The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Friday, February 12, 2016

Autumn Di Hatiku : Sungkyunkwan University


Assalammualaikum

Dalam first trip ke Korea sebelum ni.. ini adalah tempat yang Keknil nak sangat pegi.. dan akhirnya.. dalam trip kedua ni.. impian Keknil tercapai jua.. kenapa Keknil beria-ia sangat nak ke Sungkyunkwan University ni?

Antara sebab utamanya adalah kerana ini adalah satu-satunya universiti di Korea yang telah wujud dari tahun 1398 dan merupakan universiti tertua di Korea. Senibina bangunannya terdiri daripada bangunan lama yang masih terpelihara sehingga kini dan semestinya.. ada bangunan baru yang bertaraf antarabangsa. Keknil tak sempat nak explore habis universiti ni sebab kami lebih fokus pada senibina bangunan lamanya sahaja. Mungkin kalau ada rezeki, nak explore bangunan barunya pulak.. Hehhe..

Selain dari sebab diatas, Keknil ada layan satu drama Korea ni tau.. tajuknya Queen Inhyun's Man.. dalam drama tu.. watak heronya belajar kat Sungkyunkwang University. Dalam beberapa episod ketika ditemuduga.. beberapa kali beliau menyebut nama universiti tu.. ditambah pula selepas menggugel gambar universiti ini di Internet.. Fuhh.. memang tertarik menarik.. Kalau dapat sambung belajar kat sini.. alangkah bestnya.. Huhuhu

Cara untuk ke sini mudah sangat..

Subway
Hyehwa Station (Seoul Subway Line 4), Exit 4.
Walk for 10 minutes from the Exit (to the right).




student interchange Sungkyunkwan University

acah-acah skodeng lantai


ni bilik belajar


Ada satu tempat ni macam astana.. tempat ni dorang ajar budak-budak kecik budaya dan tradisi Korea. Yang Keknil sempat tengok, dalam ni dorang belajar macam mana nak pakai Hanbok. Comel sangattt


Sementara di luar astana, terdapat sekumpulan kanak-kanak tadika mempelajari permainan tradisional Korea. Sweet je tengok dorang main..






Tercapai sudah hasrat Keknil nak ke Sungkyunkwang University. Terima kasih kepada travel buddies Keknil yang sudi temankan Keknil walaupun pada waktu ini.. Keknil sebenarnya dalam keadaan injured sebab terjatuh dari tangga subway. Banyak juga destinasi yang terpaksa kami cancel last minit sebab keadaan Keknil yang tak mengizinkan. Insya Allah.. next time kalau ada rezeki lagi.. ^_^ 



till then, tatababai

What's New

4 comments:

  1. yg sally tau pasal Sungkyunkwan University ni masa tgk drama Sungkyunkwan Skandal..hahahaha...tapi nnt nak g jugak laa...macam best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakk.. tak penah tgk Sungkyunkwan Skandal.. hahahhaha

      Delete
  2. HUHUHU... sonoknya kaknil jalan-jalan korea.. sy ni entah bila dapat pergi. teringin sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah... setkan dalam mind.. nak travel.. mana tau.. dapat free je g korea.. hehehe

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^