The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, November 26, 2015

Autumn Di Hatiku : Express Bus Terminal Underground Shopping Mall


Assalammualaikum..

Macam mana? Teruja ke idak tengok harga tiket yang super duper murah.. memang trip bunuh diri kan sebab dengan tak cukup duitnya.. gigih juga ko nak pegi.. trip asal dapat jejak ke Korea katanye... kohkohkoh..

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu sebelum trip ni.. ada satu kejadian yang menimpa geng travel aku.. memang agak sedih juga la dan disebabkan kejadian ni.. aku hampir jadi solo traveller ke bumi Korea ni.. tapi kitorang tetap teruskan perbincangan itinerary dan bajet..

Wednesday, November 25, 2015

Autumn Di Hatiku : Tiket AAGO ke Seoul RM798 !


Assalammualaikum..

Lama gile baru nak up cerita Korea ni kan.. ^__^ Untuk repeat trip ke Korea kali ni, memang tak lama aku rancang. Kalau trip yang sebelum ni, tiket dah beli setahun sebelum.. Gigih kan ! Tapi untuk trip ke-2 ni.. sebulan sebelum trip.. aku baru beli tiket.. ni gara-gara AirAsiaGo buat sale gila-gila untuk route ke Seoul yang mana tiket yang aku dapat adalah di bawah RM800 untuk tiket flight pegi balik dan accomodation di Seoul untuk 6 hari 5 malam. Mau tak meroyan !


Dah la sebelum tu dok godek-godek je autumn ni kan.. nak tengok dedaun kaler-kaler katanyee.. Huhuhu... jadi haruslah meroyan dia tu lebih...

Memula rancang nak buat solo trip sahaja ke Korea.. since aku dah ada pengalaman di sana sebelum ni.. Kira confident la 2nd trip ni nak jalan sendiri.. tapi encik suami bagi cadangan.. cuba tanya sesiapa kawan-kawan yang nak ikut.. So, aku pun gedik-gedik la tanya geng travel lain yang agak-agak bole solo trip juga la.. dapat la jadi partner kan.. so, kebetulan.. geng travel, Hasni pun nak join.. Cuma kali ni, bukan berdua.. tapi 4 orang termasuk 2 orang adik Hasni iaitu Tuti dan Tina. Bertambah havoc la trip ni kan..

Dengan bajet sebanyak RM798 seorang, aku pun gigih la beli tiket tengah-tengah malam.. siap buat 2 kali transaction sebab credit card tak cukup limit.. Hahahaha.. gigih ke idok !

macam biasa.. sebelum beli tiket.. godek-godek dulu condition guesthouse

dan akhirnya, dapat yang murah dan selesa..

Kira trip kali ni memang trip bunuh diri la.. dengan time peginya tu tak gaji lagi.. pastu bukan turn aku dapat kutu lagi.. ko rasa? Mau tak rasa membunuh diri sebab rasa macam tak cukup je bajet nak pegi Korea ni.. lelagi dengan currency masa tu tengah nazak.. RM3.8 = 1000 won.. Jom nangis berjemaah !

Hasni siap nak pinjamkan duit.. Hahahah.. tapi takpe la.. kita jalan ikut kemampuan diri je.. takmo pinjam-pinjam.. kalau ada dua ringgit je time tu.. kita jalan je.. janji hostel ngan tiket flight dah ada.. macam mana nak gerak dari airport ke hostel tu.. pandai-pandai la kita nak idup kan...

Tapi alhamdulillah.. godek punya godek.. jumpa pula duit won dari trip sebelum ni.. ada 100,000 won.. syukur ! Ini namanya rezeki terpijak.. makanya, kita teruskan je trip bunuh diri ni.. 100,000 won tu cukup la nak buat tambang subway dan beli susu pisang.. Kikikii.. tak yah makan ye.. kita makan angin je.. janji jejak Korea.. Kahkahkah !

Selain tu, dah rezeki.. pergi event kat Korea Plaza.. dapat pulak lucky draw.. maka dapat la T-Money, Gapyeong City Tour ticket dan coupon book yang penuh dengan diskaun termasuk entrance ke Everland !




Selama aku travel luar negara.. tak kira la pegi Beijing ke, Melbourne, New Zealand.. aku tak pernah activatekan ATM Card mahupun Credit Card untuk kegunaan luar negara. Bagi yang tak berani amik risiko macam aku.. jangan buat macam ni.. So, aku topup la juga duit tambahan dan tukar sebanyak RM220 ke won sebagai duit tambahan. Just in case la tetiba ko nak soping macam-macam plak nanti kan..

Semua tu aku buat dalam masa tak sampai sebulan... Fuhh.. ini adalah risiko.. tetiba takde duit time nak pegi tu.. macam mana la kan.. Hiks ! Tapi takpe.. dah selamat pergi dan selamat balik.. malah perbelanjaan juga diluar jangka.. Nak tau berapa kos aku bercuti ke Korea untuk kali ke-2 ni? Tunggu sampai ke hujung rancangan.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Tuesday, November 24, 2015

Menang Pakej Percutian ke Krabi !


Assalammualaikum

Alhamdulillah.. syukur.. terima kasih Sedunia Travel.. memang tak sangka.. hantar penyertaan hanya untuk suka-suka.. tapi akhirnya.. dipilih sebagai Pemenang Utama dalam Instagram / Twitter Contest by Sedunia Travel dalam event Travel Blogger Meetup 2015 tempohari.

Bila travel blogger berjumpa di #TBM2015


Assalammualaikum

2 minggu yang lalu, aku ada attend satu event Travel Blogger Meetup yang mana event ni menghimpunkan travel blogger dari seluruh dunia. Hahh.. hebat ke tidak? Program anjuran Sedunia Travel ni, kalau tak silap aku.. dah lebih dari 3 tahun diadakan.. setiap tahun semakin besar..

