Monday, February 29, 2016

Cipta Idea, Patenkan dan Jual di PatternMall Asia


Assalammualaikum

Pernah tak kadangkala macam-macam idea yang bermain di minda kita ni.. nak cipta mesin rumput yang boleh terus masuk dalam plastik sampah.. tapi kita takde dana atau nak tempat yang boleh membantu untuk buat kajian tentang peralatan apa yang sesuai untuk idea kita tu.

PatternMall adalah sebuah syarikat bumiputra yang menyediakan platform untuk tujuan pengkomersilan jual beli paten dan idea ciptaan di atas talian. Menariknya PatternMall ni, ianya adalah percuma dan bukan itu sahaja tau, kita sendiri.. kalau ada idea yang kreatif yang sesuai untuk dikembangkan menjadi sesuatu yang baru dan inovatif turut boleh menyumbangkan idea tersebut melalui laman web PatternMall ini dan secara tak langsung.. kita dapat menjana pendapatan melalui paten yang kita iklankan.


Thursday, February 18, 2016

5 Tempat Menarik Yang Harus di lawati di Penang


Assalammualaikum

Keknil nak share previous trip Keknil ke Penang hujung tahun lalu.. sebenarnya, trip tu antara jadi atau tidak sebab tiket yang Keknil beli adalah tiket pergi je.. tiket balik tak beli lagi.. gigih juga la tengok tiket flight yang murah di kala last-last minit ni.. tapi hampa.. jadi kami ambil keputusan untuk balik naik ETS sahaja. Begitu juga dengan hostel yang Keknil book last minit menerusi booking.com



Berikut adalah antara tempat menarik yang Keknil pegi dengan bajet backpackers. Memang bajet ciput sangat.. even kitorang kemana-mana pun dengan menaiki bas sahaja.

1. Komtar
Dari airport, kami terus ke Komtar dengan menaiki bas sahaja. Untuk route Airport - Komtar, tiket boleh didapati dengan harga RM2.70 seorang untuk dewasa manakala RM1.40 untuk kanak-kanak. Perjalanan dari airport ke Komtar lebih kurang dalam sejam macam tu. Tapi.. Komtar dah tak sama macam dulu.. kitorang pun tak jalan Komtar sangat.. just lalu dan amik gambar kat sana je.. landmark Penang tu.. so.. kenalah lalu situ.. Hehehe


tiket bas

dalam bas

bangunan Komtar

2. Penang Grafiti
Ada banyak grafiti yang terkenal kat Penang ni.. dan Keknil tak la pergi semua grafiti tu.. mana yang sempat kami jumpa je... tu pun gigih tau.. dari hostel jalan kaki ke Armenian Park tu sebab nak cari grafiti. Hahaha.. Di sini.. Keknil share beberapa grafiti yang sempat Keknil jumpa.. ada yang berdekatan.. ada yang jauh.. memang menapak juga la kami anak beranak.. tapi hasilnya.. memang puas hati..

wefie dulu







3. Bukit Bendera
Kalau dari hostel Keknil.. untuk ke Bukit Bendera tu kami naik bas dan tambangnya adalah RM2.00 sehala untuk dewasa, manakala untuk kanak-kanak adalah separuh harga iaitu RM1.00 untuk sehala. Tiket untuk naik ke Bukit Bendera pula adalah RM10.00 untuk dewasa manakala RM5.00 untuk kanak-kanak. Tiket ni adalah tiket return so jangan hilangkan tiket pula ye.. di atas Bukit Bendera ni sendiri, banyak tempat yang kitorang pergi.. dan yang paling penting... boleh berphotoshoot.. Hahahaa.. selain tu, kalau korang lapar.. kat atas Bukit Bendera tu ada food court.. no worries kalau korang lapar.. sebab kat sana ada banyak menu yang sedap-sedap bakal dihidangkan..

tiket bas ke Bukit Bendera

kaunter tiket

ramainya orang

budak ni pertama kali naik Bukit Bendera

tiket train

pemandangan Penang dari Bukit Bendera 

photoshoot time

anak beranak

ewahhhh

amboiiiii

hubby and wifeyy

Iman buat apa tu?

