Wednesday, May 11, 2016

Bergaya dengan Inspirasi Bonia


Assalammualaikum

Keknil mula memakan beg berjenama sejak tahun 2004.. itupun sebab hadiah hantaran masa kahwin.. Huhuhu.. kalau tak.. memang beg pasar malam je la yang Keknil bedal pakai setiap kali pergi kerja. Selepas kahwin, Keknil dah reti sikit nak bergaya.. mulalah nak pakai kasut high heel la.. baju kurung moden la, beg tangan pun dah pandai memilih yang branded !


Baru-baru ni Keknil telah ke Alamanda dan dengan tidak semena-mena.. mata Keknil tertumpu pada sebuah handbag jenama Bonia. Warnanya sangat menawan mata Keknil dan terus tengok harga beg. Opsss.. terberkenan la pulak.. tapi sayangnya, design yang Keknil suka tu, hanya tinggal yang display sahaja. Kalau boleh, nak la yang baru kan.. yang ada bau kilang Bonia tu.. Hihihihii

Kenapa Keknil berkenan dengan jenama Bonia?

Siapa tak kenal jenama Bonia. Sebuah jenama yang menawarkan rangkaian produk kulit yang berkualiti tinggi. Bonia menawarkan pelbagai jenis koleksi dompet, pouch, beg tangan lelaki mahupun wanita. Sudah pasti, dengan jenama antarabangsa yang terkenal ini, ia turut menawarkan tiga aspek utama dalam setiap produknya iaitu moden, komtemporari dan elegan. Keknil pasti, bagi penggemar fesyen beg kulit ini, pasti tertarik dengan rekaan dan corak yang ditawarkan dalam setiap produk Bonia ini.


Sesuai untuk semua peringkat usia

Siapa kata cuma orang muda sahaja yang boleh beli jenama Bonia? Rekaannya bukan sahaja sesuai untuk semua peringkata usia malah boleh digunakan ketika bersantai, tampil yakin dan bergaya sewaktu ke pejabat, malah turut sesuai digunakan di majlis-majlis keramaian. Jenama ini boleh didapati di butik-butik Bonia yang terletak di seluruh dunia antaranya Thailand, Indonesia, Singapura, Kemboja, Myanmar, Arab Saudi, Kuwait, Jepun dan Malaysia sendiri.


Dan kini, produk Bonia ini bukan sahaja boleh didapati di butik-butik tertentu, tetapi juga boleh didapati secara maya di Zalora Malaysia. Macam Keknil yang frust tak dapat beg yang Keknil nak hari tu.. so, Keknil pun gedik-gedik tengok handbag tu kat laman web  Zalora Malaysia kot la boleh beli beg Bonia online di Zalora. Boleh melaram time raya nanti.. ^_^


Memang senang sangat la guna Zalora Malaysia ni, selain dari mudah dan selamat, produk juga dijamin authentic dan kalau rasa ragu-ragu nak buat pembayaran secara online.. Jangan risau, mereka turut sediakan pembayaran secara Cash on Delivery dan perkhidmatan penghantaran secara percuma.

till then, tatababai

4 comments:

  1. kemahennnnnnn dia hehehe ... cantik gak padanan warna Bonia kali ni. Teringin nak beli satu *sambilkoboksyilingdalamdompet*

    ReplyDelete
  2. Bonia ni memang tip top...dari dulu sampai sekarang ada je inovasi terbaru bonia hasilkan...sekarang kalau tgk mmg mengancam lagi.

    ReplyDelete
  3. Bilalah nak berangan ada boniaa ni haaaaa

    ReplyDelete
  4. rakus nau nau keknil makan beg hahahaha larikkkk
    el pun suka jenama bonia ni..mak el pun suka
    dulu2 mampu lah kut nak beli..tp la ni beli hat semi ja sembonia pun jdilah hahaha

    saja singgah sini nak get into with uols

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^