The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, April 7, 2016

Saya menang dalam MATTA Fair Buyer Contest !


Assalammualaikum

Semalam Keknil berpeluang untuk hadir dan memeriahkan majlis penyampaian hadiah untuk Matta Fair Buyer Contest yang berlangsung pada 11-13 Mac 2016 yang lalu sebagai media dan pemenang. Syukur...





















Sedikit statistik berkenaan dengan Matta Fair yang berlangsung Mac lalu..

6 buah dewan
18 buah booth dari State Tourism Organisation
36 buah booth dari Foreign National Tourism Organisation
48 buah booth dari Tour and Travel Agent
70 buah booth dari National Tourism Organisation
1214 buah booth secara keseluruhannya

113,121 jumlah pengunjung
RM 200 juta jumlah jualan

Jumlah jualan ini meningkat sebanyak RM 30 juta berbanding tahun lalu.. Huihuii.. walaupun dalam situasi ekonomi yang kurang stabil sekarang ni, still... industri pelancongan tetap Nombor 1..

Bagi Matta Fair Buyer Contest ni, setiap pengunjung yang mengunjungi Matta Fair dan membeli minimum RM300 samada pakej melancong, tiket kapal terbang atau mana-mana tawaran yang berlangsung di Matta Fair, layak menyertai Matta Fair Buyer Contest. Walaubagaimanapun, terdapat juga pengunjung yang layak tetapi tidak menyertai pertandingan ini mungkin mereka lupa atau tidak sempat.. Tapi takpe.. pertandingan itu tetap diteruskan.. Hehehe


antara pemenang yang hadir

Seramai 4,136 penyertaan telah diperolehi dan telah dicabut undiannya disaksikan oleh wakil media yang lain pada satu majlis terdahulu. Daripada 4,136 penyertaan itu, seramai 66 peserta yang disenarai pendek sebagai pemenang hadiah saguhati manakala seramai 56 orang peserta pula disenarai pendek sebagai pemenang hadiah utama yang terdiri daripada tiket penerbangan pergi balik ke pelbagai destinasi dan juga pakej penginapan di hotel mewah sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson dan Ipoh.

nombor cabutan

Bagi pemenang hadiah saguhati, mereka hanya perlu menuntut hadiah mereka di pejabat MATTA sahaja manakala bagi 56 orang peserta akhir termasuk Keknil.. kami perlu hadir ke majlis yang berlangsung untuk membuat cabutan hadiah..

Keknil dapat merasai kemeriahan majlis tersebut dan memang berdebar-debar rasanya setiap kali pengacara majlis mengumumkan senarai pemenang.

antara senarai hadiah

Undian Pemenang Peringkat 1
Semasa pendaftaran, pemenang di minta untuk membuat cabutan nombor yang akan menetapkan angka giliran untuk naik ke pentas. Memang akan ada nombor dari 1 - 56 yang ada dalam kotak tu, dan peserta perlu membuat 1 cabutan nombor.

Semasa majlis, pengacara majlis menjemput peserta dari giliran nombor 27 - 56 dan masing-masing perlu mencabut sampul yang berisi maklumat hadiah yang dimenangi.

pemenang bagi tiket penerbangan pergi balik menerusi penerbangan Firefly

pemenang bagi tiket penerbangan pergi balik menerusi penerbangan Malaysia Airlines

pemenang bagi tiket penerbangan pergi balik menerusi penerbangan Oman Air

pemenang bagi pakej penginapan hotel

Memang berdebar-debar.. Keknil pun turut merasai debaran tu walaupun pada ketika itu, bukan Keknil yang naik.. Hahahhaa

Undian Pemenang Peringkat 2
Bagi undian pemenang peringkat 2, semua peserta dari angka giliran 1 - 26 dijemput untuk naik ke pentas dan beratur mengikut nombor giliran. Dan ketika itu, semua peserta mengikut aturan, perlu mengambil nombor cabutan dalam kotak untuk menentukan aturan buat kali kedua. Bagi peringkat kedua ini, hanya peserta yang mencabut nombor 7-26 sahaja yang perlu tunggu di atas pentas untuk membuat cabutan sampul. Kesemua hadiah bagi peringkat kedua adalah tiket penerbangan pergi balik ke luar negara menerusi pelbagai syarikat penerbangan.

berdebar tunggu nak amik nombor

lucky No. 11

Undian Pemenang Utama
Ini yang suprise sangat.. sebab 6 orang ni la yang akan memenangi hadiah utama yang mana hadiah paling grand adalah Tiket Penerbangan Business Class Pergi Balik ke Perth yang ditaja oleh Malaysia Airlines.

Kalau Keknil, Keknil mengidam nak dapatkan tiket ke Frankfurt tu.. tapi.. bukan rezeki Keknil la kan.. So, antara 6 orang ni, dorang diminta memilih sampul yang berupa hadiah kemenangan dan... peserta yang dapat hadiah utama tu.. memang menjerit la dia kat atas pentas tu.. Keknil turut teruja sebab tengok muka dia memang macam tak percaya je.. Hihihi

Top 6.. Pemenang Utama adalah yang berdiri nombor 3 dari kanan

Antara 3 kategori undian tersebut, Keknil berada dalam senarai undian pemenang yang kedua.. Alhamdulillah.. memang sangat tak sangka.. sebab Keknil bajet Keknil cuma menang entrance tiket ke Angry Bird je.. Hahaha..
  


Dalam cabutan kedua ni, Keknil telah berjaya membuat cabutan tiket penerbangan... Ehem.. kemanakah?

Tiket Penerbangan Pergi Balik Kelas Ekonomi ke Colombo
tajaan Malindo Air


debaran berakhir


Yeay.. menang

Syukur...  alhamdulillah... ini adalah rezeki dan Insya Allah.. Keknil takkan lepaskan peluang untuk melawat Colombo walaupun tak pernah buat research pasal Colombo.. Hihihi

Bagi korang yang ingin ke Matta Fair tahun ini, jangan gusar kerana Matta Fair diadakan 2 kali setahun tau.. Dengan Matta Fair ni, bukan sahaja korang boleh jimat malah boleh dapatkan pelbagai pakej percutian, penginapan, hotel dan tiket penerbangan dengan harga mampu milik.

MATTA FAIR akan datang

MATTA FAIR SEPTEMBER 2016
2-4 SEPTEMBER 2016
PWTC

MATTA FAIR MARCH 2017
17-19 MARCH 2017
PWTC



till then,

tatababai

7 comments:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^