tangkap awan katanye

dah tangkap.. nak tiup pulakk

replika train Bukit Bendera

ada Frozen dan 5D show

pakai kasut plastik dulu

layan budak suka Frozen





mercu tanda Bukit Bendera

food court Bukit Bendera

ABC Buah Bukit Bendera.. meriah uolsss

char kuey teow Bukit Bendera

4. Padang Brown
Dulu ada kawan Keknil yang memang orang Penang kata, kalau nak makan best.. tak yah pegi Padang Kota.. sebab Padang Kota dah tak best macam dulu.. even makanan kat sana pun dah mahal.. yang lagi best.. ada sorang driver bas yang kami naik masa balik dari Padang Brown ni kata, "kami orang Penang pun dah tak pi Padang Kota" kikikii... Kawan Keknillah yang memperkenalkan Keknil dengan Padang Brown.. sejak tu.. asal mai Penang.. memang Keknil singgah sini.. nak ke Padang Brown ni kalau dari Komtar, boleh naik bas menghala ke Bukit Bendera dan turun kat depan Sekolah Convent. Lepas tu melintas ke arah bertentangan ke arah padang bola. Korang jalan tepi-tepi tu dan akan jumpa macam food court. Memang puas makan kat situ. Kat sini korang wajib try Air Kelapa Markisah atau Air Laici Markisah.. sedap gilakkk... hanya di Padang Brown wokeyyy... selain tu, kalau nak cari Laicikang asli, kat sinilah tempatnya.. semangkuk RM2.50 sahaja.. kitorang siap makan bertambah-tambah.. 

Air Kelapa Markisah


Laicikang

5. Fort Cornwallis
Kalau nak tengok sejarah peninggalan Francis Light.. boleh la ke sini.. banyak barang peninggalan semasa zaman penjajahan dulu. Dan Fort Cornwallis yang sekarang dah tak sama macam dulu.. ianya telah ditambahbaik dan nak masuk pun bukan free tau.. ada bayarannya.. ye la.. nak cover juga kos pembaikpulihan tempat ni kan.. ^_^ Kalau korang nak ke sini.. Keknil cadangkan korang pegi belah pagi atau petang.. jangan datang tengahari.. memang panas berdenting.. kalau nak masuk tengahari.. bawalah payung.. hehehhe


Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang ada kat Penang ni.. dan apa yang Keknil tulis ni adalah diantaranya sahaja. Apa yang Keknil suka tentang Penang adalah ia banyak kenangan indah sewaktu zaman belajar Keknil dulu.. kalau dapat sewa kereta.. pasti lebih banyak lagi tempat yang boleh diteroka. Tapi no worries.. even kalau naik bas pun, still boleh sampai juga.. cuma ada a few tempat yang agak pedalaman tu tak dapat nak pergi.. contohnya, Warung Pak Su kat Juru.. Hahahah.. meroyan kejap tak dapat makan nasi ketam kat Warung Pak Su..

sehingga bertemu lagi


till then,

tatababai

Wednesday, February 17, 2016

Autumn Dihatiku : Itinerary dengan bajet RM1200+


Assalammualaikum

Selepas Keknil share budget trip untuk ke Korea semalam.. ramai orang PM dan emel Keknil.. Keknil pegi mana je dengan bajet yang dikatakan RM1200++ tu.. lepas tu, ada pula yang tanya.. boleh dikatakan hari-hari Keknil beli susu pisang.. sedap sangat ke susu pisang tu? Ada juga yang bertanya.. bajet sebanyak RM1200++ tu termasuk ke Jeju Island sekali ke? Hahaha..

gambar kulit album..

Tuesday, February 16, 2016

Autumn Di Hatiku : Budget Trip


Assalammualaikum

Bercerita tentang bajet untuk 2nd trip Keknil ke Korea baru-baru ni... memang kali ni bajet Keknil sangat tight dan tak sangka.. Keknil boleh survive dengan bajet sebanyak ni..

