Thursday, March 30, 2017

Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 6


Assalammualaikum 

Hari ni satu hari kami akan berada di JICA Center untuk lecture  dan perbincangan kumpulan. Tajuk lecture pada hari ini adalah : Project Management Methods (Accessing Standardizing Activities by using PCM Method and Group Discussion on factors necessary to maximize consumers benefit)






Tu dia tajuk… mereput la ko mengadap lecture ni satu hari. Lecture ini disampaikan oleh Mr Tanaka dari TSANSSEA LLC. Sebenarnya topik ni sangat menarik sebab beliau banyak berkongsi tentang tatacara dan kaedah tentang pengurusan projek dan membuat perancangan.



Satu hari kelas ari ni, turut diadakan perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan oleh negara masing-masing. Masa ni semua nak tunjuk terer kan. Huahuahua… Semasa perbincangan kumpulan, Keknil ditempat dalam satu kumpulan dengan wakil dari Laos dan Papua New Geinea. Tak susah nak communicate dengan dorang sebab kitorang semua broken English.. Kahkahkah.. Yang fluent dan yang tolong bantu kitorang adalah Gabriel dari Papua New Geinea tu hah.. Keknil bercakap dengan wakil dari Laos ni punya la susah.. Laju sangat kita cakap agaknya sampai asik soh ulang-ulang soalan. Last-last lukis je bagi dia faham, tergelak Gabriel tu hah.. Kikikikii…




Sebenarnya tak susah pun nak communicate.. tapi bila nak bercerita tentang isu teknikal.. dorang pun ada technical wording yang tak penah kite dengar dan begitu juga sebaliknya. Jadinya, dengan lukisan tu mungkin lebih faham. Huhuhuuu…

Sesi lecture, knowledge sharing dan presentation di buat dalam jam 3.30 petang.. dan lepas tu ada Q&A dari peserta lain. Dan kelas tamat pada jam 4.00 petang.. Yeayyy.. leisure time.. Muahahha..

Tapi sebelum tu, kena standby sebab esok ada country report presentation.. Fuh.... dalam leisure tu ada debarannya.. tapi dulik... jalan tetap jalan.. Kahkahkah




Balik bilik, solat maghrib dan terus bersiap untuk dinner dan keluar ukur jalan.. Kuangkuang.. So malam ni, kami ukur jalan area Nishihara Street je.. besar la juga area ni.. nampak macam kecil je kan.. siap sesat-sesat lagi.. 2 jam ukur jalan naik turun bukit.. lepas tu kitorang pun kembali ke pangkal jalan.. amik laundry.. kemas-kemas barang.. dan godek-godek slide untuk country report presentation keesokan harinya..





Oyasuminasai.. 

till then, tatababai

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^