8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

Assalammualaikum

Siapa tak sedih.. telefon yang selama ini menjadi sumber untuk menjana pendapatan tiba-tiba rosak dan tak boleh ON ! Huwaaa.. sedihnya.. Tapi dalam sedang bersedih tu, Keknil tergodek-godek dalam laman web Lazada nak cari telefon baru kononnya.. tapi bagai pucuk dicita ulam mendatang, ada promosi baru untuk telefon Huawei Honor 8 !

Wahh.. ini sudah bagus.. memang langkah kanan betul Keknil kali ni. Kiranya, telefon Keknil rosak pada masa yang tepat ! Tak perlu kata apa-apa, Keknil memang perlu memiliki telefon pintar terbaik bukan sahaja untuk menggantikan telefon Keknil yang rosak tu tetapi juga untuk berkomunikasi, dan perlu mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memudahkan kerja dan kegiatan seharian Keknil samada sebagai blogger, programmer mahupun traveller. I want the best gadget for my everyday activities!

Keterujaan Keknil untuk memiliki Huawei Honor 8 ini memang tidak dapat dibendung lagi kerana ciri-cirinya yang sangat menawan hati Keknil. Apakah ciri-cirinya tu? Keknil yakin, lepas ni korang pun akan rasa teruja sama macam Keknil ! Percayalah !




1. Fungsi Dual  Kamera dan SELFIE EXPERT !

Semua orang suka ambil gambar. Cuba korang bayangkan, setiap momen yang korang lalui, di tangkap dengan 12MP kamera dibelakang dengan dua lensa serta mempunyai ciri-ciri Hybrid Auto Focus dan Profesional Mode. Selain itu, korang juga boleh setkan mod bukaan diantara F0.95 hingga F16 bagi tetapan 'depth of field'. Jadi dapat setkan berapa luas auto focus yang korang nak tu ! Fuh.. tak perlu kamera godang dah.. Pakai Honor 8 je gambar dah cantik ! Manakala kamera hadapan dengan 8MP memang tidak dinafikan lagi la kualitinya, malah 'low light conditions'  juga boleh ditetapkan. Boleh juga menggunakan fungsi 'Perfect Selfie Mode' untuk meningkatkan kualiti dan kecantikan gambar selfie. Woww... You'll be your own selfie expert !

Selfie expert via Honor 8? 




2. Semuanya dalam satu KLIK!

Betapa mudahnya hidup jika semuanya boleh dilakukan dengan satu KLIK sahaja ! Terima kasih Honor 8 kerana menjadikan ia satu kenyataan. Lepas ni, tak payah berebut alat kawalan jauh dengan Iman dah.. Keknil boleh alih TV tanpa dia tahu pun.. Hahahha Nak tau kenapa? Sebab dengan Smart Control 4.0, bukan hanya TV dan pendingin udara, tetapi korang boleh mengawal lebih dari 5,000 peranti berjenama dan 230,000 jenis model ! Wowww.... tak sabar nak kawal auto gate depan rumah dengan Honor 8 baru ni !

amboii.. sakan baring ! Mama dah ada remote baru... Hahahah




3. Paparan Bagai Dunia Realiti !

Dengan paparan FHD 5.2-Inch  dan 96% high colour gamut (NTSC), skrin telefon pintar akan kelihatan lebih jelas dan nyata ! Apa yang membuatkan ia lebih hebat, ia didatangkan khas dengan fungsi 'eye-care mode filters out blue light'. Jadi saat dan ketika korang menggunakan telefon pintar Honor 8 ini, tidak perlu bumbang tentang pedih mata akibat letih atau mata berair kerana ia dapat mengurangkan permasalahan tersebut. Hebat !

ni bukan sakit mata sebab tengok telefon, tapi sakit mata sebab tengok asap kan ! ^_^ 




4. 3D Fingerprint Smartkey !

Bila dah memiliki telefon pintar yang pintar sebegini, antara ciri-ciri yang perlu ada adalah ciri keselamatan ! Dengan adanya 3D fingerprint yang terletak di belakang kamera, ia juga mampu membuka kunci telefon dengan hanya 0.4 saat sahaja ! Woww.. sangat mudah.. tak perlu nak tetapkan kata laluan atau mereka corak yang mungkin kita sendiri lupa sebab banyak kali tukar ! ^_^ Selain itu, ia juga turut berfungsi sebagai 'smart key shortcut' untuk korang layari aplikasi kegemaran yang telah korang tetapkan. Hanya dengan satu sentuhan dan tadaa.. aplikasi kegemaran korang akan dibuka. Terbaik !


