin, boleh dijadikan acara tahunan.. ekkk...

Okey.. takmo merapu.. thanks DJ.. sudi bagi souvenir kat kita.. bukan satu, bukan dua.. tapi LIMA... ^_^ sukaaa suka sukaaa... nampaknya kita kena beli magnet board lepas ni sebab peti ais kita dah tak muat letak fridge magnet banyak-banyak ni.. hihihi..

Since opis aku kat Cyber ni kurang mesra penghantaran pos, so aku bagi alamat HQ kat Putrajaya. So, amik masa juga la nak sampai kat Cyberjaya ni. Tapi yang penting.. selamat sampai dan sihat walafiat souvenir dari DJ ni.. ^_^ love youuu....

parcel

nota kaki, DJ

i love fridge magnet..


Terimalah pantun dua kerat untuk DJ :

Naik bas pegi PJ,
Terima kasih DJ.


till then, tatababai

What's New

Movie Review : The Wedding Ringer


Assalammualaikum..

Selamat pagi.. pagi-pagi aku nak buat review untuk movie yang aku baru tengok malam tadi iaitu The Wedding Ringer

Terima kasih Nuffnang yang tak terhingga la sebab sudi invite aku sekali lagi. Yeayyy... aku suka tengok wayang... jangan buat wayang sudah.. ^_^

Thank buat peneman tengok wayang, Haida yang sudi la temankan aku share minat tengok wayang. Gigih ke idak dari Putrajaya - Cyberjaya - OneUtama.. hahaha.. siap salah masuk panggung lagi.. hahaha.. itu adalah salah diriku kerana kurang alert.. T_T

tima kasih, #kakiwayang

thanks Nuffnang & ChurpChurp


Baiklah, bagi yang tak tau cerita ni pasal apa, meh tengok sinopsis dia :


"The Wedding Ringer" menceritakan tentang Jimmy (Kevin Hart) yang bekerja untuk menyediakan khidmat pengapit untuk para pengantin yang biasanya tidak memiliki sahabat  untuk melakukan hal -hal tersebut.
Doug Harris (Kosh Gad) seorang bakal pengantin yang terjebak dengan situasi tersebut. Keadaan menjadi semakin buruk setelah Doug memerlukan 7 orang pengapit lelaki. Ketika segala cara gagal, Doug yang berputus asa mencuba untuk keluar dari bantuan Jimmy. Jimmy yang pantang menyerah membuat cara terakhir, dia telah merancang sebuah sandiwara tapi jika hal ini gagal hal ini akan menghancurkan segalanya, yaitu pernikahan Doug. Akankah sandiwara yang mereka rancang berjalan mulus?



Untuk lebih lanjut, boleh tengok trailer kat bawah ni :


Komen Aku : 

Kalau korang suka filem romantik komedi. Inilah dia. Tapi perlu diingatkan, banyak 18SX juga dalam ni especially dialog dia. Perbuatan dia sikit-sikit je la. So, beware bagi yang nak bawa anak-anak tu. ^_^

Lakonan Kevin Hart dalam cerita ni tak mengecewakan, malah memang THORBAIK la dari segala macam segi. Pada awalnya, macam blur juga la, tiba-tiba je kuar Doug yang tengah call kawan-kawan dia untuk jadi pengapit dia. Macam mana dia kenal dengan bakal isterinya juga agak kabur, tapi itu boleh dimaafkan sebab sepanjang perjalanan cerita ni, sedikit sebanyak kisah perkenalan Doug dan bakal isterinya, Gretchen akan terjawab. Bila tengok cerita macam ni, mesti dah jangka kan, penamatnya bagaimana.

Paling best masa Jimmy perkenalkan Doug dengan 7 orang pengapit yang diupahnya. Korang mampu hired pengapit yang baru keluar dari penjara? Hahahaha.. memang lawak gile.. Aku rasa memang pecah panggung la dengan gelak tawa penonton malam tadi. Penipuan yang menyatakan dorang ni sebenarnya BEST FRIEND ni hampir terbongkar tapi akhirnya Jimmy juga la yang jadi penyelamat.

So, dah boleh jangka penamat cerita ni macam mana? Adakah Gretchen akan dapat tau yang Doug tu bukanlah sosialist seperti yang diperkatakan? Ataupun perkahwinan dorang akan berjalan lancar seperti biasa? Hah.. korang kena tengok cerita ni. Aku rasa kami yang kat panggung pun suka cerita ni memang betul-betul release tension la.. bila dah tamat movie ni, kitorang siap bagu tepukan lagi. Havoc ke idak? ^_^

So, untuk cerita ni, aku bagi :



till then, tatababai

What's New

Tuesday, January 27, 2015

Kena sawan gara-gara AIRASIA!!!!


