Kyrgyzstan - The Pearl of Central Asia | Day 1

by - 7:30:00 AM

Assalammualaikum

Pertama kali Keknil dapat tawaran ke negara ni.. Keknil memang tak fikir panjang... terus setuju ! Lepas setuju terus terfikir.. Eh eh.. celah mana pula negara ni? Hahaha.. Lepas tu baru la tanya pakcik Google, Kyrgyztan (sebutan Kir-Giz-Tan) !


Nampak kecil dan comel je negara tu dalam peta dunia kan.. secomel negara Malaysia. Tidak berapa dikenali di seluruh dunia, tetapi mempunyai adat dan budayanya yang tersendiri serta sejarah dan geografi yang indah.

Selepas 2 bulan dari tarikh Keknil bersetuju untuk mengikuti trip ini, maka tibalah hari kami bertolak iaitu pada 24 Julai 2016 yang lalu. Memang berdebar-debar sebab bukan sahaja Keknil, tapi ada lagi lebih 30 orang delegasi pertama Malaysia yang julung-julung kalinya ke negara indah, Kyrgyztan ini. Pertemuan pertama kali bersama ahli rombongan di KLIA sangatlah meriah. Ada yang sudah mengenali antara satu sama lain, dan ada juga yang masih terpinga-pinga mencari geng. Keknil adalah antaranya. Hahaha..

Program ini yang dinamakan 1Takes Ala-Too | Malaysian First Group to Republic of Kyrgyztan bertujuan untuk mempromosikan keindahan negara Eurasia ini selain menyebarkan kepada umum sekecil-kecil negara ini, boleh menandingi keindahan dan kecantikan negara lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan The Nomad Games 2016 yang akan diadakan pada September 2016 ini.










Perjalanan kami dari KLIA ke Almaty mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan pesawat Air Astana dan seterusnya dari Almaty ke Bishkek mengambil masa selama 50 minit. Pertama kali terbang dengan pesawat selain dari Air Asia dan Malaysia Airlines.. Nampak jakun disitu.. Kahkahkah ! Proses check-in dan drop luggage berjalan dengan lancar, maklum la.. masa pergi.. beg pun ringan trang tang tang.. Tak tau dalam beg tu beranak pinak beg lain.. Huhuhu..

Travel Tips : Tiada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Kyrgyztan. Route paling dekat adalah dengan transit KLIA - Almaty dan Almaty - Bishkek dengan penerbangan Air Astana.

Travel Tips : Air Astana menawarkan penerbangan pergi balik secara transit dari Kuala Lumpur - Almaty - Bishkek - Almaty - Kuala Lumpur dengan luggage percuma sebanyak 20kg dan 2 kali in-flight meals. 

Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan in-flight meals dan hiburan yang agak menarik. Cumanya, filem-filem yang ditayangkan di dalam penerbangan telah dialih bahasa ke bahasa Kyrgyz / Rusia. Jadinya, pura-pura faham je la kan.. Hihihi

jiran selama 8 jam perjalanan ke Almaty

 snack.. sedap ! 

 in-flight menu
 in-flight menu

 menu utama.. seriously, sedap.. licin Keknil makan

light refreshment.. pun sedap... licin habis Keknil makan...

Indahnya perjalanan ke Almaty, kami disajikan dengan pemandangan indah di luar pesawat dengan banjaran-banjaran dan puncak gunung yang membuatkan kami terpegun dengan keindahannya. Maklum lah.. pertama kali tengok puncak gunung diliputi salji dan juga kawah-kawah gunung yang cantik, untung duduk tepi tingkap sebab dapat merakamkan lanskap yang menarik itu dalam setiap petikan jari di kamera.









Fuhh.. memang puas la duduk tepi tingkap sepanjang perjalanan ni... tidur pun sekejap je.. lepas tu ralit tengok pemandangan.

Sampai di Almaty, kami transit seketika di situ sementara menunggu flight seterusnya ke Bishkek. Please take note, transit dari Almaty ke Bishkek tak lama tau.. masa kami sampai tu, dorang dah calling untuk flight dari Almaty ke Bishkek.. tak sempat nak cari jodoh kat Almaty. Nasib baik tour guide kami, Zeinab bantu dan terus imigresen di Almaty lepaskan kami yang menaiki penerbangan transit ke Bishkek untuk menaiki bas transit. Sebelum tu, sempat la buang air sepam dua.. Fuhh.. 8 jam tak masuk toilet.. Korang ase? Buasir sampai ke kepala kot !

