Tuesday, September 13, 2016

Nikmati Kopi Sebenar dengan NESCAFE Gold Barista !


Assalammualaikum

Siapa kat sini penggemar Kopi? Angkat tangan ! Hahh.. Keknil tau, mesti ramai antara korang yang gilakan kopi kan.. Kalau boleh setiap minggu nak lepak kat Starbucks menikmati Espresso yang yummy... Fuhh.. terus segar biji mata tu.. ^_^


Tapi.. bagaimana pula bagi penggemar kopi yang tak mampu menikmati kopi di kedai dan tak dapat nak berbelanja besar untuk kopi? Keknil ada jalan penyelesaian untuk korang..

Nestle / Nesacfe dengan kerjasama InvolveAsia telah melancarkan satu produk baharu yang dinamakan NESCAFE Gold Barista yang mana korang tak perlu bersusah payah untuk beratur panjang hanya untuk menikmati kopi seenak Starbucks. Ye la.. kadang-kadang tempat tu penuh dan kadang-kadang pula.. di tengah malam pula la tekak ni rasa nak minum kopi kan.. Celah mana pulak nak cari Starbucks yang masih buka di tengah-tengah malam tu..

Di sinilah peranan NESCAFE Gold Barista ni, hanya dengan satu botol NESCAFE Gold Blend dan air masak, korang dapat menikmati segelas Espresso, Latte, Americano.. atau namakan saja nama kopi yang korang inginkan hanya dengan satu butang !

Jom.. Keknil tunjukkan macam mana caranya.. ^_^

Inilah NESCAFE Gold Barista yang Keknil maksudkan tu.. di datangkan dengan dua warna iaitu HITAM dan MERAH. Kedua-duanya tetap tampak menawan tatkala diletakkan sudut dapur rumah. Dengan rekabentuk mini yang mudah dibawa kemana sahaja ianya juga ringan dan mudah dibuka dan dipasang semula untuk tujuan pembersihan. Didatangkan dengan manual pemasangan dan cara penggunaan yang mudah difahami, Keknil pasti.. dalam 5 minit sahaja korang dah boleh menikmati kopi mewah yang pertama buatan sendiri. Teruja  tak?


Dengan NESCAFE Gold Barista ini, terdapat 5 gaya kopi yang korang boleh cuba iaitu :

1) Espresso
2) Americano
3) Lungo
4) Latte
5) Cappucino

Hahh.. boleh tukar-tukar selera.  Hari ni minum Espresso, esok minum Americano, tulat minum Lungo. Fuhh.. jimat belanja duit kopi kat luar.. ^_^

Coffee Tips : Korang boleh berkongsi beli NESCAFE Gold Barista ni dengan kawan-kawan pejabat, letak dipejabat dan boleh juga dijadikan sumber pendapatan. Hahh.. jual segelas kopi ni dekat kawan-kawan dengan harga RM5. Duitnya, masuk dalam tabung kopi untuk pembelian NESCAFE Gold Blend seterusnya. Idea bijak kan ! ^_^


Ni Keknil nak ingatkan korang ni.. bila korang gunakan NESCAFE Gold Barista ni, jangan sekali-kali gunakan produk Nestle lain selain dari NESCAFE Gold Blend. Ini kerana teksturnya yang berbeza antara satu sama lain. Jadi, bagi mengelakkan mesin korang rosak dan hilang warantinya, hanya gunakan NESCAFE Gold Blend sahaja tau !

Coffee Tips : Ehem.. kalau korang nak guna brand kopi lain, takde masalah tapi make sure teksturnya sama dengan NESCAFE Gold Blend ni. Tapi Keknil tetap cadangkan korang guna NESCAFE Gold Blend ni sebab dia ada tekstur, bau dan rasa yang tiada pada jenama kopi lain. Terbaik !


Kenapa Keknil kata NESCAFE Gold Blend ini adalah kopi yang terbaik untuk NESCAFE Gold Barista ? Inilah sebabnya.

