Tuesday, October 25, 2016

5 Keistimewaan Shopping di ezBuy !


Assalammualaikum

Woww.. sejak bizi pindah pejabat ni, rasa lama gile tak shopping online. Bergetar jari jemari ni nak pegang mouse dan keyboard untuk buka segala macam laman web shopping online.. Hahahah..
Nak-nak pula sekarang ni nak hujung-hujung tahun, banyak FLASH SALE di kebanyakan laman web. Dan.. ezbuy,my tidak terkecuali ! Fuhh.. Keknil memang cukup teruja dengan perkataan SALE ni.. datang la apa jua angin ribut taufan sekali pun.. Kalau dah namanya SALE, memang laju je Keknil akan buka laman web ni untuk godek apa barang yang menarik yang Keknil boleh beli.. Hahahah



ezbuy.my bukan sahaja menawarkan pelbagai produk fesyen, tetapi juga produk rumah, kecantikan, sukan, pejabat dan automotif.Memang banyak pilihan yang ada kat sini.. seolah-olah korang melayari sebuah pasaraya besar secara maya. Menarik kan ! Bukan itu sahaja, Keknil nak kongsikan dengan korang 5 keistimewaan kenapa korang mesti pilih ezbuy.my ni !

5 Keistimewaan ezbuy?

1. Daftar dan terus dapat RM15 diskaun voucher
Daftar-daftar je di ezbuy, terus dapat diskaun sebanyak RM15 ! Malah ia juga menawarkan 4 kali penjimatan bila berbelanja di ezbuy ! Yang bestnya, tak perlu nak guna Google Translator untuk translate bahasa sebab ia dan sedia alih bahasakan untuk kita bagi memudahkan kita go thru laman web ni dan membeli belah. Voucher yang kita dapat RM15 tu, kita boleh terus gunakan bagi pembelian pertama kita di laman web ini. Baru pertama beli, dah jimat ! ^_^



2. FLASH DEAL 3 kali sehari
Kalau macam ni punya gaya, setiap masa kena godek-godek laman web ni.. sebab kalau semalam mungkin harga barang yang kita nak tu RM100.. tapi hari ni, tiba-tiba jadi RM15.. tak ke meroyan jiwa dan raga nak membelinya. Dah la dapat jimat, dapat pula cuci-cuci mata dengan pelbagai produk menarik.



3. Diskaun sehingga 70% pembelian produk dari USA
Bagi yang gilakan produk luar negara yang berkualiti.. Hah.. ni Keknil nak bagitau.. di ezbuy ni, korang boleh dapatkan diskaun sehingga 70% untuk setiap pembelian produk dari USA. Tak payah dah susah-susah nak  beli tiket flight je dah RM2k.. lepas tu, nak buat VISA bagai.. bape ratus dah terbang, hotel lagi, transport nak ke butik lagi.. Order je kat ezbuy, banyak dah korang boleh jimat ! Duduk kat opis, goyang kaki, tangan tu klik-klik.. sampai masa.. terus sampai barang ! Woww sangat kan !




4. Produk FRESH dari OVEN dikemaskini setiap minggu
Semua produk yang terkini, terbaru, terhangat dipasaran.. akan sentiasa dikemaskinikan setiap minggu ! Jadi korang tak perlu risau terlepas pandang ke apa.. sebab kat sini, korang boleh sentiasa tengok produk baru dan mana yang berkenan, boleh beli terus. Tak payah fikir panjang. Jadi.. bersedialah jadi orang yang pertama di pejabat korang yang menjadi TRENDSETTER ! Meletup-letup orang tengok korang pakai barang hot yang baru keluar kedai !



5. Pembelian PRIME SERVICE yang menjimatkan
Di ezbuy ni juga.. korang boleh berjimat dengan cara yang awesome ! Sebabnya, bila korang beli sekurang-kurangnya 4 barang menggunakan prime service, korang hanya perlu bayar RM8.80 sahaja untuk kos pos ! Jimat kan... boleh share-share dengan kawan-kawan.. lagi banyak korang beli.. lagi banyak penjimatan yang korang dapat.





6. Kos penghantaran serendah RM4.50/500gram
Korang boleh menikmati international shipping dari RM4.50 bagi setiap 500gram. Murah ni dik ! Poslaju pun tak murah macam ni. Dan tiada agent fee diperlukan bagi menikmati harga ni. Haihh.. teruja betul nak beli barang kat sini. Dah la harga barang pun murah, kos penghantaran pun murah. Memang rugi la kalau tak beli kat sini, dik non !