Travel Tips : Sebaik touch down kat Almaty, korang cepat-cepat standby barang korang untuk turun dari kapal. Lagi cepat korang turun, lagi cepat korang beratur di barisan hadapan untuk proses transit. Kalau lambat, bimbang juga takut terlepas flight, lebih-lebih lagi kalau korang travel sendiri. ^_^
Penerbangan seterusnya dari Almaty ke Bishkek tak lama.. 50 minit sahaja. Tiada hiburan di dalam pesawat, hanya beberapa gelas air dan gula-gula. Namun, ia tetap memadai sebab dah kenyang kot makan dalam flight sebelum ni. Alhamdulillah. Kami pun tiba di Bishkek dan disambut oleh tour guide di sana. Sedikit taklimat diberikan oleh ketua kumpulan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.




 long leg room

 gula-gula.. tu dia.. salam kaut terus...



Travel Tips : Elakkan mengambil gambar askar / tentera di Manas International Airport, sebab dorang boleh perasan apa yang kita buat. Kadangkala kita ambil gambar just untuk suka-suka, tapi pada pandangan mereka mungkin lain. Dorang boleh selongkar telefon / kamera kita untuk check. So, hati-hati ye.. ^_^

Perjalanan dari Manas International Airport ke tempat penginapan kami mengambil masa lebih kurang 47 minit. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan indah ladang dan gunung di kiri dan kanan jalan. Sambil tour guide kami, Zeinab menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah dan geografi Kyrgyztan.

Fakta : Kyrgyztan secara rasminya dipanggil Republik Kyrgyz, ialah sebuah negara di Asia Tengah. Dikelilingi daratan dan bergunung-ganang, ia bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan Republik Rakyat China. Kyrgyzstan bermaksud "Tanah Kyrgyz". Negara ini kadangkala dipanggil "Switzerland untuk Asia Tengah". Bishkek adalah ibu negaranya dan matawang yang digunakan adalah Kyrgyztani Som. Perbezaan masa antara Kyrgyztan dan Malaysia adalah 2 jam lewat. Contoh, jika di Malaysia jam 6 petang, maka waktu di Kyrgyztan adalah jam 4 petang. Dan pada musim panas, waktu siangnya lebih panjang dari biasa iaitu selama lebih kurang 16 jam. 

Sejarah : Pada awal abad ke-19, bahagian selatan yang kini merupakan Kyrgyzstan dikuasai oleh Kekhanan Kokand. Wilayah ini yang ketika itu dikenali dalam bahasa Rusia sebagai "Kirgizia" digabungkan secara rasmi ke dalam Empayar Rusia pada tahun 1876. Ambil alih oleh Rusia telah mencetuskan banyak pemberontakan terhadap kerajaan tsar, dan ramai orang Kyrgyz memilih untuk berpindah ke Pamir dan Afghanistan. Selain itu, penindasan pemberontakan pada tahun 1916 di Asia Tengah mengakibatkan ramai orang Kyrgyz berhijrah ke Republik Rakyat China.
Kuasa Soviet pada mulanya diasaskan di kawasan ini pada tahun 1919 dan Oblast Autonomi Kara-Kyrgyz diwujudkan di dalam SFSR Rusia (istilah "Kara-Kirghiz" digunakan sehingga pertengahan 1920an oleh Rusia untuk membezakan mereka daripada orang-orang Kazakh yang juga dirujuk sebagai orang-orang Kirghiz). Pada 5 Disember 1936, Republik Sosialis Soviet Krygyz diasaskan sebagai republik penuh USSR.
Perubahan yang ketara di Kyrgyzstan dilihat pada awal 1990an. Pada Disember 1990, Soviet Agung mengundi untuk menukarkan nama republik menjadi Republik Kyrgyzstan. (Pada tahun 1993, ia menjadi Republik Kyrgyz.) Pada Februari 1991, nama ibu kota, Frunze, dikembalikan ke nama sebelum pemberontakan, iaitu Bishkek. Bahasa Kyrgyz menggantikan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi pada September 1991. (Bahasa Kyrgyz ialah salah satu ahli kumpulan bahasa Turki Selatan dan ditulis dalam abjad Arab sehingga abad ke-20. Skrip Latin diperkenalkan dan digunakan pada tahun 1928, dan kemudian digantikan oleh Cyrillic pada tahun 1941.) 

Penginapan pertama kami terletak di Dostuk Hotel Bishkek, sebuah hotel 3 bintang yang terletak berhampiran dengan Muzium Seni Halus dan Opera serta Teater Balet. Ketibaan kami disambut dengan penyambut tetamu yang menyajikan minum petang yang menyerupai cakoi beserta sos serta pencicah yang enak. Aumm.. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, memang licin habis kitorang menikmati sajian minum petang, tanpa sedar.. diwaktu malam nanti.. ada hidangan yang lebih enak menanti kami..








