The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Friday, May 20, 2016

Permata tersembunyi di Bentong


Assalammualaikum

Dua minggu lepas Keknil telah diberi kesempatan untuk mengikuti One Day Trip ke Bentong bersama rakan media yang lain. Memandangkan trip kali ini adalah trip yang agak ekstrem, jadi Keknil bersiap sedia dari awal pagi dengan pakaian sukan dan sport shoe. Nampak la excited kat situ kan.. ^_^


Bilut Extreme Park

Destinasi pertama kami adalah Bilut Extreme Park. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Bilut Extreme Park bertempat di Felda Lurah Bilut yang juga merupakan Felda yang pertama di Malaysia. Dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, ia turut menempatkan trek khas untuk aktiviti ATV dan sukan memanah.

landmark Bilut Adventure Park

entrance

Bilut Extreme Park ini dibuka pada tahun 2013 oleh sekumpulan orang yang sukakan aktiviti lasak. Ia menawarkan aktiviti ATV (All-Terrain Vehicle) yang menjanjikan keseronokan dan pastinya ianya selamat dengan bantuan jurulatih berpengalaman walaupun menggunakan laluan sebenar di kawasan ladang sawit. Selain itu, kalau korang sukakan aktiviti memanah.. sini lah tempatnya.. boleh pilih nak range yang paling dekat atau jauh... ^_^

aktiviti menarik di Bilut Adventure Park

Untuk pengetahuan korang, pada penghujung tahun ini, akan terdapat tarikan baru disini iaitu Viper Runner adn Archery Tag. Kedua-dua tarikan baru ini pastinya dapat menarik minat semua peringkat usia malah turut sesuai dijadikan aktiviti keluarga.

nak cuba aktiviti memanah?

Kami sempat mencuba kedua-dua aktiviti iaitu ATV dan sukan memanah. Bagi Keknil sendiri, ini adalah kali pertama Keknil naik ATV.. pengalaman pertama ni pastinya mengujakan sebab rasa macam bawa motor.. Padahal motor kapcai pun tak pernah bawah.. Huihuii.. Rasa rugi pula tak bawa SJ Cam Keknil sebab baterinya rosak. Insya Allah.. ada rezeki pasti Keknil akan kembali lagi kesini untuk mencuba route lain pula.

kami dah ready...

Bagi sukan memanah pula, ini adalah pengalaman kedua Keknil.. kali pertama adalah ketika family and friend trip di Fraser Hill. Cuma bezanya kali ini, busurnya lebih besar dan anak panahnya lebih besar. Kali pertama menarik busur tu, Fuh.. rasa nak tercabut lengan.. tapi nasib baik Isabel, trainer di Bilut Extreme Park telah memberi tunjuk ajar. So, tekanan pada lengan tu dapat dikurangkan dan dapat la beberapa mata.. Hihihi...

archery range

sorang satu set.. puas main wehhh

peralatan dan safety set yang diperlukan untuk aktiviti memanah

siap !

Jangan risau jika korang tak pandai, sebab ada trainer yang akan membantu korang dan mengajar korang cara yang betul untuk memanah.. korang juga akan diberikan sarung tangan khas bagi mengelakkan kecederaan.. Terus fefeeling macam Robin Hood.. huihuihuii

penerangan ringkas oleh Isabel 

cara memakai sarung tangan.. untuk tangan kanan dan kiri mempunyai set yang berlainan tau.. so sebelum bermula, bagi tau dulu, korang right-handed atau left-handed.. :) 


demo by Isabel

Okey.. kami dah sedia nak memanah..

puas hati.. dapat memanah.. huihuiii

Bagi korang yang nak cuba aktiviti lasak kat sini, boleh datang dan cuba sendiri.. fully recommended !

