The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, February 18, 2016

5 Tempat Menarik Yang Harus di lawati di Penang


Assalammualaikum

Keknil nak share previous trip Keknil ke Penang hujung tahun lalu.. sebenarnya, trip tu antara jadi atau tidak sebab tiket yang Keknil beli adalah tiket pergi je.. tiket balik tak beli lagi.. gigih juga la tengok tiket flight yang murah di kala last-last minit ni.. tapi hampa.. jadi kami ambil keputusan untuk balik naik ETS sahaja. Begitu juga dengan hostel yang Keknil book last minit menerusi booking.com



Berikut adalah antara tempat menarik yang Keknil pegi dengan bajet backpackers. Memang bajet ciput sangat.. even kitorang kemana-mana pun dengan menaiki bas sahaja.

1. Komtar
Dari airport, kami terus ke Komtar dengan menaiki bas sahaja. Untuk route Airport - Komtar, tiket boleh didapati dengan harga RM2.70 seorang untuk dewasa manakala RM1.40 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari airport ke Komtar lebih kurang dalam sejam macam tu. Tapi.. Komtar dah tak sama macam dulu.. kitorang pun tak jalan Komtar sangat.. just lalu dan amik gambar kat sana je.. landmark Penang tu.. so.. kenalah lalu situ.. Hehehe


tiket bas

dalam bas

bangunan Komtar

2. Penang Grafiti
Ada banyak grafiti yang terkenal kat Penang ni.. dan Keknil tak la pergi semua grafiti tu.. mana yang sempat kami jumpa je... tu pun gigih tau.. dari hostel jalan kaki ke Armenian Park tu sebab nak cari grafiti. Hahaha.. Di sini.. Keknil share beberapa grafiti yang sempat Keknil jumpa.. ada yang berdekatan.. ada yang jauh.. memang menapak juga la kami anak beranak.. tapi hasilnya.. memang puas hati..

wefie dulu







3. Bukit Bendera
Kalau dari hostel Keknil.. untuk ke Bukit Bendera tu kami naik bas dan tambangnya adalah RM2.00 sehala untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak adalah separuh harga iaitu RM1.00 untuk sehala. Tiket untuk naik ke Bukit Bendera pula adalah RM10.00 untuk dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak. Tiket ni adalah tiket return so jangan hilangkan tiket pula ye.. di atas Bukit Bendera ni sendiri, banyak tempat yang kitorang pergi.. dan yang paling penting... boleh berphotoshoot.. Hahahaa.. selain tu, kalau korang lapar.. kat atas Bukit Bendera tu ada food court.. no worries kalau korang lapar.. sebab kat sana ada banyak menu yang sedap-sedap bakal dihidangkan..

tiket bas ke Bukit Bendera

kaunter tiket

ramainya orang

budak ni pertama kali naik Bukit Bendera

tiket train

pemandangan Penang dari Bukit Bendera 

photoshoot time

anak beranak

ewahhhh

amboiiiii

hubby and wifeyy

Iman buat apa tu?

tangkap awan katanye

dah tangkap.. nak tiup pulakk

replika train Bukit Bendera

ada Frozen dan 5D show

pakai kasut plastik dulu

layan budak suka Frozen





mercu tanda Bukit Bendera

food court Bukit Bendera

ABC Buah Bukit Bendera.. meriah uolsss

char kuey teow Bukit Bendera

4. Padang Brown
Dulu ada kawan Keknil yang memang orang Penang kata, kalau nak makan best.. tak yah pegi Padang Kota.. sebab Padang Kota dah tak best macam dulu.. even makanan kat sana pun dah mahal.. yang lagi best.. ada sorang driver bas yang kami naik masa balik dari Padang Brown ni kata, "kami orang Penang pun dah tak pi Padang Kota" kikikii... Kawan Keknillah yang memperkenalkan Keknil dengan Padang Brown.. sejak tu.. asal mai Penang.. memang Keknil singgah sini.. nak ke Padang Brown ni kalau dari Komtar, boleh naik bas menghala ke Bukit Bendera dan turun kat depan Sekolah Convent. Lepas tu melintas ke arah bertentangan ke arah padang bola. Korang jalan tepi-tepi tu dan akan jumpa macam food court. Memang puas makan kat situ. Kat sini korang wajib try Air Kelapa Markisah atau Air Laici Markisah.. sedap gilakkk... hanya di Padang Brown wokeyyy... selain tu, kalau nak cari Laicikang asli, kat sinilah tempatnya.. semangkuk RM2.50 sahaja.. kitorang siap makan bertambah-tambah.. 

Air Kelapa Markisah


Laicikang

5. Fort Cornwallis
Kalau nak tengok sejarah peninggalan Francis Light.. boleh la ke sini.. banyak barang peninggalan semasa zaman penjajahan dulu. Dan Fort Cornwallis yang sekarang dah tak sama macam dulu.. ianya telah ditambahbaik dan nak masuk pun bukan free tau.. ada bayarannya.. ye la.. nak cover juga kos pembaikpulihan tempat ni kan.. ^_^ Kalau korang nak ke sini.. Keknil cadangkan korang pegi belah pagi atau petang.. jangan datang tengahari.. memang panas berdenting.. kalau nak masuk tengahari.. bawalah payung.. hehehhe


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Penang ni.. dan apa yang Keknil tulis ni adalah diantaranya sahaja. Apa yang Keknil suka tentang Penang adalah ia banyak kenangan indah sewaktu zaman belajar Keknil dulu.. kalau dapat sewa kereta.. pasti lebih banyak lagi tempat yang boleh diteroka. Tapi no worries.. even kalau naik bas pun, still boleh sampai juga.. cuma ada a few tempat yang agak pedalaman tu tak dapat nak pergi.. contohnya, Warung Pak Su kat Juru.. Hahahah.. meroyan kejap tak dapat makan nasi ketam kat Warung Pak Su..

sehingga bertemu lagi


till then,

tatababai

2 comments:

  1. seronok nye berjalan...
    meleleh air liur tengok aiskrim tu...

    Post Terkini Pak Det : Dividen KWSP Turun dari 6.75 Peratus kepada 6.40 Peratus pada Tahun 2015

    ReplyDelete
  2. lastime ke penang tak sempat ke bukit bendera.. jeles okayyyyy huhu

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^