Wednesday, January 13, 2016

Beli tiket flight ke New Zealand dengan AirAsia X !


Assalammualaikum

AirAsia X kini mengembangkan sayapnya ke Auckland, New Zealand dengan penerbangan harian sekali sehari. Sebelum ni, kalau korang pernah ingat, Air Asia X pernah terbang ke Christchurch dan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, ianya terpaksa dihentikan. Ketika itu, ramai kaki travel termasuk Keknil yang masa tu belum lagi sampai ke New Zealand merana la seketika.


Walaupun 2 tahun lepas Keknil sudah pun menjejakkan kaki ke New Zealand.. tapi hati ni tetap meronta-ronta nak pergi lagi dan lagi.. bumi New Zealand bumi yang indah dan kaya dengan pemandangan ibarat lukisan. Dan itu yang Keknil rindukan tentang New Zealand.

Majlis pelancaran destinasi baru ini dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia iaitu Tuan Yang Terutama Dr John Subritzky, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Mranun, etua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua pegawai Eksekutif Air Asia X Berhad, Encik Benyamin Ismail di Kuala Lumpur semalam.





Majlis turut diserikan dengan persembahan haka yang dibawa khas dari New Zealand dan mendapat perhatian ramai penonton. Dalam pengumumannya semalam, AirAsia X menawarkan promosi tambang murah serendah RM499* sehala dengan tempat duduk ekonomi, manakala RM1499* sehala dengan tempat duduk premium. Promosi ini akan bermula pada 13 - 24 Januari 2016 untuk tempoh penerbangan dari 22 Mac sehingga 5 Februari 2017. Wahhh.. bolehlah Keknil rancang percutian untuk tahun depan ni.



Untuk pengetahuan korang, penerbangan ini merupakan penerbangan transit tau. Maksudnya, flight ni akan transit dari Kuala Lumpur ke Gold Coast dan dari Gold Coast ke Auckland. Asalnya flight nia dalah flight ke Gold Coast dan dengan menggunakan flight yang sama, ia akan extend the route ke Auckland. Dan yang lagi best, walaupun korang transit di Gold Coast, Australia. Korang tak payah buat visa pun sebab transit cuma dalam 2 jam sahaja. Sempat la jejak kaki kat airport Australia kan.. walaupun tak keluar dan explore Gold Coast.. tapi boleh la up status dan bagi tau korang dah sampai Australia.. huhuhuu



Since sebelum ni Keknil dan pernah cover South Island, New Zealand.. So dengan route baru ni, bolehlah Keknil cover North Island pula kan.. teringin juga nak tengok Hobbiton.. nak tengok rumah Frodo.. Auwww... Excited !

So, korang.. jom.. kita terjah website AirAsia dan jadilah orang pertama menjejakkan kaki ke Auckland, New Zealand dengan AirAsia X.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.airasia.com
Facebook :https://www.facebook.com/AirAsia
Instagram : https://www.instagram.com/airasia/

till then, tatababai

What's New

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...