NESCAFE Gold Blend mempunyai aroma, bau dan rasanya yang unik
NESCAFE Gold Blend menggunakan kombinasi biji kopi Arabita & Robista yang berkualiti tinggi
NESCAFE Gold Blend dihasilkan dengan teknologi premium dalam proses pengeringan biji kopi


Kini, NESCAFE Gold Barista akan dilancarkan secara rasminya pada 14 September 2016 dan boleh di dapati di Lazada. Kalau ikutkan harga asal NESCAFE Gold Barista ni adalah RM399 tau.. Tapi sempena pelancaran ekslusif di Lazada ini, harganya adalah RM239 sahaja dan korang bukan sahaja akan dapat NESCAFE Gold Barista, tetapi juga 2 balang NESCAFE Gold Blend ! Wowww... boleh buat kenduri kopi macam ni... ^_^


 Cukup menarik? Jom ikut Keknil untuk lihat dengan lebih dekat lagi NESCAFE Gold Barista ketika majlis pengenalan produk ini oleh InvolveAsia dan Nestle / Nescafe tempohari.


gembiranya dapat NESCAFE Gold Barista

bakal tauke kopi

inilah NESCAFE Gold Barista yang comel tu

dan ini adalah NESCAFE Gold Blend. Cuba tengok tekstur kopinya?

Latte

More Latte

dari kini Espresso, Latte dan Cappucino

Lepas je balik dari majlis pengenalan produk tu, gigih juga Keknil cari NESCAFE Gold Blend ni kat pasaraya.  Boleh dapatkan dalam saiz kecil atau besar. NESCAFE Gold Blend boleh dibeli dengan harga kurang dari RM10 dengan saiz paling kecil iaitu 50gram. Untuk 50gram tu sahaja boleh buat 25 hidangan kopi. 


tengah pilih nak botol kecil ke besar?

Ahh.. kita amik dua-dua la.. ^_^

Dan Keknil sendiri telah mencuba membuat sendiri Espresso dengan menggunakan NESCAFE Gold Barista ini di rumah. Memang awesome ! Iman yang 10 tahun tu pun boleh buat, tak payah di suruh. Tekan je siap !

 tekan tekan, siap !

Americano.. tengok buih dia.. mengancam..

jom minum

Encik suami memang penggemar kopi.. hari-hari sebelum tidur mesti la dia minta kopi.. lepas tu terkebil-kebil mata tak boleh tidur. Hahaha.. Tengok gaya dia minum kopi, macam best je.. macam sedap je.. bila Keknil tanya, kopi tu sedap ke tidak? Dia kata kalau Keknil duduk depan dia dan senyum. lagi manis la kopi tu.. Auchhh... ngade sangat kann... Hahahah





So, jom setkan kat kalendar tarikh 14 September 2016 dan dapatkan NESCAFE Gold Barista dengan harga kasih sayang RM239 sahaja dan dapatkan 1 balang Nescafe Gold Blend 200gram + 1 Nescafe Gold Blend Refill Pack secara PERCUMA , hanya di Lazada !

Jom beli NESCAFE Gold Barista di Lazada sekarang !

till then, tatababai

10 comments:

  1. Dah try jugak..En.Suami hari2 request latte sekarang..nasib baik senang nak gunakan Nescafe Gold Barista ni..

    ReplyDelete
  2. Amboi senang sangat kan boleh bancuh kat rumah..nak cubalah nanti Nescafe Gold Blend..

    ReplyDelete
  3. Arnghhh lama tk mnum nescafe.bese reti beli kt kedai je. Tk reti bancuh.. heheh

    ReplyDelete
  4. Alahai terliuq kopi la plop.. ss hantu kopi

    ReplyDelete
  5. Alahai terliuq kopi la plop.. ss hantu kopi

    ReplyDelete
  6. Suka suka....!!Nina coffee lover
    Nanti nak pi beli

    ReplyDelete
  7. alamakkk ni kalau cik abe saya tengok ni mau terangkat nak minum nescafe jugak hehehe

    ReplyDelete
  8. Kenan sungguh tgk mesin barista tu dh la cute cantik plak...tetiba nak minum kopi hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...