Wednesday, January 11, 2017

Ada masalah kesihatan? DoctorOnCall kan ada !


Assalammualaikum

Selalu kalau kita sakit.. kita buat apa? Mestilah pegi klinik kannn... takkan update status kat Facebook pulak.. Ehhh....  ^___^  Nak dijadikan cerita, minggu lepas Keknil dah muka semacam dah.. tak sedap badan dan asik bersin je.. Hahh.. ni tandanya nak batuk ngan selesema la ni.. tapi nak pegi klinik.. asik tak sempat je.. balik dah kelam kabut amik Iman.. lepas tu nak terus balik siapkan dinner dan macam-macam lagi.. Memang tak sempat.. Jadi.. bila Keknil diperkenalkan dengan perkhidmatan DoctorOnCall, Keknil terus rasa macam woowwww... ini sudah bagus.. tak yah buang masa, bazir minyak, parking bagai nak pegi klinik.. Keknil boleh dapatkan on the spot dari opis sahaja. Eh.. kalau nak buat dekat rumah time golek-golek atas katil tu pun boleh tauuu... takde masalah.. tapi kang korang malu la sebab doktor tu nampak korang tengah bergolek.. Hahh.. pakaian biar proper, hokeyyy ^_^

muka orang tak sihat

Senang sangat nak guna perkhidmatan DoctorOnCall ni... Pertama sekali.. kena la register dulu kan.. Sila ke laman web www.doctoroncall.com.my  

muka hadapan laman web

Lepas korang Register dan Login, korang akan ditanya beberapa soalan umum. Contohnya, kalau korang ada masalah kesihatan khusus macam Appendix, Period Pain atau anak demam nak tumbuh gigi ke... boleh pilih.. Macam Keknil.. since masalah kesihatan yang Keknil hadapi cuma batuk dan selesema je.. so, Keknil just pilih General Health dan condition kesihatan Keknil adalah Batuk dan selesema..


Kemudian, korang boleh pilih Option samada nak berbual dengan menggunakan Audio, Video atau Chat sahaja. Untuk perbualan melalui Chat adalah PERCUMA sahaja tetapi korang tak dapat la bercakap dengan Doktor. Perbualan secara Chat hanya melibatkan soalan general sahaja. Jadi, better korang pilih perbualan melalui Audio atau Video.

First consultation adalah PERCUMA tapi macam Keknil hari tu, Keknil bayar RM19.99 untuk consultation. Tapi still murah juga kan berbanding jika ke klinik dengan pelbagai extra cost. ^_^ Pilihan perbualan Keknil adalah melalui Video..

So, lepas korang buat bayaran tu, perbualan korang akan disambung melalui video dan doktor akan tanya la apa masalah korang dan korang just berinteraksi macam korang tengah berada di hadapan doktor..

Kelebihan perbualan melalui Video ni adalah doktor boleh nampak kita dan dia boleh tau muka kita ni pucat ke tidak.. Macam Keknil yang demam ni.. Automatik doktor tu tau.. yang Keknil ni dah start batuk dan selesema. Dan tak perlu risau.. doktor yang akan entertain korang ni adalah doktor yang bertauliah ye.. bukan doktor cucuk sendiri hokeyyy...


Jadi dia sarankan beberapa jenis ubat yang Keknil perlu amik. Ubat tu harga lain tauu.. Dorang akan hantarkan prescription melalui emel dan korang boleh view senarai ubat dan harganya dan proceed untuk proses pembayaran ubat.



Tu diaaa.. Ubat demam uolssss... Mudah kan.. Lepas buat video call ni.. tak yah drive kemana-mana.. Terus shut down PC dan amik bantal tido tunggu ubat datang.. gituuu ! ^___^

Korang pun boleh cuba untuk perkhidmatan ni dan Keknil jamin, korang akan suka sebab akan mudahkan korang dalam banyak perkara... ^_^

Untuk maklumat lanjut,
Facebook: Doctor on Call




till then, tatababai

Tuesday, January 10, 2017

New Year Look by FirdusFatin Make Up Artist


Assalammualaikum

Sempena tahun baru hari tu, Keknil diberi peluang untuk disolek oleh MUA Firdus Fatin yang comel. New year, new look !

Siapa Firdus Fatin?
Pemilik nama Siti Nurfatin ni yang juga merupakan seorang Guru Tadika memang dari kecik suka main mekap-mekap. Keknil sempat berbual mesra dengan ibu Fatin yang selalu jadi model Fatin ni hah. Bukan sahaja ibu Fatin, adik beradik Fatin ni selalu juga jadi mangsa mekap-mekap by Fatin ni. Nampak la minat conteng-conteng muka Fatin ni telah diasah dari kecil lagi kan. Dengan minat yang mendalam dalam bidang ini, Fatin telah belajar secara serius ilmu kecantikan ini dan akhirnya telah berjaya menjadi MUA sambilan. Jangan tak tau, baru-baru ni beliau telah memenangi Plussize Ambassador Search Malaysia 2016 dan beliau juga merupakan seorang model Plussize. Wahhh.. adore sangattt !!!

Cikgu Fatin

Mekap Tahun Baru
Keknil ni memang jarang sangat mekap.. kalau mekap pun.. light-light setakat pakai BB Cream atau BB Cushion je.. gile pemalas nak mekap kan.. Hahahha.. Jadi bila sesekali mekap.. Macam gini hah.. sampai orang tak kenal Keknil yang mana satu.. Hahahahah.. Nampak sangat la berubah kan..



Gambar sebelum mekap. Ni pakai BB Cushion je tau...

Tapecaya? Jangan pengsan pula lepas tengok perubahan pada wajah Keknil.. (larik...)

Ehem....
.
.
.
.
.
.

Cakkk...
.
.
.
.

Tadaaa...
.
.
.
.

kite posing kat tangga pulak

Amacam.. comel tak?



Comel kan mekap by FirdusFatin ni.. Kalau korang suka dan ingin cuba mekap dari FirdusFatin ni, boleh hubungi beliau seperti maklumat di bawah:

Facebook : Wardah Hati
No Telefon : 019-684 4088

till then, tatababai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...