Assalammualaikum..

Salam petang semua.. just nak share sikit pasal hari ini dan semalam. Nak bagi tau ni.. entah secara tiba-tiba aku dah terkena sawan tiket... ni semua gara-gara AirAsia buat sale. Dari semalam sampai la ke pagi ni, pantang ada masa terluang je, aku dok godek-godek tiket kat AirAsia..

Kurang asam betul AirAsia ni.. asal nak terbeli tiket je, mesti encik suami mesej, 'tengah buat apa tu?' ewah ewah.. what a coincidence... macam tau-tau je aku nak terklik beli tiket flight.. bahahahhaa..

Lepas tu aku pulak balas,'mama minta maaf.. T_T' yang tak boleh blah tu, dia terus tanya, 'nak beli tiket pegi mana pulak tu...' hahahaha... adoiyaiii... memahami sangat... sebab tu aku kata aku tengah sawan tiket ni.. pagi tadi sebelum masuk keje, aku dah godek tiket... siap TERBELI lagi tu...  ni petang tadi, TERBELI lagi.. uwaaaa... berapa kali TERBELI dah ni woiiii.... geleng kepala encik suami..

Iman pula.. mesti la dia suka.. dia kan dah jadi macam aku juga.. pantang aku buka AirAsia.. mula la dia tanya.. 'mama.. lepas ni kita nak pegi mana pulak' terteleng-teleng leher encik suami kat belakang tu.. hahahhaha...

Redha je la ye, selagi ada SALE ni selagi tu ISTERIMU ni kena SAWAN TIKET!!!!



till then, tatababai

What's New

Monday, January 26, 2015

AA ON SALE!!!!!!


Assalammualaikum...

Mesti ramai yang dah tau kan... tapi aku gedik nak bagi tau juga.. ^_^ AA buat sale lagi tau.. korang ada grab ke mana-mana ke? huhuuu..

Aku ada riki-riki beberapa tiket yang aku rasa nak pegi sangat.. tapi malangnya.. masa aku check pagi tadi.. murah la pulak.. sekali bila balik rumah, mak aii.. seme dah mahal.. T_T sila nangis sorang-sorang...

Moral of the story, bila nampak je harga tiket yang murah tu.. terus je grab.. tak yah tunggu sejam kemudian ke esok ke lusa ke.. kalau tak, jadi macam aku ni la.. hahahhaa


Aku share kan sekali harga-harga tiket yang tengah offer sekarang ni.. bernanah mata ni tengok harga dia.. T_T





 So.. korang grab tiket pegi mana? Meh ajak aku sekali... ^_^



till then, tatababai

What's New

Overall Budget ke Koh Samui!!!


Assalammualaikum...

Akhirnya.. tamat juga entry Koh Samui kan.. hahaha.. gigih setahun siapkan entry.. kikikii.. baiklah.. sebagai penutup kepada entry Koh Samui ni, aku nak share pasal jumlah keseluruhan yang kami 3 beranak habiskan untuk trip Koh Samui ni.

Untuk makluman, untuk kos awal aku cuma tukar THB9000 sahaja untuk cover all expenses di Koh Samui ni.



Kos ni, aku kira untuk 3 pax tau sebab aku pegi dengan family.. ^_^ pengiraan kos adalah mengikut hari ye.. ^_^



Flight KLIA2 - Suratthani - KLIA2 = RM384.00
(Inc meals for 3 pax for return flight)

Hotel di Koh Samui = THB11,940 (ikut currency masa bayar, RM1,170.58)
Hotel di Suratthani = THB490 (ikut currency masa bayar, RM50.00)


Day 1
Parking di ERL Salak Tinggi = RM10
ERL Salak Tinggi - KLIA2 = RM8
Minum dalam flight = RM12
Tiket dari Phantip Ltd (bas, feri, van) = THB3300 



Day 2
Sewa motor (1 hari) = THB150
Minyak motor = THB40
Parking di Hin Ta Hin Yai = THB10
Lunch = THB220
Shopping di Tesco = THB4,995
Kudapan di A Family Mart = THB50
Minyak motor = THB722
Kudapan = THB890
Pancake = THB80



Day 3
Sewa motor ( 1 hari) = THB150
Poskad & Setem = THB160
Minyak motor = THB40
T-Shirt = THB500
Fridge Magnet = THB310
Kudapan = THB67