Alamat :
 Lot 6776 Jalan Bilut – Raub, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Tempahan :
 +60146088803
: +60179770884

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad (Ditutup pada hari Rabu)
Masa :
930 pagi - 6.00 petang


Valley Agro Park


Usai selesai aktiviti di Bilut Extreme Park, kami di bawa pula ke Valley Agro Park yang terletak kira-kira 2km dari lokasi tadi. Lokasinya agak terpencil dan laluannya sempit. Memula rasa macam eh, betul ke tempat ni.. tapi bila dah sampai.. terus ternganga.. It's a hidden gems of Pahang. Dikelilingi oleh gunung ganang dan hutan tropika dan yang buat ia lagi menarik, korang boleh stay kat sini tau.. ada chalet disediakan untuk korang buat aktiviti bersama keluarga, kawan-kawan mahupun family day.

tree house

Apa yang menarik kat sini?

Valley Agro Hill - Melihat matahari terbit sambil menikmati sarapan
Streamlet - disebabkan kedudukannya di pinggiran gunung, jadi ada anak sungai yang jernih airnya yang korang boleh celup-celup kaki dalam air. Bestnya..
Vegetable Garden - lihat sendiri bagaimana sayuran di tanam dan bagaimana ia berubah dari benih ke anak pokok dan akhirnya,, sayuran yang kita makan.
Miniature Animal Park - yang ini memang comel. Bila korang tengok, korang akan rasa macam dalam cerita Alice In Wonderland.
Tree House - berangan macam tarzan? Korang boleh berangan kat sini, tidur kat sini.. dan tinjau pemandangan di sini.. ^_^
House of Bees - di sini, mereka harvest sendiri madu kelulut. Tanpa sumber yang mencurigakan, semuanya berasaskan alam. Boleh lihat sendiri bagaimana madu dihasilkan oleh lebah.
Fishing - If korang stay kat mana-mana penginapan yang disediakan, korang boleh memancing secara percuma. Huhuhu
BBQ - Ehem.. ini semua orang suka.. ada BBQ pit dan tempat lepak-lepak. Korang pasti akan suka.

Miniature Animal Park

Comel kan..

Selain itu, tempat ini juga menyediakan pengalaman yang menarik bagi pengunjung yang sukakan nature, terdapat juga port camping, aktiviti karaoke, annual dinner dan lokasi seminar.

Penginapan yang disediakan juga sangat mengutamakan alam dengan dinding dan atap kayu. Di sinilah tempat di mana manusia dan alam bersatu. Harga penginapan bermula dari RM50 semalam.

family room

couple room

harga bilik

Bagi Keknil sendiri, bukan hanya teruja, tapi Keknil juga tak sangka ada tempat madu kelulut kat sini. Korang pun tau kan, madu kelulut ni mahal. Keknil sempat rasa sendiri madu kelulut fresh dari sarangnya. Fuhh.. rasa sekali hendak lagi.. Huuhuu..

sarang lebah kelulut

penerangan oleh kakitangan di Bee Farm

mai rasa sesudu.. sedap !

antara sarang lebah buatan untuk mengumpul madu kelulut

antara sarang lebah buatan untuk mengumpul madu kelulut
 
madu kelulut fresh dari ladang

aiskrim madu kelulut, uolss

macam-macam jenis madu ada.. yang pasti.. madu ni semuanya enak..

manisnya madu


Pengalaman Yang Mengujakan

Bagi yang sukakan aktiviti ekstrem dan juga bagi yang ingin bersatu dengan alam, Keknil sangat-sangat recommended korang datang ke sini. Luangkan masa dengan keluarga dan berseronok dengan aktiviti-aktiviti menarik dan sihat yang ada kat sini. ^_^

Alamat :
 PT44, KM13, Mukim Tras, 27600 Raub, Pahang, Malaysia.

Hubungi :
 +6019-228 9152
 ( 11:30am - 09:30pm )


till then, tatababai

3 comments:

  1. keknil..iols tingin nak naik ATV tu
    kempunan haa..aje caner nak wat ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. keknil pun 1st time naik ATV tu.. memula takut.. lama2 best wooo... kena suruh trainer yang ajar.. sebab Keknil pun newbie.. hihihi

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^