4 Tips Persediaan Haji

by - 7:30:00 AM

Assalammualaikum

Sedar tak sedar, kejap je dah nak masuk bulan Zulhijjah. Dan bermulalah panggilan Haji buat mereka yang layak. Haihh.. seronoknya dapat pergi Haji.. tapi dalam seronok dapat pergi Haji, pasti ada sesetengah dari mereka yang terlalu gembira sampai terlupa apa persediaan Haji yang perlu dilakukan selain dari perkara-perkara wajib dalam rukun Haji.

Sumber Gambar : Google

Keknil nak share dengan korang apa yang ada di 11Street yang boleh korang dapatkan dalam membuat persediaan Haji. ^_^

1. Bagasi
Mestilah kena ada kan.. dalam beg ni juga la nak letak kelengkapan Haji selain dari bekalan makanan sepanjang tempoh Haji di Arab Saudi. Tapi tahu tak korang, terdapat garis panduan mengenai peruntukan bagasi yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi ( KSA ) iaitu sebanyak maksimum 32kg dibenarkan dan dimensi bagasi tidak boleh melebihi 56x45x25cm atau kira-kira satu bagasi 20 inci. Semua bagasi lebihan lain yang anda ingin membawa untuk haji mesti dihantar oleh syarikat penerbangan perkhidmatan haji yang dibenarkan serta untuk perjalanan pulang ke negara masing-masing. Nampak  macam rumit kan.. tapi kalau kita pandai pilih bagasi yang sesuai, Insya Allah.. semuanya dapat berjalan dengan lancar.



Tips Haji : Ibadan Haji akan melibatkan lebih dari 2 juta orang setiap tahun. Oleh itu, dapatkan bagasi yang mudah dikenali, terang dan mempunyai identiti korang.  Korang boleh dapatkan di Bagasi Haji
2. Aksesori Pakaian
Nampak mudah.. tapi dengan aksesori pakaian yang betul, ia dapat membantu korang menjalankan ibadan Haji dengan sempurna. Pastikan material pakaian yang korang bawa adalah sesuai dengan cuaca di sana.

Tips Haji : Suhu purata semasa musim Haji adalah 42℃, jadi pastikan pakaian yang korang bawa adalah berasaskan kain kapas kerana ia menyerap peluh dan ringan. Jangan lupa sarung kaki tambahan bagi melindungi kaki.


3. Keperluan Haji
Kebiasaannya, syarikat pengendali Haji telah menyediakan keperluan asas bagi jemaah Haji melaksanakan kewajipannya. Namun, tidak salah juga kalau kita sebagai jemaah membuat persediaan tambahan. Ye la.. bukan setiap tahun dapat peluang nak menunaikan Haji kan. ^_^ Antara keperluan tambahan yang korang boleh sediakan adalah buku panduan haji, buku doa, sejarah bersaiz mini, tasbih, beg kecil pelbagai guna untuk jamrah (membaling batu di Jamrah)



4. Lain-lain
Kadang-kadang kita sering lupakan perkara-perkara yang kita anggap kecil tapi sebenarnya boleh membawa impak besar dalam kita menunaikan Haji. Contohnya, jangan lupa renew passport lebih awal untuk tujuan permohonan visa dan sebagainya.. Selain itu, wang perbelanjaan sepanjang tempoh menunaikan haji, sijil perubatan (sekiranya ada), travel blanket dan USB Adapter. Keknil sendiri kalau travel luar negara, selalu lupa perkara-perkara remeh ni.. tu yang tiba-tiba ada je perbelanjaan tambahan untuk membeli peralatan yang telahpun ada. Tak ke membazir kan..

Tips Haji : Sesetengah jemaah tidak mahu membawa terlalu banyak barang, maka bolehlah membuat persediaan awal denngan menyediakan travel kit yang mudah dibawa kemana-mana sahaja. Lebih mudah kan.. ^_^


Selain dari itu, jangan lupa labelkan setiap peralatan tu sebab kadang-kadang kita dah duduk ramai-ramai ni, kita lupa dan kadang-kadang tertukar dengan kawan. Pek barang-barang korang seminima yang boleh dan pastikan juga keperluan peribadi korang dibungkus dengan kemas dan teratur. Selamat menunaikan Haji dan semoga mendapat Haji yang mabrur !

Untuk memdapatkan produk-produk persediaan Haji, boleh dapatkan di 11Street.my

till then, tatababai

You May Also Like

2 orang suka

  1. Semoga ada peluang juga nak jd tetamu Allah :)

    ReplyDelete
  2. doakan kita semua menjadi tetamunya pada masa terdekat

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^