Wednesday, February 22, 2017

Persediaan Travel Ketika Musim Sejuk


Assalammualaikum

Ini bukan kali pertama Keknil travel pada musim sejuk. Cuma kali ni, tempohnya lebih panjang dan agak berangin. Jadi.. ini adalah antara persediaan yang perlu Keknil buat untuk menghadapi musim sejuk di Jepun. Kenapa Keknil travel time musim sejuk? Sebab Keknil dapat tawaran untuk menghadiri kursus di JICA Tokyo, Jepun. Boleh refer entry sebelum ni.. ^_^

1. Pakaian

Make sure pakaian yang korang bawa sesuai dengan cuaca ye. Kalau pergi time musim sejuk, janganlah korang bawa baju nipis. Merana nanti tak boleh keluar berjalan.

Sumber : Google



2. Long John

Ini wajib kalau korang takmo pakai baju tebal-tebal. Ada sesetengah long john yang kalau kita pakai, kita rasa gatal. So, sebelum sarung long john tu, pakai la inner nipis dulu, kemudian baru sarung long john. Lepas tu, baru pakai t-shirt ke, blouse ke, kemeja ke, kurung ke, atau lain-lain. Lain orang lain ketahanan badannya, Jangan ikut Keknil, Keknil jarang pakai long john tu sebab panas. Kalau pegi official visit pakai baju kurung pun, Keknil pakai macam pegi keje biasa tu je.. lepas tu sarung office coat. Sebab tu kalau korang tanya, tak sejuk ke kat sana? Keknil tak reti nak jawab macam mana. Ada yang tak tahan sejuk, ada yang tahan sejuk.. So, depends korang macam mana.



3. Winter Coat

Bawa dan pakai la winter coat / wind breaker setiap kali korang keluar. Sebab kalau setakat long john je.. memang tak tahan. Orang Jepun sendiri kalau keluar time winter ni takde nye nak acah-acah pakai seluar slack dan kemeja semata-mata. Kalau tak sejuk takpe.. just biarkan badan kita berpeluh dari korang rasa sejuk sepanjang hari. Atlis bila badan korang berpeluh, badan korang akan keluarkan haba untuk memanaskan badan korang time sejuk ni. Keknil sendiri walaupun kalau pakai segala mak nenek tu rasa panas, biarlah.. hari-hari basuh baju pun takpe.. sebab nak bagi badan berpeluh.  Remember, don’t challenge the weather !



4. Sweater

Tak perlu bawa pun takpe sebenarnya, tapi Keknil bawa la juga sebab ada sesetengah tempat Keknil pergi tak perlu la pakai winter coat bagai. Tapi just in case kan.. ^_^



5. Shawl / Mafla

Sila bawa shawl atau mafla untuk protect leher korang. Leher ni antara bahagian badan yang nipis, gunakan shawl atau mafla yang sesuai untuk panaskan leher korang. Selain tu, fungsi shawl ni boleh guna untuk tutup hidup. Beli yang panjang pun takpe.. Walaupun di Tokyo ni Keknil belum jumpa snow lagi.. tapi sejuk tau ! Takut kulit kita tak tahan dan jadi kering. Tu belum lagi dengan angin kering dia lagi.. Boleh menyebabkan kedemaman atau sakit tekak. So, jagalah kesihatan. Ataupun kalau korang malas gile nak bawa shawl / mafla, sila bawa penutup hidung.. Also good untuk beri kelembapan pada bahagian mulut dan hidung korang..



6. Baju / Seluar

Bawa yang sesuai. Nak bawa t-shirt okey, tapi make sure berlengan panjang atau pakai long john sebelum keluar. Seluar seboleh-bolehnya bawa jeans. Sebab ia tebal dan tahan lasak. Keknil tak bawa jeans.. tapi bawa seluar keje dan ada juga bawa legging. Jadi kalau keluar, pakai legging je ko ! Laju sikit jalan.