Day 4
Makan dalam ferry = THB45
Tuk tuk di Suratthani = THB150
Dinner = THB192



Day 5
Kopi di Airport = THB190
Topup makan dalam flight = RM12
ERL ke Salak Tinggi = RM8


Jumlah Day 1 - 5 : THB8961 x 1.04 = RM931.90
Jumlah Day 1 & 5 = RM50

Jumlah Keseluruhan = (RM384 + RM1170.58 + RM50 + RM931.90 + RM50) = RM2,585.90)








till then, tatababai

What's New

Thursday, January 22, 2015

Lady Lista : Dari Maskara Seorang Diva



Assalammualaikum...
Hai semua.. siapa kat sini yang selalu terjah Forum Cari?

Jangan tipu... huhuu... mesti ada kan.. aku juga adalah salah seorang user tegar kat Forum Cari tu.. so, ada berita baik untuk pembaca-pembaca yang sukakan informasi tentang indusri hiburan tanahair. Nak tau lebih lanjut? Terjah press release kat bawah ni.. ^_^

Nak tau fesyen terkini yang HANGAT?
Nak dapat kan tips-tips CANTIK?
Nak mengetahui rahsia dalam CINTA & PERHUBUNGAN?
Nak dapatkan resepi BEST?



PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari. 

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita. 

Dengan tagline ‘Dari maskara seorang diva’, Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my atau Google "Ladylista"

- End of Press Release -


Aku dah godek-godek portal ni. Memang best. Kalau korang suka layan Forum Cari, kat sini ada segala himpunan informasi tentang semua yang korang boleh baca kat Forum Cari tu. Awesome tak?

Malah sebagai pengguna dalam Forum Cari, korang boleh juga access melalui Lady Lista ni dan memberikan komen-komen kat sini. 

Selain dari itu, Lady Lista juga menyediakan pautan mudah untuk korang direct access ke Forum Cari. Senang kan? ^_^

So, jom.. yang mana belum mendaftar, bolehlah mendaftar melalui pautan Daftar Lady Lista. Atau yang telah mendaftar, boleh terus akses melalui akaun yang dah didaftarkan melalui Forum Cari.


till then, tatababai 

What's New

Wednesday, January 21, 2015

Hotel Review : Chic Hotel Suratthani


Assalammualaikum...

Macam mana? Teruja tak dengan hotel yang aku duduk kat Koh Samui tu? ^_^ baiklah.. aku nak buat review pula hotel yang aku duduk kat Suratthani. Nama hotel ni Chic Hotel Suratthani. Hotel ni aku booking melalui website booking.com.
Boleh godek-godek kat situ untuk tengok offered price dia pada tarikh yang korang akan pegi tu..

Untuk aku, hotel ni aku book sebab dia terletak kat area Town (tapi tak merasa Town tu pun sebab kitorang memang stay up untuk tidur). Lagi pula, dari hotel ni, dekat juga la kalau nak ke Tesco Lotus. Boleh refer entry aku sebelum ni.

Hotel ni nampak macam baru lagi kan.. sebab dia memang baru. hehehe.. dan yang buat aku tertarik dengan hotel ni adalah sebab dekorasi dia. Walaupun kitorang nak duduk hanya untuk 1 malam, tapi penginapan yang selesa sangat penting tau. Takde masalah kalau nak duduk hotel murah-murah, atau B&B also can.. tapi since aku book bilik kat hotel ni pun dengan harga yang WORTH sangat untuk 3 orang berbanding aku duduk kat B&B.. so, better aku duduk sini dan interior dia tak mengecewakan. 

Since ini adalah kategori hotel bajet, maka, lif pun takde tau. Tapi korang jangan risau, setiap floor dia yang korang daki tu, tak terasa penat pun. Sebab setiap floor ada hentian yang best-best. Okey, scroll down lagi untuk tengok apa yang ada kat each floor.. ^_^ selain dari itu, bilik dia pun bajet juga la kan. Aku amik bilik standard double room yang memuatkan 2 orang dewasa. Tapi aku gedik sumbat 3 orang dalam tu. Muat je pun aku, encik suami dengan Iman cuma Iman tak boleh tido lasak-lasak sangat la. Bilik dia memang compact, tapi apadehal, janji boleh tidur untuk 1 malam kan.

okey.. meh kita tengok apa yang ada kat hotel tu.

exterior Chic Hotel

our room, tingkat 3

bilik kami

katil, ngam-ngam dari hujung dinding ke hujung dinding

makeup mirror

toilet

facilities in toilet

para dan tempat gantung baju di belakang pintu

another space inside the room

wall frame dalam bilik.. terus rasa nak pegi London.. hahaha

See.. macam yang aku cakap tadi. Bilik dia memang compact gile. Kalau 3 dewasa duduk dalam bilik ni badan serupa aku ni memang tak muat la. hahahha.. dalam maksudnya tu, maknanya kena kuruskan badan.. kahkahkah..

