The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Tuesday, May 10, 2016

Discovering Malaysia's Painted Heritage di Muzium Negara


Assalammualaikum

Minggu lalu Keknil dan beberapa orang blogger telah menyertai program yang dinamakan 'Discovering Malaysia 's Painted Heritage' anjuran Tripovo bersama-sama Muzium Negara dan Muzium Tekstils.

Program ini dianjurkan sempena Hari Muzium Antarabangsa yang akan berlangsung bermula dari 18 Mei ini.  Untuk pengetahuan korang, Malaysia telah menyambut Hari Muzium Antarabangsa sejak tahun 1997 tau.. tujuannya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan muzium dalam membentuk masyarakat.



Semasa lawatan kami ke dalam Muzium Negara, kami di bantu oleh Mr Yee, seorang sukarelawan muzium yang sangat membantu kami dalam penceritaan dari sejarah awal sehinggalah ke zaman Malaysia kini.


Galeri A - Sejarah Awal
Melalui galeri ini, pengunjung diajak untuk meneroka proses pembentukan muka bumi di Asia dan Malaysia khususnya. Pengunjung juga berpeluang untuk mengenali evolusi peralatan yang digunakan untuk bertukang, berkebun dan sebagainya dari zaman Paleolitik, Hoabianh dan Neolitik. Selain itu, pengunjung pasti teruja dengan artifak Perak Man, rangka  manusia tertua yang berusia 10,000 - 11,000 tahun dahulu.. Fuhh.. lama tu...



Replika Rangka Perak Man



Galeri B - Kerajaan-kerajaan Melayu
Tatkala masuk ke dalam Galeri B ini, terus terasa macam berada dalam kurun ke-18... Menyoroti sejarah awal kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara terutamanya di Tanah Melayu. Antara yang dipamerkan adalah pintu istana Kerajaan Setul yang pastinya memukau mata setiap pengunjung yang memandang. Turut dipamerkan murah Hang Tuah, keris yang dimiliki oleh Sultan Sulaiman Syah, Sultan Terengganu yang ke-13. Di sini juga, terdapat sejarah penyebaran Islam di Tanah Melayu. Teruja ke tak?

Pintu istana kerajaan Setul







Quran lama

Quran lama

Galeri C - Era Kolonial
Dalam galeri ini, ia menyingkap sejarah penguasaan dan pentadbiran kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun selain memaparkan kesannya terhadap politik, sosial dan ekonomi negara kita. Turut dipamerkan model meriam, kapal koreak dan lanca. Di sini juga pengunjung turut disajikan dengan peralatan senjata yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua.


replika Kota A Famosa



Galeri D - Malaysia Kini
Disinilah bermula sejarah perjuangan tokoh-tokoh pejuang bangsa dalam mencatat sejarah kemerdekaan negara. Turut dipaparkan adalah transformasi serta pembangunan yang dikecapi oleh negara sejak kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957, diikuti dengan penubuhan Malaysia sehinggalah ke hari ini. Antara pameran yang harus korang lihat adalah bendera pertama Persekutuan Tanah Melayu 1957.




Keknil pasti korang  mesti teruja dengan setiap galeri yang ada kan... memang betul.. Keknil memang sangat galakkan korang melawat ke muzium negara ni.. menurut salah sorang kakitangan di Muzium Negara tersebut, mereka sangat menggalakkan rombongan sekolah-sekolah dari pelbagai peringkat bermula dari 6 tahun..

Jangan risau, dengan adanya sukarelawan Muzium Negara yang bertugas.. pasti akan memudahkan korang lebih memahami apa yang ada disebalik barang-barang pameran yang terdapat di Muzium Negara.

Mr Yee.. antara sukarelawan Muzium Negara

Macam yang kita tau, sekarang ni ramai belia-belia negara kita yang kurang berpengetahuan tentang sejarah negara kita, malah mereka tidak tahu apa pengorbanan tokoh-tokoh negara kita pada suatu ketika dahulu. Sebab itulah kita sebagai ibubapa perlu terapkan nilai-nilai ini pada anak-anak kita.. supaya pada masa akan datang.. mereka bukan sahaja lebih menghargai tanahair kita.. malah dapat menanamkan sikap patriotik dalam jiwa mereka.

Usai selesai penjelajahan di setiap galeri di dalam muzium, kami dibawa ke kelas melukis batik yang diketuai oleh Cik Rosida Abdullah, dari Muzium Tekstil. Kami diajar bagaimana untuk mencanting batik dan melukis batik sebenar. Bezanya, kain yang kami dapat tu, tak la besar macam batik sebenar kan..

penerangan ringkas mengenai cara untuk mencanting batik


cara mencanting

cara mewarna

ini Keknil punya 

Bagi orang yang pertama kali mencanting batik macam Keknil.. memang masa mula-mula tu.. berdebar-debar.. bukan apa.. takut comot je lukisan batik tu.. Hahahah.. tapi rupanya.. senang je.. cuma ikut lukisan corak pensil yang telah dilukis pada kain sahaja. Lepas tu, barulah kita corakkan dengan warna pilihan..

Memang seronok dan Keknil tengok semua orang yang mengambil bahagian sangat teruja lebih-lebih lagi ada antara mereka juga adalah kali pertama mencanting dan melukis batik. Aktiviti ni sangat seronok dan sesuai dijadikan aktiviti keluarga.

gigil Keknil mencanting

hasilnya.. hihihihi #mohonjangangelak

antara yang sibuk mewarna batik

amboi... sakan dia mewarna

fokus..

kami bersama hasil lukisan batik 

Untuk makluman korang, pada 18 Mei 2016 ini, sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa, kesemua 22 buah muzium akan dibuka kepada semua dan kemasukan adalah PERCUMA ! Hahh.. bolehlah semua sekolah-sekolah buat lawatan ke muzium pada tarikh tu.. para ibubapa juga boleh bawa anak-anak melawat muzium sambil menerapkan nilai-nilai patriotik pada anak-anak.

Terima kasih kepada Muzium Negara dan Tripovo kerana memberi peluang kepada kami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Muzium Negara
Instagram : https://www.instagram.com/muziumnegara/

Tripovo :


Muzium Negara di buka setiap hari dari 9.00 pagi - 6.00 petang.
Ia hanya ditutup pada hari raya Pertama Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Orang muzium pun nak raya juga. ^_^













till then, tatababai

9 comments:

  1. wah menarik ni. boleh bawa anak anak

    ReplyDelete
  2. Macam best je mencanting batik tu

    ReplyDelete
  3. Macam best je mencanting batik tu

    ReplyDelete
  4. Keknil ..lawa batik lady bird & butterfly.. dan pengalaman terbaik utk semua tahu berkenaan sejarah melalui muzium.

    ReplyDelete
  5. Keknil ..lawa batik lady bird & butterfly.. dan pengalaman terbaik utk semua tahu berkenaan sejarah melalui muzium.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh berbeza sangat dah muzium negara dulu dan sekarang. Siap ada aktiviti canting batik ..best tu! Nanti nak cadang kat cikgu sekolah kakak dan adik la ..:)

    ReplyDelete
  7. wah freeee nak masukkk nak masuk,.. suka bende bersejarah ni... tpi ari rabu pula

    ReplyDelete
  8. raya haji taun lepas dah pernah pi sini
    mmg cantiklah muzium negara depa ni..kagum2

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^