7. Pencuci Muka / Moisturiser

Bawa pencuci muka jenis cream / foam. Boleh je kalau pakai jenis sabun buku tu. Tapi macam Keknil tak tahan sebab nanti kulit jadi kering. So, Keknil bawa pencuci muka jenis krim. Tak perlu kerap cuci muka, tapi keraplah pakai moisturiser. Setiap kali basuh muka, pakai moisturiser. Jangan bajet-bajet ko duduk dalam bilik je tak keluar, tak payah pakai moisturiser.. Tak boleh ! Kena pakai juga. Cuaca sini sejuk dan kering ye. Bukan macam Malaysia, cuaca panas dan lembab ! Apa yang Keknil buat, kalau pagi sebelum keluar ke kelas (walaupun hanya dalam center), Keknil akan pakai 2 kali moisturiser. 1 kali moisturiser, 1 kali sunblock dan 1 kali moisturiser. Baru pakai bedak and so on. Tak payah ajet-ajet nak muka Jepun sangat.. dorang memang dah biasa dengan cuaca kat sini. Kita ni hah yang tak biasa. Kalau malam pulak, lepas mandi dan solat, Keknil tak pakai moisturiser, Keknil akan pakai Sakura Mask dari Seqy Beauty.. sapu seluruh muka dan leher untuk melembabkan muka. Then biarkan sampai pagi. Kalau agak-agak muka extra kering pada hari tu, boleh apply Sakura Mask dari Seqy Beauty lagi sekali sebelum tidur.  Insya Allah.. esok paginya.. kulit akan terasa segar dan tak kering. Itu yang Keknil amalkan selama beberapa hari Jepun ni.



8. Losyen Pelembab Badan

Selain tu, losyen pelembab badan jangan di lupa ye. Setiap kali keluar, sapulah losyen tu. Jangan malas. Nanti kulit kering keras jangan mengadu kat Keknil pulak ! Macam Keknil ni punya la over rajin sapu losyen sampai belum 10 hari kat sini, losyen dah nak abis. Nak beli kat sini, rasa macam mahal. Hahaha.. Jadi apa yang Keknil buat, lepas mandi, tekan 1 kali kat Sakura Mask dari Seqy Beauty, lepas tu satu kat badan. Jadi Sakura Mask tu akan bercampur sikit dengan baki-baki air kat badan tu.. dan bila korang sapu.. secara automatik 1 sip tu cukup untuk 1 badan. Jimat dah kat situ.. 1 produk untuk semua.



9. Lip Balm / Vaseline

Dah jaga muka, jaga badan. Jangan lupa jada bibir. Bibir adalah antara kawasan yang cepat kering. Sentiasa pakai lip balm atau vaseline. Ada macam-macam jenis lip balm korang boleh beli. Kalau bibir korang kering, jangan kopek. Sapu je dengan lip balm tu.. nanti lama-lama kulit yang kering tu akan jatuh. Jangan malas tau !



10. Kasut / Stoking

Pakai kasut dan stoking yang sesuai. Keknil pegi untuk urusan rasmi, jadi kasut tumit kenalah bawa. Tapi kalau keluar, jangan buat pasal pakai kasut tumit ye. Kalau takde boot, boleh je pakai sport shoes. Takde masalah asalkan selesa. Pakai stoking yang sesuai. Kalau setakat untuk berjalan, stoking tak perlu tebal, hanya sekadar menutup kaki sahaja. Kalau korang nak pegi main snow, stoking tu biarlah tebal dan panjang ye. Kasut ni pun memainkan peranan yang penting sebab kalau salah kasut korang pakai, mood korang untuk berjalan pun kelaut dengan tumit sakit la, kaki bengkak la.. So.. tak perlu nak bergaya sangat dengan kasut boot tinggi-tinggi tu. Better pakai boot biasa atau nak senang.. sport shoes je la..



11. Ubat-ubatan

Ubat selesema, panadol, ubat tahan muntah.. ni antara ubat yang penting korang kena bawa. Keknil datang sini, cuma bawa Strepsils je. Hahahha.. Sebab kat sini ada provide klinik which kami boleh dapat FREE CONSULTATION dan ubat. Jadi takde masalah. Selain tu, bawa la juga gula-gula atau asam-asam ke.. untuk tekak-tekak cepat loya macam Keknil ni.. semua tu perlu.