Kemudian, setiap kami diagihkan bilik masing-masing dan diberikan masa selama 1 jam untuk berehat dan bersiap untuk makan malam pula. Penat.. memang penat.. mau tidaknya.. lebih 10 jam perjalanan termasuk transit.. tapi tetap muka ada sikit senyum sebab dah jejak kaki kat negara orang. Huihui... itulah kalau dah kaki jalan.. asalkan dapat transit 1 minit kat negara orang pun dah happy.. janji dapat check-in.. Ehhh..

Bilik di Dostuk Hotel Bishkek memang best.. fasilitinya sesuai dengan taraf 3 bintangnya. Keknil dapat 1 bilik seorang untuk Keknil sahaja. Memang melompat lebih tinggi la gamaknya, takde la orang boleh dengar bunyi dengkuran ala ghimau, hatta tiadalah juga orang boleh mengadu bau kentut fresh dari Kyrgyztan yang mengandungi udara-udara segar.. Kahkahkah. Bilik ini, ana yang punya..

Antara fasiliti yang ada di dalam bilik :

  • toiletries (sabun mandi, shampu, sikat dan berus gigi)
  • peti sejuk mini
  • gelas / pinggan
  • air mineral (hari pertama sahaja)
  • bath tub (hari-hari jadi badak berendam)
  • balkoni (sunset dia memang terbaik)
  • TV (rancangan alih suara Kyrgyz / Rusia)
  • cermin (ada 2 cermin besar.. boleh golek-golek nak tengok cermin mana satu)
  • selipar bilik (boleh tapau bawa balik)
  • berus kasut (untuk kilatkan kasut)
  • tuala mandi / tuala muka (ditukarkan hari-hari)
  • penyangkut baju
  • plug (banyak gile.. rasanya ada lebih dari 5 kot)
  • WIFI (laju wooo.. hari-hari layan drama.. ehh)

 katil ini Keknil yang punya..

 almari dan side table.. dalam almari ada peti ais mini

 almari letak macam-macam.. ada kasut, ada plug, ada berus kasut dan macam-macam lagi

 bath tub

tandas

Malam tu, kami dinner di Assorti Bukhara, lebih kurang 5 minit perjalanan dari hotel. 

Travel Tips : Keluar je dari hotel ke jalan besar, ambil kiri dan jalan terus. lintas jalan dan boleh nampak restoran tu dari jarak kurang 100 meter.

Since petang sebelum tu, kami dah makan minum petang yang tak terhingga.. makanya, masa dinner tu.. memang perut agak kekenyangan.. tapi bagi menghormati tuan rumah.. kami tetap makan dengan berselera sampai bertambah-tambah makannya. Habis juga buah-buahan yang manis dan enak itu.

Pertama kali kami dihidangkan dengan menu Nasi Pilaf iaitu nasi dengan rebusan air kambing dan dihiasi dengan kepingan kambing yang lembut dan sedap. Fuhh.. masih terasa kelembutan dan keenakan Nasi Pilaf yang Keknil makan tu.. lupa kejap tentang diet dan penyakit.. Kuangkuang...



Greek Salad

 buah-buahan

 Korean Salad

 buah lagi..

 Kebab

 Nasi Pilaf

enjoying our dinner.. #nomnomnom

Travel Tips : Orang Kyrgyztan sangat beradab sopan. Walaupun mereka kenyang, tapi untuk tidak menyecewakan tuan rumah, mereka tetap akan makan walaupun sekadar merasa bagi tidak membuatkan tuan rumah berasa kecil hati. Besar kan hati mereka.. ^_^

Malam tu, kami tidur dalam kekenyangan.. Keknil sempat buat preparation untuk trekking pada hari esoknya.. Fuh.. memang tak sabar sebab dah lama exercise nak trekking ni kan.. bajet fit la sangat kan.. kita tengok.. fit ke idok nak trekking esoknya.. Tunggu entry Keknil seterusnya.. ^_^

Special Thanks and Dedicated To :

The Embassy of Kyrgyz Republic in Malaysia
The Kyrgyz Malaysia Friendship Society
Azam Impian Resources

till then, tatababai

You May Also Like

5 orang suka

  1. Ooohh... ikut trip chiko azreen eh...

    ReplyDelete
  2. Cepat cepat update keknil, tak sabar nak baca ni hehe. Tgk pics kat IG keknil lawa lawaaa

    ReplyDelete
  3. Bestttnyaaa...sy pergi trip 22-29sept ni.kena byk bwk duit ke nak menyoping.. hehe

    ReplyDelete
  4. WoW...Bestnyee.... LeYa nak pegi gak la macam ni...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^