Dan sekarang ni,ezbuy tengah buat promosi, jika korang menggunakan Kod : ezsh15, korang layak dapat 15% kos penghantaran dari jumlah keseluruhan kos pos yang korang bayar. Super jimat !

Macam mana nak dapatkan kesemua keistimewaan ni? Senang je, klik pada banner seperti dibawah dan... korang akan terus nikmati keistimewaan yang ada ni serta merta !



Selamat bershopping !


till then, tatababai

Monday, October 24, 2016

Kyrgyzstan - The Pearl of Central Asia | Day 5


Assalammualaikum

Berdebar-debar tak baca tragedi Issy Kul dalam entry lepas.. Hahahhaa.. masih terkenang-kenang lagi dalam ingatan ni.. Hahahha.. So takpe.. kita move on.. untuk hari seterusnya, pagi tu kami akan berada 1 hari di dengan aktiviti luar. Pertama kali, haruslah menikmati sarapan pagi di resort kan. Pagi tu kami dihidangkan dengan Nasi Sos.. inovasi dari Nasi Lemak sebenarnya.. tapi sebab dorang ni tak pandai buat Sambal Nasi Lemak.. Makanya, jadilah nasi sos.. Hahahah.. siap dengan telur 2 butir.. Kikikii.. Bagus orang Kyrgyz ni.. dorang sanggup belajar untuk menepati selera orang Malaysia.



Destinasi pertama kami adalah Dungan Mosque yang terletak di Pekan Karakol. Keistimewaan masjid ini adalah ia di bina dengan senibina cina tanpa menggunakan sebarang paku. Memang terpaku dengan keindahan masjid ini. Di luar masjid penuh dengan taman buah dengan buah-buahan seperti aprikot, plum dan ceri. Semuanya manis-manis. Penjaga masjid tu siap suruh kami petik buah-buahan kat situ. Kira memang rezeki kami la, kiri kanan penuh dengan buah buat bekalan sepanjang perjalanan ke destinasi seterusnya. Jom layan gambar sepanjang kami melawat masjid di sini..

Travel Tips : Mempunyai bumbung tiga tip condong, cucur atap diukir-lapis dan tiang luaran kayu yang berwarna-warni mempunyai rupa kuil Buddha Mongolia dibina pada tahun 1910. Luar biasa sekali ia terselamat era awal Bolshevik, yang menyaksikan pada setiap tahun lapan masjid dimusnahkan, kemudiannya ia telah ditutup untuk ibadat pada tahun 1933 dan 1943.




















Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Jeti Oguz Gorge yang merupakan sebuah tempat yang terkenal dengan formasi batu-batu merah yang turut dikenali sebagai Sevel Bulls. Broken Heart Mountain juga turut kelihatan di sepanjang perjalanan kami. 

The 7 Bulls

Broken Heart

Dragon Jorge
Sumber : ZigZag On Earth



Dan kalau korang ingin dapatkan pemandangan yang lebih ohsem.. korang boleh buat trekking di Jeti Oguz ni tau. Macam mana?

Travel Tips ke Jeti Oguz

  • 15-30 minit trekking dari jalan utama ke Broken Heart
  • 45 minit - 2 jam trekking untuk ke Dragon Gorge
  • Di situ, terdapat sanatorium dimana korang boleh mandi air panas
  • Untuk gambar yang lebih cantik di The 7 Bulls, ambil gambar pada waktu lewat petang
  • Sementara itu, untuk mengambil gambar Broken Heart, seelok-eloknya di awal pagi. Tapi boleh juga kalau korang datang pada waktu matahari terbenam kerana ia akan menampakkan batu-batu kelihatan lebih merah.


Memang cantik dan kalau ada masa lebih sikit, memang Keknil teringin nak buat trekking kat sini untuk menikmati pemandangan yang lebih ohsem. Rasanya, kalau nak trekking kat sini, korang perlukan minimum setengah hari untuk cover tempat-tempat menarik kat sini. Tapi no rushing kan ! Korang boleh spend time seharian kat sini. ^_^