Meh aku listkan apa ada dalam bilik compact serupa poket doraemon ni;

- flat TV with satellite channel
- air conditioner
- mini clothes rack
- shower
- hair dryer
- free toiletries
- refrigerator
- electric kettle
- desk and chair
- towel
- bathrobe
- complimentary coffee / tea set
- mee segera, kacang, snack

Hahhhh.. teruja ke tak!! Dengan bilik yang comel, tapi boleh memuatkan macam-macam dalam tu. Tu aku kata bilik ni macam poket doraemon.  Semua menda tu, boleh je guna. Aku ada listkan kat situ, ada mee segera, kekacang dan snack kan. Memang ada disediakan dalam satu bakul tu, tapi aku tak pasti kehalalan makanan-makanan itu, so kitorang tak usik la. Even dalam fridge pun ada macam-macam jenis air minuman, dari air mineral sampai la ke air minuman bergas. Kitorang cuma amik air mineral sahaja. Samada makanan dan minuman yang ada dalam bilik tu FREE atau tak, pun aku tak sure sebab bila aku tanya receptionist, macam ayam cakap ngan kambing. 

Pada aku, itu la antara kelemahan yang ada kat hotel ni. Reception cantik, bergaya, tapi tak boleh speaking ENGLISH. Yang tak boleh blah tu, kitorang punya la nak pinjam extension plug, tapi dia bagi charger telefon. T_T encik suami dah tarik muka dah sebab dah hampir 30 minit dok explain nak extension plug. Last-last aku masuk kat kaunter reception tu, pastu aku tunjuk apa yang aku nak pinjam. Hahahah.. baru la dia faham. Adoiyaiii.. jenuh la kalau duduk kat sini 3-4 malam. 

Dan korang jangan risau, WIFI dalam hotel ni juga disediakan dan ianya FREE!! Cuma kalau dah dok tingkat 3 tu, faham-faham je la. WIFI agak slow tapi boleh je nak connect. Aku siap sempat download cite MALIFICIENT dalam tab untuk Iman tengok dalam flight esoknya.. Hahhaha..

Ada juga disediakan room information dalam bilik, contohnya macam WIFI password, bila kena check out dan sebagainya, kena la baca.. kang terlewat check out kena extra charge pula kan.. Aku baca kot, tapi tak faham.. kehkehkeh yang boleh baca bahasa Thailand, boleh la baca untuk memahaminya.. hihihi..

Room Information

Okey.. dah habis cerita pasal dalam bilik doraemon tu kan.. Meh kita tengok interior hotel ni. Ni la yang buatkan korang tak terasa penat pun mendaki 3 tingkat untuk ke bilik. Setiap ruang lobi kat setiap tingkat ada disediakan interior yang sangat menarik. Korang boleh duduk sekejap baca majalah, boleh menikmati gambar-gambar yang terpampang kat dinding. Memang menarik sangat. Terus rasa nak design rumah English Style.. kahkahkahhh

Kalau korang duduk sini, tetiba ada kawan-kawan dari Thailand datang la kan.. nak soh masuk bilik memang compact gile la kan.. so, bole je dok sembang kat luar ni. Cosy sangat..

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 3

ruang menunggu tingkat 2

ruang menunggu tingkat 2

Setiap tingkat memang disediakan ruang menunggu cuma design dia lain-lain. Menarik kan. Even kalau korang duduk kat lobi bawah pun, ruang menunggu dia memang English Style sangat. Dengan perhiasan dia yang.. lahaii.. rasa nak amik satu masuk dalam beg. Semua comel-comel. 

ruang menunggu di lobi reception

dekorasi

lagi dekorasi

So, berapa harga yang aku dapat untuk penginapan kat Chic Hotel Suratthani ni? Masa aku booking ni, harga yang aku dapat THB490 untuk semalam.. untuk currency yang aku bayar masa aku book tu lebih kurang RM50 semalam, untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak.. murah tak????

reception comel yang tak reti cakap English

Duta Chic Hotel


till then, tatababai

What's New