The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Wednesday, September 7, 2016

5 Kategori Pengguna Purses Wanita ! Anda dalam kategori mana?


Assalammualaikum

Wanita dah purse memang tidak dapat dipisahkan. Macam Keknil sendiri, ada macam-macam jenis purse dan macam-macam warna. Tapi setiap satunya mempunyai waktu kegunaannya tersendiri. Nampak macam renyah kan.. tapi korang tau tak, setiap purse itu direka dengan fungsi yang berbeza tau. Jom Keknil share dengan korang tips pemilihan dompet atau purses bagi setiap kategori pengguna.. Hihihi.. Jom tengok korang adalah pengguna yang mana satu?


1. Kaki Travel

Untuk kaki travel ni, biasanya banyak compartment beg yang diperlukan. Bukan apa.. senang nak selit-selit macam-macam menda nanti.. Hehehe.. Biasanya bagi kaki travel, penggunaan sling bag adalah sangat digalakkan. Sebab senang nak capai dan senang nak peluk. Purse yang banyak compartment ini juga mudah untuk kaki travel ni selitkan macam-macam perkara asas yang perlu dibawa ketika travel seperti passport, itinerary dan juga aksesori lain seperti tisu basah, pen lipstik, bedak dan sebagainya.

2. Kaki Shopping

Siapa kaki shopping angkat tangan? Hahh.. purses jenis ni sangat sesuai dengan korang. Pastikan purse yang korang pilih tu purse yang ada zip tau.. Ini adalah bagi mengurangkan risiko kehilangan wang atau barang dalam purses. Maklumlah.. orang perempuan ni kalau dah shopping, memang tak nampak apa.. Jadi purse yang digunakan tu perlulah mempunyai ciri-ciri yang selamat dan dapat mengelakkan keadaan yang tidak diingin berlaku.


3. Kaki Makan

Ehem.. apa yang seorang kaki makan selalu buat? Tapau makanan kan.. Hahahah.. Orang yang kaki makan ni, suka bawa beg besar-besar. Sebab kalau ada makanan dia tak habis, dia boleh sumbat makanan dia dalam beg. Jadi takde la banyak sangat plastik bag kat tangan kan. Bungkus kemas-kemas, then letak dalam purses. Tapi ada juga orang yang bawa beg besar-besar ni bukan isi makanan pun.. tapi isi barang lain seperti telekung kan.. Macam Keknil.. purses Keknil penuh dengan sampah resit dan macam-macam kertas conteng.. Adeihhh....


4. Workaholic

Workaholic people sangat terancang. Dia tau apa yang ada dalam purses dia jadi dia tak isi barang yang bukan-bukan dalam purses dia. Kalau kita seluk dalam handbag orang yang workaholic ni, senang je nak cari lipstik, bedak, pendrive dan sebagainya sebab kedudukannya tersusun dan kemas. 


5. Corporate Dinner

Untuk dinner, biasanya penggunaan purses yang kecil dan ringan digalakkan kerana dah vogue-vogue pakai baju lip lap lip lap.. tetiba ada pulak purses tergantung kat bahu.. kan tak comel tu.. ^_^ Biasanya purses kecil untuk dinner ni hanya memuatkan telefon, lipstik dan bedak. Tapi ada juga purses yang bersaiz sederhana besar yang boleh memuatkan telefon, lipstik, bedak, kunci kereta dan juga power bank. Fuhh.. dasat juga orang perempuan ni nak pegi dinner kan.. Power bank tu kena penuh sebab nanti nak selfie banyak kali takut bateri habis.. Hahahah


So, korang kategori yang mana? Sebab tu Keknil sendiri ada macam-macam jenis purses.. Lain aktiviti, lain purses... bertukar-tukar ikut aktiviti dan event. 

till then, tatababai

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^