Kan kemudian, kami meneruskan lagi perjalanan ke Kok Jayik. Untuk ke sini, kami melalui 7 buah jambatan yang dihubungkan merentasi sungai yang mengalirkan air glasier dari gunung. Melalui 7 buah jambatan ni memang cukup mendebarkan. Mau tidaknya, jambatannya sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan pada satu-satu masa. Jambatan yang dibuat tu bukan jambatan batu tau.. tapi jambatan kayu. Dengan keadaan hujan renyai-renyai dan jalan yang agak licin,  air sungai yang mengalir deras di bawahnya, setiap kali mini bus kami melaluinya, setiap kali itulah kami merasa kecut perut. Berdebar-debar rasanya, bimbang takut kalau jambatan runtuh ditengah jalan.. Hihihihi

Sepanjang perjalanan itu juga, kami disajikan dengan pelbagai pemandangan indah di kiri dan kanan. Terdapat juga Yurt dari saiz sederhana hingga ke saiz besar kelihatan sepanjang perjalanan dan mengurangkan debaran di hati kami apabila melihat anak-anak kecil berlari-larian bermain di keliling yurt.

Lebih kurang dalam 20 minit juga kami mengharungi jalan ke kaki gunung ini. Sehinggalah kami ternampak banyak kuda-kuda bermacam saiz dan warna, tidak lupa juga keadaan kabus yang semakin tebal kerana hampir sampai di destinasinya. Sampai di satu lokasi, mini bas kami berhenti dan kami diminta untuk turun. Rupanya dah hampir sampai. Tapi sebelum tiba di destinasi, kami perlu trekking selama 10 minit untuk ke tempat makan kami. Dan apabila kami sampai.. Subhanallah.. hanya itu yang mampu terucap dibibir kami... pemandangannya sangat indah.. 





















trekking.. melintas jambatan

wallah... pemandangan super awesome


Memang cukup indah. Cuaca yang ketika itu agak sejuk kerana masih dalam keadaan hujan renyai-renyai dengan suhu di kaki gunung yang agak rendah. Ada segelintir kawan-kawan yang dah sarung baju sejuk dan menggigil kesejukan. Sepanjang berada di situ, kami diberi peluang untuk menaiki kuda yang telah disewa khas untuk kami.

Travel Tips : Korang juga boleh menyewa kuda di situ dengan bantuan dari penjaga kuda yang terlatih dengan harga 10 Som seminit. Boleh explore ke dalam pinggiran hutan berhampiran kaki gunung Kok Jayik. Jangan risau.. selamat dengan adanya penjaga kuda yang akan mengiringi kita. 
Yurt yang ada kat sini kebanyakannya perlu disewa. Boleh disewa untuk tujuan penginapan dan juga untuk tujuan santai-santai. Aktiviti kami sementara menunggu makan tengahari disediakan adalah trekking di sepanjang kaki gunung, menunggang kuda dan tidak kurang juga kalau nak mandi manda di anak sungai berhampiran.. Pun boleh.. tapi sejuk gila tauu ! Banyak keldai, kuda malah lembu pun ada kalau nak main kejar-kejar dengan haiwan-haiwan ni.. Huuhuhu

Bagi yang ingin menunaikan hajat.. No worries.. ada tempat istimewa disediakan. Nanti Keknil share gambar tempat yang istimewa tu ye.. ^_^




yurt yang kami sewa



Kuch Kuch Hota Hai




tandas awam. Air? Boleh cedok air dari anak sungai.. 






dapur

kami dalam yurt. Lunch time !

buah-buahan.. manis sangat... sedap !

semua ni dorang stim. Memang makanan sihat. Dan sedap !


bergambar bersama pemilik yurt dan rakan yang lain




Kami menghabiskan masa di sini lebih kurang 4 jam. Memang puas menikmati pemandangan seperti ini. Breathtaking ! Menjelang petang, kami pun beransur dan kembali ke resort. Macam biasalah.. turun je dari kaki gunung, semua pun berebut-rebut cari tandas. Kami singgah seketika di stesen minyak dan menggunakan tandas yang ada. Bersih ! Cuma perlu bawa botol / wet tisu / spray untuk cebok ! Hihihih


singgah kejap.. buang ayaq

mini bas kami.. hehehe

abam bas

Sampai ke di Ayan Resort, kami terus disajikan dengan makan malam. Memang lapar pun sebenarnya sebab lunch tadi tak dapat nasi kan.. hahahha.. Tekak melayu sangat. So malam tu bila dapat nasi, dapat pula tambah serunding.. Fuhh.. laju je sauk nasi tu masuk dalam mulut. ^_^

Dinner...

Esok, kami akan melawat Perkampungan Budaya Rukh Ordo. Ada apa kat sini? Tunggu entry Keknil seterusnya.. ^_^


till then, tatababai