Thursday, January 7, 2016

6 Makanan Perlu Dielakkan Bagi Pesakit Gout


Assalammualaikum

Sempena tahun 2016, azam tahun baru Keknil adalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik selain meningkatkan kesihatan Keknil.. maklumlah.. usia makin meningkat.. disamping Keknil ada penyakit keturunan ni.. makanya, usaha dalam menjaga kesihatan ni juga perlulah ditingkatkan.


gambar hiasan


Bagi pesakit gout macam Keknil, banyak jenis makanan dan minuman yang memang WAJIB Keknil hindarkan.. tapi adakalanya terlepas juga kan.. ye la.. kadang-kadang teringin nak makan itu ini.. untuk Keknil.. boleh je nak makan.. tapi kena la kawal.. dan yang penting.. jangan tinggalkan pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal asid urik yang ada dalam badan ni. ^_^

So, ini untuk rujukan Keknil juga tau.. Keknil senaraikan antara jenis makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout macam Keknil..

1. Kekacang - kacang tanah, kacang panjang, kacang putih. Kiranya, elakkan je la semua jenis makanan kekacang ni. Keknil dah pernah kena sebelum ni. Kena pulak time raya, layan nasi impit dengan kuah kacang.. padahal sesenduk je.. natijahnya? Seminggu Keknil cuti sakit jadi suster ngesot kat rumah.. kuikuikuii..

gambar hiasan

2. Makanan Berasid - makanan berasid seperti jeruk, ikan masin, pulut. Semua tu nampak sedap kan.. kalau dulu, jeruk tu Keknil makan time breakfast lagi.. punya la tak beringat kan.. orang lain sarapan roti canai, nasi lemak.. Keknil boleh makan sebungkus jeruk sensorang.. huhuhu.. sekarang baru nak menyesal..

gambar hiasan

3. Minuman Manis - ini antara pantang. Kali pertama Keknil kena attach adalah disebabkan minuman manis ni la.. mau tidaknya, sebulan Keknil belasah minum A&W ngan aiskrim, buat float pulak tu.. memang cari penyakit la kan.. tapi masa tu tak tau lagi.. sekarang ni bila dah tau.. dah kurangkan minum minuman manis.. bukan tak minum langsung tau..

gambar hiasan

4. Daging Proses - antaranya seperti daging burger. Tak kira la burger ayam ke daging ke, asalkan ianya adalah daging proses, ia adalah antara penyumbang purin yang tinggi. Sejak didiagnoskan sebagai pesakit gout, Keknil dah kurangkan pengambilan burger. Hihih.. makan tu makan juga.. tapi takde la hari-hari.. paling-paling pun seminggu sekali.. tu pun dah kira kerap dah tu.. lepas ni nak kurangkan jadi 2 minggu sekali pulak.. hehehe

gambar hiasan

5. Coklat - ada orang kata coklat tu penambah tenaga. Betul.. Keknil setuju sangat. Tapi untuk pesakit gout, ianya tidak sesuai. Kalau teringin.. boleh.. takde masalah.. sekali sekala.. atau gantikan dengan Horlick. Hehehe.. kalau Keknil, bila buat Horlick tu, tambah sikit Milo untuk perisakan rasa coklat tu.. tapi jangan banyak tauu.. dalam setengah sudu je.. janji rasa.. Huhuu

gambar hiasan

6. Makanan Laut - ini paling pantang. Siapa yang tak sukakan seafood? Sedangkan masa kini, banyak pulak tempat-tempat makan yang menawarkan macam-macam jenis masakan seafood. Shell Out ! Owhh.. memang tempting kan.. untuk Keknil.. ada a few seafood yang Keknil makan macam biasa.. dan ada yang Keknil memang tak makan langsung. Ini lepas beberapa tahun Keknil buat eksperimen pada diri dan diikuti dengan cuti sakit.. Hihihi.. so, ikut ketahanan diri. Macam udang, memang Keknil pantang.. sebab kandungan asid urik dia sangatlah tinggi. Begitu juga dengan kerang, kepah, lala dan makanan bercengkerang. Sesekali Keknil makan juga udang tu, tapi Keknil ambil bahagian ekornya sahaja. Untuk makanan bercengkerang yang lain, Keknil makan seketul dua je..  jangan cabar penyakit ni tau.. sebab bila dah kena.. memang terseksa jiwa dan raga.. Fuhh...

gambar hiasan

Ini antaranya ke tau.. ada banyak lagi yang akak Keknil ulas untuk entry akan datang.. well known.. orang kata penyakit gout ni penyakit orang kaya.. Hahahah.. celah mana kayanya pun tak tau.. sebab banyak menda tak boleh makan ni.. hihihi

till then, tatababai

What's New

3 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...