The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Tuesday, October 18, 2016

Kronologi Kehilangan Iman !


Assalammualaikum

Hati ni masih berdebar-debar lagi. Jantung seperti mahu luruh. Kepala rasa nak pecah ! Sekarang baru Keknil faham macam mana perasaan bila seorang ibu kehilangan anaknya. T_T



Ya Allah..

Kronologinya...

Semalam macam biasa, rutin setiap hari Keknil balik ke rumah dan ambil Iman di taska. Sama seperti hari-hari lain.. mengharungi jalan jammed dan kereta bertali arus, semuanya untuk pulang ke rumah. Bezanya semalam, perjalanan Keknil terasa agak terburu-buru.. segalanya nak cepat..


Sampai sahaja di taska.. Keknil nampak kelibat anak-anak kecil sedang bermain badminton.. tetapi tidak nampak lagi bayang Iman. Terdetik seketika.. mungkin van belum sampai lagi.. Lalu Keknil bersandar seketika di tempat duduk kereta. Kemudian Keknil ternampak kelibat classmate Iman.. Eh.. van dah sampai ke? Terdetik perkataan tu dari kepala. Kemudian, Keknil matikan enjin, dan berjalan ke dalam taska. Sempat bertegur sapa dengan ibu lain yang mengambil anak mereka. Kedengaran suara cikgu taska memanggil nama Iman.. kemudian kedengaran ada suara lain mengatakan Iman dah balik. Terus hati terdetik.. Eh.. balik dengan siapa?

Lalu Keknil telefon encik suami.. tanya dia dah amik Iman ke? Sekali dia jawab dia kat opis lagi.. Terus terdetik hati.. Siapa yang amik Iman? Keknil terus letak telefon dan kembali ke dalam taska untuk kepastian.. takut cikgu taska tak perasan Iman ada kat dalam taska tu je.. Maybe tengah mandi ke apa kan..

Kemudian Keknil tanya dengan kawan-kawan sekelas dengan Iman.. "Iman sekolah tak hari ni?" Dorang jawab... "sekolah.." Keknil tanya lagi, "Iman ada naik van tak balik tadi?" Seorang dari mereka jawab, "takde..". Kemudian disambut dengan seorang lagi kawannya, "tadi saya nampak Iman naik tangga". Dengg.. masa ni Keknil dah tau dah.. mesti dia pegi beli air ni.. Dekat dengan sekolah dia tu, ada buka gerai tepi-tepi jalan jual air la, jajan la.. macam-macam. Selalu dah pesan kat dia.. kalau nak beli pape.. pegi sekali dengan mama.. Jangan pegi dengan kawan-kawan.. Who knows kan.. Sekarang ni macam-macam kes kan..


Masa ni.. Keknil dah fikir.. mesti dia tertinggal van ni... Keknil pun bagitau cikgu taska, nak cari Iman kat taska.. Lantas Keknil berlalu pergi dan kedengaran pula ada kawan Iman bagi tau, "tadi saya nampak Iman balik naik motor" Dengg denggg... kepala terus berpinar-pinar. Apakah yang berlaku ni? Otak dah fikir macam-macam.. Tapi hati ni terus menahan... Keknil terus masuk kereta, start dan bergerak ke sekolah. Dalam kereta jangan cakap la.. kepala jadi berat.. mata dah start berair.. dada dah berombak.. sampai la encik suami call.. tanya betul ke Iman takde? Ke main-main? Keknil masih lagi menahan suara.. Bagitau, takde.. nak pegi cari kat sekolah ni..

Di separuh jalan, cikgu taska pula call.. bagitau Iman dah ada kat taska. T_T Keknil terus pusing stereng kereta buat u-turn dan kembali semula ke taska. Nampak Iman tengah ambil beg dengan mata merah. Keknil tak boleh bergerak dari tempat duduk kereta. Freeze ! Acik van ketuk tingkap.. dan Keknil turunkan cermin. Beria-ia dia minta maaf kata tertinggal Iman. Keknil senyum dan kata takpe.. Padahal dalam hati ni.. hanya Allah yang tahu.. Dia kata dia dah tunggu dari pukul 6 petang.. tapi Iman tak muncul. Dan ada pula kawan Iman kata, Iman dah balik naik motor. Tu yang dia tak tunggu lagi tu.. Well said.. Bukan salah dia.. Tu pun berkali-kali dia minta maaf. Keknil kata takpe.. Nanti Keknil cakap ngan Iman. Iman masuk dalam kereta.. Keknil ucapkan terima kasih pada acik van dan naikkan tingkap kereta..


Mulalah sesi membebel dalam kereta pula..

Kenapa tak bagitau kat kawan nak pegi beli air?
Kenapa tak tunggu mama nak pegi beli air?
Kenapa tak tunggu van?
Kenapa itu..
Kenapa ini..