1 jari la.. bukan 5 jari ! ^_^



5. Rekabentuk artistik yang SOFISTIKATED !

Peranti pertama yang dibuat dengan gabungan "15 layer of craftsmanship glass" dan rim logam yang direka untuk menghasilkan rekabentuk yang unik dan sofistikated ! Rekabentuk ergonomiknya di manfaatkan dengan kekuatan dan kecantikan gelasnya yang menjadikan ia lebih mudah di pegang dan nampak elegan walaupun ketika berada dalam poket ! Warnanya yang berkilau dan berkilat membuatkan pemilik Honor 8 ini berada dalam standardnya sendiri ! Tak sabar nak cuba ! Keknil secara peribadi sukakan warna GOLD ! Aumm... 

this is cute.. not sophisticated !


6. Dikuasakan dengan 2.3GHz Octa-Core CPU dan 4GB RAM 

Ucapkan selamat tinggal kepada permasalahan telefon 'hang' ! Ini kerana Honor 8 dikuasakan dengan 2.3GHz octa-core CPU dan 4GB LPDDR4 RAM. Terbaik kan ! CPU chip Honor 8 juga menggunakan i5 co-processor yang diselaraskan dengan Kirin 950 SoC yang bukan sahaja dapat meningkatkan kepantasan, tetapi juga masa tindak balas dan jangka hayat bateri. Ia juga dapat memproses banyak sistem atau aplikasi dalam satu masa tanpa mengganggu aplikasi yang sedang berjalan. Bestnya !

dikuasakan..... 



7. Masa mengecas yang pantas dan tahan lama

Kadang bila kita charge telefon, lahai.. 6 jam charge pun bateri masih tak penuh-penuh. Tapi perlu risau dengan Honor 8 kerana ia memberikan power boost  47% lebih pantas dari biasa. Katalah korang baru charge selama 10 minit, ianya dah cukup untuk memberikan korang sekurang-kurangnya 2 jam untuk bergayut di telefon siap boleh dengar lagu di telefon pintar ni selama 6 jam ! Tak ke hebat ! Jangka hayat baterinya juga lebih panjang sehingga 10 jam dan sangat sesuai untuk Keknil gunakan ketika travel nanti ! 



8. Komunikasi pintar atas talian

Honor 8 mempunyai dual antena yang mampu menarik isyarat komunikasi bagi memastikan korang sentiasa mendapat signal tak kira la apa jua talian yang korang pakai. Dengan smart dual band wifi yang ada, ia turut menyokong dari 2.4GHz sehingga 5GHz band. Jadi tak perlu risau tentang sambungan wifi atau talian Internet korang ! 



Macam mana? Tertarik tak dengan ciri-ciri Honor 8 ni? Adakah korang teruja seperti mana Keknil teruja untuk memilikinya? Kalau korang nak tau, sempena MY Cybersale yang akan berlangsung dari 26 September - 30 September 2016 ini, korang boleh miliki Honor 8 dengan harga serendah RM1699 sahaja !

Honor 8 dengan 4GB RAM + 64GB ROM
RM1,800.00

Honor 8 dengan 4GB RAM + 32GB ROM
Harga : 1,699.00

Free Gift :  Phone Casing, Selfie Stick atau Powerbank


Honor 8 didatangkan dengan 4 warna pilihan iaitu Emas, Biru, Putih dan Hitam.

So, tak payah sedih-sedih sangat dah... patah tumbuh hilang berganti, telefon rosak, Huawei Honor 8 jadi pengganti.. Aummm... ^_^


Jom... sempena MY Cybersale yang akan berlangsung dari
26 - 30 September 2016 ini


Jangan lepaskan peluang tau kerana ia menawarkan diskaun sehingga 95% !




till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

2 orang suka :

  1. Nak tanyaaa, review2 nih, nanti..ade dapat ape ape ke.... cmne nak joinn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. review ni sebahagian dari promosi MY Cybersale di Lazada Malaysia. Boleh join Lazada Affiliate untuk mengikuti promosi, contest dan informasi berkenaan produk-produk yang dijual di Lazada.. ^_^

      Delete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^