12. Gajet

Rugilah korang dah datang jauh-jauh ni tanpa gambar kenangan kan  Bawa la apa jua gajet yang korang ada. Kamera, Go-Pro, iPhone, handphone dan sebagainya. Jangan lupa bawa power bank ye.. Sebab bila cuaca sejuk ni, bateri cepat drain walaupun korang tak guna telefon tu.

Sumber : Google


13. Beg

Setiap kali keluar, bawa beg yang sesuai. Kat Jepun ni kalau korang keluar time peak hour. Bersedialah korang kena himpit dalam subway tu. Memang dia akan sumbat sesardin-sardinnya. Keknil dah rasa dah.. memang lepas gile dalam train tu hah.. dengan macam-macam bau.. Adoi doii.. But atlis dapat la experience kan. Bersyukurlah, Malaysia masih aman. Hahahah.. tetiba. Maksud beg yang sesuai tu, macam kes macam ni la.. bila korang bawa beg besar-besar naik train ni.. susah korang nak bergerak kuar masuk train. Silap-silap, beg korang dapat masuk.. tapi korang yang tertinggal. Acaner tu?

Koleksi beg masing-masing.. Hhahaa


14. Botol Air / Spray

Kat Jepun ni tak perlu risau.. ada je air dalam tandas tu. Tujuan botol air ni adalah untuk mengambil wudu’. Tak semua tempat ada sediakan tempat amik wudu’ ye. Jadi, boleh jadikan botol air ni sebagai tempat untuk ambil wudu’. Air sangat sejuk jadi silalah bertabah.



15. Telekung / Stoking dan Sarung Tangan

Bagi yang perempuan, Keknil sarankan tak perlu bawa 1 set telekung tu. Just bawa telekung dan stoking. Atau kalau rasa telekung tu sendiri berat nak bawa, okey takde masalah. Bawa sarung tangan dan stoking (selain dari stoking yang korang pakai dengan kasut tu) Tapi kalau rajin, boleh je bawa 1 set telekung tu. Kalau ada towel kecik atau kain batik pun boleh bawa juga.. gunakan sebagai alas untuk solat nanti.

Ini antara persediaan travel yang Keknil sendiri sediakan sepanjang Keknil berada di Jepun. Lagi lama, lagi banyak barang yang korang perlukan.. tapi no worries, sebab kat sana ada banyak convenience store yang murah-murah. Kalau rasa macam malas nak bawa dari Malaysia, beli je kat sana. ^_^





till then, tatababai

7 comments:

  1. Assalamualaikum ...
    wahhh untunglah dapat g tokyo...

    sis dari jpa ea? kawan wan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. :) wan mana ek? hahahha.. ramai sangat nama wan ni.. :D

      Delete
  2. spot najjah and de gang in de picture...hihihi

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. good info..orang yang pernah mengalami pengalaman winter jer boleh create tips2 yang berguna ni. Macam saya dulu, lom pernah lagi gi mana2 time winter. Habis gatal2 badan sebab kulit kering. Bila kena air punyalah pedih. Patutnya badan tu kena lumur dengan lotion etc..tapi saya tak..haish. Nak polo instagram boleh?? saya request, if ok then approve lah ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kali ketiga saya travel time winter.. dulu travel memang kulit smpai pecah.. pedih jgn cakap la.. kali ni dah boleh prepare.. siap ada list brg apa nk bawa time winter, summer, autumn, spring.. cuma kali ni kena extra brg sebab official.. jd mcm kasut pun smpai 3 pasang saya bawa.. haahahha

      jemput follow saya di mana2 media sosial.. ^_^ appreciated it !

      Delete
  5. pergh !! cayalah kaknil !! hee~ mentang2 nak g korea eh.. hee~ jangan lupa kirimkan angin korea kak !!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^