Suara dah sebak sangat.. tapi sebab geram dan marah melebihi segala.. kepala dah start panas. Sampai rumah.. Keknil terus duduk di kerusi tepi pintu. Keknil suruh Iman mandi dan solat. Tangan dah menggigil dan kepala masih lagi sakit. Keknil call encik suami.. tak angkat... call lagi sekali.. masih tak angkat.. lalu Keknil tinggalkan mesej, "Dah jumpa dah"

Seketika kemudian.. encik suami balik dan panggil nama Keknil. Masa ni okey lagi.. bila dia datang dekat Keknil. Terus bercucuran airmata dalam pelukannya. Habis semua rasa sebak dan sedih keluar. Well said.. memang everything is okey.. tapi bagaimana kalau terjadi apa-apa? Keknil cakap kat dorang,"Mama cuma ada Iman.. mama takde anak lain.." T___T


Lepas keadaan dah mula okey.. kami bersama-sama buat post mortem apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya Iman temankan kawan dia beli air. Kawan dia dah beli air, lepas tu tinggalkan dia. Bila Iman dah dapat air dia dan kembali ke tempat menunggu.. tengok kawan-kawan yang naik van dengan dia dan van tu dah takde. Meraunglah dia di bus stop sekolah. Mujur ada mak kawan dia juga yang datang ambil kawan dia tolong hantarkan ke taska.

Lesson learnt ! Memang betul.. kita pesan kat anak hari-hari DO'S and DON'T.. tapi dah namanya budak-budak.. Selain dari ibubapa dan guru.. ada faktor lain setiap perbuatan itu boleh berubah.. iaitu kawan-kawan.

Apa yang Keknil perlu buat?

1. Pesan pada Iman setiap hari. Jangan singgah mana-mana. Jangan ikut kawan. Tunggu sampai van sampai. Tunggu dekat pakcik guard.

2. Pesan kat Iman.. kalau tertinggal van, jumpa cikgu atau pakcik guard !

3. Buat key-chain / tuliskan nombor telefon pada beg / buku Iman. So, bila keadaan kecemasan macam ni.. sekurang-kurangnya ada penjaga lain boleh tolong telefonkan.

4. Keknil sebagai parent, seboleh-bolehnya elakkan Iman tunggu lama. Kalau Keknil perlu balik lambat, Keknil perlu make sure encik suami ambil Iman awal

5. Jangan biarkan Iman tunggu lama kat taska. Kadang-kadang Iman ni ralit, memang dah pesan tapi bila dah dengan kawan.. semua pun lupa. Kadang dah pesan jangan keluar dari taska.. tapi keluar juga sebab nak main dengan kawan.

6. Bila terjadi perkara macam ni, Keknil tak sepatutnya marah Iman.. Keknil sepatutnya peluk dia dan tenangkan dia.. sebab dia juga sedang bersedih. T_T My mistake !

7. Keknil patut tanya dia apa yang terjadi.. tapi Iman juga jenis perahsia. Jarang berkongsi cerita melainkan perkara yang membuatkan dia gembira. Jadi semasa sesi post mortem semalam.. memang sesi air mata bercucuran macam air pasang besar sekarang ni.

8. Kena selalu berkomunikasi dengan dia especially setiap kali amik dia dari taska. Dari situ, Keknil boleh tau rutin dia.. apa yang dia suka buat lepas balik ke taska. Jadi perkara-perkara yang tak diingin macam semalam dapat dielakkan.




Perkara yang terjadi semalam.. memang sangat memberi kesan mendalam dalam diri Keknil. Baru hilang anak 2 jam.. dah rasa hilang separuh nyawa. Tak disangka-sangka.. semalam BP naik kaw-kaw ! Terasa panas kepala rasa nak meletup.. Dunia terasa berputar dan memang rasa nak pitam. Mandi-mandi pun tak hilang panasnya. Itulah agaknya perasaan seorang ibu bila kehilangan anaknya. Serionsly, dah terbayang kes adik Sharlini, adik Nurin Jazlin, adik Noor Amilia Idrus. T_____T Nauzubillah !

Syukur alhamdulillah.. tak jadi apa-apa dan semuanya selamat. Apa yang berlaku adalah pengajaran. Bukan sahaja untuk Iman, tapi untuk Keknil jua ! Moga kami sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin...


till then, tatababai

8 comments:

  1. anil ...anak moon pun sama anil. Kadang suka benor time tu main kejar kejar ngan kawan...gie beli makan semer. Selalu gaks kena tinggal van...selalu gak pesan kat dia jgn buat cam tu ....aduhhhh mmg paham perasaan anil.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbarrrr berdebar membacanya,moga pasni iman beringat.huhuuu....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tak jadi ape2 ... Pengaruh kawan nie memang besar, hilang ingatan terus bebudak nie dgn pesanan kita dari A-Z ...

    ReplyDelete
  4. Alhandulillah ... huh..pengajaran buat aku juga

    ReplyDelete
  5. Syukur smuanya selamat...

    mula2 baca pon dh cuak...klau ada kt situasi tu sy pon xtau nk ckp cmna. meraung jugak rsnya

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah syukur semuanya selamat
    tula kdg2 ni budak2 ni leka sgt..dah byk kali dah pesan...
    mmg risau skrg nni mcm2 hal dah budak hilang..mtk dijauhkan perkara2 yang x baik amin

    ReplyDelete
  7. baru la saya paham perasaan ibu bapa bila anak anak jauh dari pandangan mata mereka

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^