Berbento dengan MILO® UHT’s Pack

Assalammualaikum

Beberapa hari lagi nak tahun baru.. Fuhh.. rasa macam baru je celebrate new year 2016.. sekejap je dah bertukar tahun.. Huhuh... masa semakin cepat berlalu, Iman pun dah semakin membesar.. Dah nak sama tinggi dah dengan mama dia.. Bila anak dah besar ni, mula la episod-episod throwback zaman Iman kecik dulu.. dulu dia sangat aktif.. suka bertanya.. dan perkara yang fancy.. jadi bila dia dah menginjak 10 tahun.. semakin banyak persoalan yang bermain di minda dan terungkap di bibirnya sampai Keknil jadi nervous nak jawab apa.. :P

Bila anak semakin besar ni, jadi lebih banyak nutrisi yang diperlukan untuk meningkatkan prestasinya dalam pembelajaran. Ye lah.. dah nak masuk darjah 5 kan.. lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk aktiviti kokurikulum dan pembelakaran dalam kelas. Jadi Keknil terfikir, adakah dengan setiap duit perbelanjaan yang Keknil bekalkan setiap hari tu.. cukup ke nutrisi dalam badan dia untuk membantu Iman kekal aktif dan fokus dalam kelas? Yelah.. kita tak tau kandungan makanan yang dijual kat kantin sekolah kan.. Bukan Keknil kata tak bagus.. tapi kita sebagai ibubapa lebih tahu apa yang diperlukan oleh anak kita berbanding makcik kantin kat sekolah tu. Jadi.. apa salahnya jika kita yang sediakan segalanya demi mengekalkan kesihatan serta meningkatkan kecergasan mental dan fizikal ketika dalam kelas.


Bengkel MILO® UHT’s Pack in the Energy for Champions Blogger

Baru-baru ini, Keknil telah menghadiri sebuah bengkel anjuran MILO iaitu Bengkel MILO® UHT’s Pack in the Energy for Champions Blogger yang diadakan di Cilantro Culinary Academy. Rupanya, minuman berperisa sangat penting untuk membantu anak-anak dalam membekalkan tenaga. Maklumlah.. budak-budak kan aktif..

Terutamanya Iman ni.. Selalu Keknil memang bekalkan dengan air masak sahaja dan akan pastikan Iman minum cukup 2 liter air sehari. Tapi rupanya Keknil silap. Tapi bukan sebarangan air berperisa tau.. Air berperisa yang Keknil maksudkan adalah air berperisa yang bukan sahaja dapat memastikan tumbesaran anak berada dalam keadaan baik dan juga sihat untuk tubuh badan. MILO® UHT’s Pack memastikan anak-anak mendapat manfaat daripada Activ-Go  yang merupakan kombinasi PROTOMALT® , mineral serta vitamin seperti Vitamin B dan Vitamin C. Well.. semua orang tau apa kelebihan Vitamin B dan C kan..  Bukan sahaja bagus untuk anak-anak.. tetapi juga untuk orang besar macam kita.. ^__^




Sajian Bento Ceria Untuk Anak-anak dari Kelab Bekal / Bento Malaysia

Dalam bengkel ini, Keknil turut didedahkan dengan latihan praktikal bagaimana untuk menyajikan bekalan makanan yang bukan sahaja sihat.. tetapi juga menarik dan ceria. Bento macam tu, bukan anak-anak je suka.. Keknil pun teruja tengok.. comel sangat... tak sampai hati nak makan.. Ahahaha.. Latihan ini praktikal yang diterajui oleh Yan Diana memang sangat membuatkan Keknil teruja. Mau tidaknya, beliau dapat menyediakan bento yang comel angattt dalam masa kurang dari 10 minit. Omaigaddd ! Kreatif sangat.. Si Iman pulak memang tak sabar-sabar nak tengok hasilnya. Berebut-rebut juga dengan Keknil nak tengok apa la sifu Yan tu tengah deko deko bento tu.. Hihihi




Kami selaku ibubapa juga diberi peluang untuk mendekorasi sendiri bento kesukaan anak-anak. Hahh.. ini yang menarik ni.. Iman dah cakap dari awal dah.. dia nak buat bento kucing.. tak sedar diri tu penakut kucing kan.. tapi nak bento rupa kucing.. Hihihii... Berlari-lari la kami di dapur Cilantro tu demi menyiapkan bento kegemaran anak-anak. Iman memang sangat membantu dan pandai pula dia buat orang-orang dari buah anggur tu.. Hihihi.. I can see your creativity, baby ! ^__^

eksaited anak-anak ni
kami dah readyyyy
 hasil bento Puan Yan yang comel sangat..

hasil bento kami anak beranak.. comel ke tak?

Ada masa lagi 2 minggu sebelum buka sekolah.. boleh la Keknil try buat bento untuk Iman di hari persekolahan nanti.. Dan yang penting, dengan adanya MILO ®yang sedap dan menyihatkan ni.. pasti Iman tidak lagi rasa letih dan lesu ketika dalam kelas nanti.. ^__^

Ibubapa boleh mendapatkan produk MILO® dalam pek 125ml dan 200ml di pasaraya, pasar mini, kedai serbaneka dan kedai runcit dengan harga yang sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milo.com.my



till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

5 orang suka :

  1. Amboiii..bukan main sakan lagi kak Anil dengan Iman eh! hehehe...syok tgk!

    ReplyDelete
  2. Comelnya bento! Milo memang favourite anak anak i.

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^