Santapan Iftar di Laman Kayangan

Assalammualaikum

Pejam celik pejam celik, kejap je dah nak puasa.. dah ganti puasa tahun lepas ke belum? Sempat lagi ni kalau nak ganti.. Hihihi

Sambil-sambil korang ganti puasa tu, Keknil nak share dengan korang Buffet Ramadhan yang di Shah Alam yang sangat-sangat berbaloi-baloi untuk korang cuba pada bulan puasa nanti. Dengan dekorasinya yang indah, pasti terasa bagai di alam kayangan..


Bertempat di Laman Kayangan, Shah Alam, hidangan berkonsepkan Asia Tenggara menjadi tema pada kali ini. Korang bukan sahaja dapat merasai sendiri juadah dari Malaysia, malah pelbagai pilihan juadah istimewa Ramadhan di bawa khas dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. Tak perlu ke luar negara untuk menikmati Nasi Kabuli, Tomyam Istimewa, Bakso dan Vietnamese Beef Noodle, semuanya ada di Laman Kayangan. 









Tidak sah kalau buffet Ramadhan tanpa kambing panggangnya. Begitu juga di Laman Kayangan. Keistimewaannya di sini dia dihidangkan bersama dengan tiga sos istimewa dan Keknil pasti, korang pasti teruja seperti Keknil menikmati hidangan kambing panggang di sini.


Majlis berbuka puasa di Laman Kayangan akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan dari jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam dengan harga RM59.00 seorang dewasa dan RM35.00 untuk kanak-kanak dan warga emas.


Laman Kayangan mampu memuatkan kapasiti sehingga 1,000 orang turut menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas dan pastinya kemudahan surau bagi memudahkan tetamu menunaikan solat sambil berbuka puasa.

Untuk tempahan dan pertanyaan, 

No Telefon :
013 435 7935 / 017 556 3711 / 019 311 7443 / 03 3359 0561
017 218 1875 / 012 699 6634 / 011 1878 4681


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

7 9 orang peminat :

  1. wou...sup sapi..menarik nama diberi.. bila nak belanja 1 ... :) salam ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... jom kak.. kita ke Laman Kayangan.. :)

      Delete
  2. huish, tergoda den >_< lapar la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah.. meh lapar secara berjemaah.. hihih

      Delete
  3. meriah giler..giler meriahhh bestnya..happening

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^