Meriahnya dengan Shogun2u

Assalammualaikum

Selamat berhujung minggu semua.. mesti hari ni semua dah ada macam-macam plan kan... ^_^ bagi yang tak tau nak masak apa tengahari ni.. atau tengah bermalas-malasan nak makan apa tengahari ni.. no worries.. Keknil nak memperkenalkan food delivery yang terbaik untuk korang cuba.. bukan hanya setakat 1 menu hidangan sahaja.. malah terdapat pelbagai menu pilihan yang menarik yang perlu korang cuba.. antaranya Korean food, Japanese food, Chinese food, Thai food dan tidak ketinggalan.. Western food.. tak yah dah nak pergi Korea semata-mata untuk menikmati hidangan Korea.. atau tak perlu beli tiket mahal-mahal untuk ke London semata-mata nak makan chicken chop.. hehehee

Teruja dengan pelbagai menu yang Keknil sebutkan tu? Meh rapat sikit depan skrin Keknil nak perkenalkan kat korang.. Shogun2u.. kalau buka website dia.. dalam setiap menu tu.. ada sub menu yang menawarkan pebagai jenis pilihan makanan.. fuhh.. telan ailio tengok gambar-gambar makanan dia..


Jumaat lepas Keknil sempat membuat tempahan makanan melalui website Shogun2u, kononnya nak belanja officemate sushi katanya.. boleh makan ramai-ramai kan.. so, Keknil pun order dan memilih untuk membuat bayaran secara Cash On Delivery. Opss.. kalau korang beli makanan thru Shogun2u ni.. korang boleh pilih Type of Payment.. samada nak bayar menggunakan online banking ataupun secara COD. Untuk order kali pertama ni, Keknil memilih untuk COD sahaja sebab duit kat tangan tengah banyak.. Hahahah

Tepat jam 2.30 petang.. Keknil tunggu juga.. tapi nape la tak muncul-muncul rider ni.. jam 2.45 petang Keknil still menunggu... sekali ada suara panggil nama Keknil dengan kuat.. "Mas.. ko ni pun.. kalau nak order barang.. gunalah nama sebenar.. ni Anil.. Anil.. nasib la saya kenal.." kata Puan Ruhaidah.. pangkat bos-bos juga kat opis Keknil.. pastu kitorang gelak sama-sama.. rupanya rider dah lama sampai.. Keknil je yang tak perasan.. Tu la nak sangat guna nama glemer kannnn... Hahahaha.. abis satu opis usik-usik Keknil.. fefeeling glemer kejap.. Kahkahkah

Lepas amik makanan dari rider dan bayar secara COD kepada rider.. Keknil pun bawa la masuk makanan kat pantry sambil jemput officemate join makan sekali.. buka-buka je.. hamik kauu..

meriah sangat.. warna warni


Keknil order Saisaki Pack, papaya pickle dan mango pickle.. total semua sekali RM36.50.. kalau ikutkan harga sebenar adalah RM73.00 tauu.. tapi sekarang ni.. sempena Chinese New Year.. Shogun2u tengah buat offer BUY 1 FREE 1.. Hahhh.. meriah sangat dengan RM36.50 tu, boleh belanja officemate makan kenyang-kenyang.. Keknil tengok gambar ni dapat terasa kemeriahannya.. dah la warna meriah.. masa makan pun meriah...



 



Menarik kan sushi-sushi ni.. dan yang pasti.. sekejap je dah abis.. Keknil siap jemput officemata dari sektor lain untuk merasai keenakan sushi yang sedap ni... yummyy...

Keknil yang bizi menghidangkan sushi untuk bos-bos Keknil

seronok tengok dorang makan

pilih-pilih nak sushi yang mana

Bila tengok kawan-kawan makan.. Keknil pun automatik jadi kenyang.. ehh.. tidak lah.. Keknil pun terus la belasah makan sushi ni jugak.. yummyy.. memang sedap.. Keknil jarang makan sushi sebenarnya.. tapi bila dapat makan ni.. fuhh.. lagi sedap dari sushi yang ada kat luar.. addicted terus dengan sushi ni.. minggu depan nak order lagi.. Hahahahah

Meh tengok kawan-kawan dan bos-bos Keknil menikmati sushi dari Shogun2u ni.. dorang kenyang, Keknil gembira.. ^_^

ni bos Keknil.. macam nak terkam je sushi tu..

ni pun bos Keknil.. first time makan sushi katanya..

memula dia macam tak konfiden.. pelik katanya..

sekali dia ngap...

kunyah.. kunyah... rasa.. rasa..

hurm.. sedap.. second round pulak..

tu dia.. siap amik pinggan... hahahha

bos yang hepi dapat makan sushi buat pertama kali.. ^_^

next.. Asri ni pun pertama kali makan sushi.. berround-round juga dia tambah.. hahahha

ngapp... sedap ekkkkk

Bobo.. pun first time makan sushi.. 

macam tu hah gaya makan dia..

muka hepi dapat makan sushi... 

lepas tu.. kita ratah pickle ni pulak.. nyummm

Mostly semua puas hati dengan sushi yang Keknil belanja.. pertama sebab FREE.. Hahaha.. kedua, memasing teruja sebab kebanyakkan FIRST TIME makan sushi.. dan ketiganya, memang SEDAP.. dorang siap tanya Keknil.. bila nak order lagi.. Hahahha.. okey.. lepas ni bos lanje pulak.. Hahahaha

Sambil-sambil makan tu, Keknil sempat promote makanan dari Shogun2u kepada officemate Keknil.. semua teruja sebab macam tak percaya je ada sushi delivery.. Hahahah.. lepas ni.. meriah la office dengan rider Shogun2u keluar masuk terima order dari officemate Keknil.. ^_^

sambil makan, sambil tengok pamplet dari Shogun2u

eh.. bos pun berminat nak order bawa balik rumah ke.. ^_^

Bukan takat kat officemate je.. kat Facebook pun sama.. semua tertanya-tanya tentang kemeriahan sushi dari Shogun2u ni.. sakan korang kan... ^_^


Sakan sangat kann.. so untuk korang.. sekarang ni.. Shogun2u sedang buat promosi BUY 1 FREE 1 untuk Japanese dan Chinese food. So, kalau korang order makanan Jepun atau Cina.. korang akan dapat extra 1 untuk setiap makanan yang korang order tu... tawaran tersebut adalah sehingga 23 Februari 2016.

Dan.. bagi peminat Korean, Western, Thai dan mana-mana menu yang ada dalah Shogun2u tu (selain dari Japanese dan Chinese food).. korang boleh key in promo code : CNY40 dan untuk setiap pembelian, korang entitle untuk 40% diskaun untuk makanan tersebut. Meriah kannn... Hah.. esok Valentine's Day.. boleh suprisekan pasangan korang dengan Shogun2u ni.. suprise delivery katanya.. ^_^

So, lepas ni.. kalau malas masak.. atau dah tak tau nak makan apa kat cafe office korang tu.. boleh try Shogun2u dan Keknil pasti.. korang akan jatuh cinta dengan service dorang.. ^_^

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Website : www.shogun2u.com

till then, tatababai

What's New
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

8 9 orang peminat :

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^