Friday, November 20, 2015

Sneak PeakTeater Mak Cun !


Assalammualaikum..

Sneak peak dari video yang aku sempat amik masa Teater Mak Cun !

Part 1

Persembahan Produk Mak Cun


Ada lagi video yang aku amik.. tapi aku rasa part ni yang paling best.. hahahah... Enjoice korang.. jangan lupa saksikan Teater Mak Cun ! Cepat beli tiket..

Teater Mak Cun sedang ditayangkan di Istana Budaya sehingga 22 November 2015.



till then, tatababai

What's New

Thursday, November 19, 2015

Karnival Upin dan Ipin 2015


Assalammualaikum

Bagi peminat setia Upin dan Ipin.. Ini ada berita baik untuk korang ! Karnival Upin & Ipin yang pernah dianjurkan pada tahun 2014, kini akan membuka lebaran baru.. dengan mengadakan Karnival Upin & Ipin 2015, dengan tema 'Keajaiban Bermula' pada 20 - 22 November 2015 ini di Dewan A, MAEPS, Serdang.

Friday, November 13, 2015

Hadiah istimewa untuk teristimewa !


Assalammualaikum..

Rentetan dari keputusan peperiksaan Iman hujung tahun hari tu.. aku bercadang nak bagi hadiah untuk dia.. Ye memang betul.. Aku dah janji nak belanja dia family trip tapi saja je nak bagi hadiah lain sebagai tanda penghargaan.. ^_^ Ye la.. dia satu-satunya anak kesayangan kan.. so, aku pun godek-godek Internet dan jumpa pulak laman web  http://www.printcious.com/

Thursday, November 12, 2015

Keputusan Periksa Hujung Tahun...


Assalammualaikum..

2 hari lepas, keputusan peperiksaan Iman hujung tahun keluar. Dan alhamdulillah.. keputusannya sangat memberangsangkan.. walaupun tak la dapat No 1 kan.. tapi, ada apa pada nombor kan.. yang penting keputusannya ada peningkatan.. syukur alhamdulillah..



Iman ni suka main-main.. dalam kelas tu kalau boleh cikgu dia cerita, haih.. suka lari-lari.. suka main la.. tapi pada masa yang sama.. dia juga sangat suka membantu cikgu dan kawan-kawan.. Lagi la time ni dah pulang buku sekolah, datang sekolah untuk main je.. siap bawa permainan dari rumah.. Raket badminton memang tak penah tinggal la.. Suka sangat kan.. kita galakkan sahaja yang baik-baik..

Hari tu, aku marah dia.. sampai menitik airmata dia.. kesian juga tapi aku marah sebab aku sayang.. masa aku balik amik dia dari sekolah, dia tercerita kat aku dia beli aiskrim kat area taska tempat dia duduk tu.. Haihh.. aku pun apa lagi.. aku marah la.. sebab tempat dia beli aiskrim tu kalau dari taska, dekat lorong belakang taska dan kawasan intermediate house. Dia kata dia dah bagitau cikgu taska, tapi apa yang aku risaukan, takut ada je sape-sape naik motor ke atau ada penyewa kat situ ke tarik dia masuk rumah.. Isk.. Nauzubillah..

Kadang budak-budak ni bila kita marah.. dia ingat kita tak sayang.. tapi sekarang Iman dah besar.. dia tau.. bila aku marah.. bukan sebab aku tak sayang.. tapi sebab aku amik berat dan aku sayangkan dia. Dia pun jenis suka memendam rasa sama macam aku.. Like mother like daughter. Love you, sayang.. moga tahun depan dapat tingkatkan lagi usaha.. ^_^

till then, tatababai

What's New

Friday, November 6, 2015

Perancangan Travel 2016 !


Assalammualaikum..

Ehem... sape buka Facebook Fly FM.. baik punye perancangan dorang kann.. tolong rancangkan percutian untuk kita tahun depan.. ^__^ Eh ehh.. ada diantaranya destinasi percutian tu betul tauuu... pandai Fly FM ni bermain-main dengan psikologi aku yang hantu jalan ni.. hahahahah

Thursday, November 5, 2015

Wednesday, November 4, 2015

Skirt paling MAHAL di Dunia !


Assalammualaikum

Kalau ikutkan kat rumah ni, berlambak-lambak skirt aku ada.. tapi sebab nak jugakk cari skirt baru kaler hitam kan.. so, gigih sangat la buka Internet nak cari skirt online kann..

Dari Zalora, sampai lah ke 11street.. fuhh.. peluh-peluh cari skirt hitam kau.. ada jumpa kat Zalora, tapi skirt yang aku berkenan tu takde stok.. hukhuk.. mari sedih beramai-ramai.. T__T

Tuesday, November 3, 2015

Anak dari Syurga !


Assalammualaikum

Viral sekejap kat Facebook hari tu apabila seorang ibu dicemuh oleh wanita lain kerana anak istimewanya. Haihhh.. manusia oh manusia. Semakin lama semakin hilang adab. Seriously, aku terkilan dan kecil hati dengan setiap bait ayatnya. Kenapalah ada manusia macam tu.. T__T simply boleh keluarkan kata-kata macam tu..

Monday, November 2, 2015

FREE Zumba !


Assalammualaikum..

Calling for kaki Zumba !!

Bermula dari 7 November 2015, Shaftbury Square akan menganjurkan sesi Zumba & Fit Dance Radiance secara PERCUMA dengan kolaborasi bersama CHi Fitness Cyberjaya.