Monday, February 15, 2016

Piknik di Tasik Putrajaya dengan Shogun2u..


Assalammualaikum

Jumaat lepas Keknil sakan belanja officemate makan sushi kan... balik rumah.. Iman skodeng gambar-gambar Keknil jamu officemate makan sushi.. terus dia jeles.. lepas tu dia pula yang sibuk-sibuk buka website Shogun2u nak tengok apa menu yang ada kat situ.. Hihihiii

Since beberapa har ni Keknil pun tak berapa sihat sebenarnya sebab kaki Keknil macam dah start panas-panas dan merah-merah kan.. jalan pun kalau ikutkan sakit.. tapi gigih sangat nak keje juga sebab keje menggunung.. bak kata Keknil kat bos Keknil.. keje sampai kiamat pun tak habis.. kikikii.. tapi bos Keknil lagi bijak.. dia kata, cuti pun sampai kiamat tak abis.. Hahahah.. okey.. bos Keknil memang kelakar orangnya..

Sambung balik cerita tentang makanan dari Shogun2u ni.. hari ni.. Keknil memang malas nak masuk dapur hari ni.. so, pagi-pagi Iman yang kesiankan Keknil dah tolong godek-godek website Shogun2u dan tolong fikirkan nak order apa.. Gigih sangat kan.. ye la.. order makanan ni tak yah masuk dapur.. baring atas tilam pun boleh buat tempahan.. kuikuikuii

Delivery kali ni Keknil setkan ke opis Keknil sebab kebetulan nak amik barang kat opis..datanglah ke opis dengan seret-seret kaki jugalah.. dapat je delivery dari Shogun2u, terus encik suami decide ajak makan tepi tasik Putrajaya. Owh.. gigih sangat kan seret-seret kaki makan ala-ala piknik tepi tasik.

happy face

tengok tu.. dah tak sabar nak buka

Sampai je tepi tasik Putrajaya kat area Dataran Gemilang tu.. kitorang pun cepat-cepat buka makanan dari Shogun2u ni.. cepat je si Iman ni buka plastik dia sebab dah lapar katanya..

Since hari tu dia leleh-leleh ailio tengok Keknil belanja sushi kat officemate.. so kali ni.. dia pun pilih sushi juga.. encik suami pulak memang nak makan nasi.. so, Keknil order Marmite Chicken.. macam yang Keknil inform dalam entry sebelum ni.. promosi BUY 1 FREE 1 untuk makanan Jepun dan Chinese masih valid lagi.. so, kali ni pun macam tu.. 4 pek makanan.. kitorang makan 3 orang.. pecah perut juga la.. tapi dengan keindahan tasik Putrajaya tu.. sambil makan.. sambil menikmati keindahan tasik.. tu belum lagi kejap-kejap Iman main kat taman permainan.. cepat je laparnya.. lepas tu sambung makan balik..

unboxing

Saisaki Pack dan Marmite Chicken


Marmite Chicken ni sedap.. rasa macam ayam masak kicap.. tapi kicap dia pekat.. fuh.. memang selera la kitorang makan.. Keknil terus lupa yang Keknil tengah sakit.. gigih juga menghabiskan makanan yang ada..



Seronok la Iman dapat piknik tepi tasik sambil menikmati makanan kegemaran dia.. kitorang pun dah lama tak hang out macam ni.. dan maybe lepas ni boleh dijadikan aktiviti bulanan.. nak piknik jauh-jauh pun susah juga.. nak harung jammed lagi kan.. macam sekarang ni.. senang.. order je Shogun2u.. then lepak kat tepi tasik berhampiran..


muka-muka lapar

piknik tepi tasik katanya

aumm..

So.. korang.. kalau merancang nak piknik kat mana-mana ke.. boleh jadikan Shogun2u sebagai pilihan makanan korang untuk dibawa bersama.. since sekarang ada promosi BUY 1 FREE 1.. so.. memang masa yang tepat untuk korang berjimat.. 

Untuk membuat tempahan, boleh layari.. Shogun2u.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Website : www.shogun2u.com



till then, tatababai

What's New
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...