The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Wednesday, March 8, 2017

Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 1


Assalammualaikum

- Please respect the blog owner, do not copy the photo without permission -

Berdebar rasa sebab pertama kali ke luar negara atas urusan rasmi. Selalu pegi jalan sendiri je kan. So, bila travel ke luar negara atas urusan rasmi.. Sorry la.. memang takde la nak bawa bekpek bagai.. Keknil seret 2 beg tarik okey.. ko ase? Nangis orang Jepun ni seret beg kitorang yang kalah orang balik kampung.. Adeih.. Kesian pun ada.. tapi peluang tak datang berkali-kali.. Apatah lagi segala kos ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Jepun.. Huhuhuu..

my bag

jom check in

KLIA

Kami seramai 3 orang dari agensi yang sama akan menghadiri kursus Improving ICT Policy Promotion Skills Utilizing Standards - overcome challenges by deployment of ICT infrastructure corresponding to the situation.. Fuhh.. panjang nama kursus ni… Tak lama pun.. 18 hari sahaja.. lebih kurang 3 minggu… Lama ke? Ehh.. ada lagi yang lama tau.. yang 3 bulan ada.. yang 6 bulan pun ada.. bagi yang bujang okey la.. bagi yang dah berkeluarga… Fuhh.. besar cabarannya tu.

tazzabar

abaikan jari gemuk

tu flight Keknil

Bersama-sama kami dalam flight NH816 ni adalah 3 orang wakil dari DOSM yang akan menghadiri kursus lain tapi lokasi penginapan sama dengan kami iaitu di JICA Tokyo. So, memang kami together-gether la berenam tetiba dah macam kawan baik. Padahal baru beberapa kali jumpa tu. Penerbangan dari KLIA ke Tokyo melalui ANA.. Alhamdulillah.. perjalanan smooth sangat dan ada 2 kali makan, entertainment dan amernity seperti bantal dan selimut untuk keselesaan kami walaupun di kelas ekonomi. Maklumlah.. perjalanan bukan sekejap. 7 jam.. kematu montot sempat layan 3 movie, dengar 2 set lagu, 1 kali tido. Fuhh.. Pramugari dia pun cun-cun ar.. Suara lembut dan asik senyum je. Hihihi..

jangan lupa isi borang ye

ANA seating.. luas juga 3-3-3 seating depan tu business class nye seat

sedap air Toray ni.. rasa Jepun.. hahaha

1st inflight meal. semua sedap.. nyum nyumm

3 of us.. muka lapar.. Kah !



2nd meals.. pun sedap gak walaupun sejuk.. Hihih

Kami tiba di Narita International Airport pada jam 3.20 petang waktu Tokyo..

Travel Info : Waktu di Jepun adalah 1 jam cepat berbanding di Malaysia. So kalau di Jepun pukul 3.20 petang.. di Malaysia baru jam 2.20 petang. Gitu.. 

sampai sudah bumi Jepun

Welcome to Japan

3 of us..

team DOSM..

tunggu luggage

kami yang excited

Turun je dari flight, kena naik bas. Masa tu memang dah ready dengan baju sejuk bagai.. tapi Keknil rasa ekon kat opis tu lagi sejuk kot.. Siap peluh-peluh ni hah.. Adeih.. Mana salji? Mana salji?
Lepas tu sampai kat terminal, urusan imigresen dan amik luggage yang berbeg-beg tu, then terus ke pelepasan kastam. Keluar je dari balai ketibaan, ada representative yang dah sedia tunggu kitorang. Mr Suzuki namanya bersama 2 orang yang lain. Dorang ni punya la nak cepat… sampai nak ajak amik gambar pun tak sempat. Adoii.. Candid je la nampaknya.


Mr Suzuki in action..

Lepas tu Mr Suzuki tanya nak tukar duit tak? Dia bawa ke Money Changer.. tapi kitorang seme dah kaya raya beribu-ribu Yen dah ada dalam wallet ni hah.. Hahahaa.. So, takde yang nak tukar duit. Tapi wakil DOSM rekues nak beli SIM Card. So, Mr Suzuki bawa ke kaunter untuk pembelian SIM Card. Tapi Keknil tengok macam mahal je.. sebab mostly paling lama pun 15 hari. Tu pun dah cecah 4,000+ Yen. Aduduu.. Dorang ni nak duduk 2 bulan.. So, kitorang cari convenient store di ruang basement dan dapatkan SIM Card yang lebih murah iaitu ¥3,000 untuk 2G dan valid selama 3 bulan. Sebab kelas dorang ni jauh kt area Chubu, lebih kurang 1 jam perjalanan. So, nak harapkan wifi semata-mata.. mau sesat dorang tak ke kelas kang.. Tetiba sampai kat Tokyo Disneyland kang.. apa kes.. kikikiii

misi mencari SIM Card

tak jumpa SIM Card yang berkenan dihati.. kita ke tempat lain plak

Jumpa SIM Card murah di Lawson

ini dia...

Then, wakil JICA ni bagi sedikit taklimat.. Macam mana nak bergerak dari Airport ke JICA International Center. Kami di beri tiket bas dan dibawa ke ruang menunggu bas. Perjalanan dari airport ke destinasi seterusnya adalah 70 minit. Masa kami tunggu bas tu pun dah pukul 5.15 petang, waktu Jepun. Gelap dah wei.. Beg setiap seorang di tag dan kami diberi nombor beg yang ditag bagi memudahkan urusan pengagihan luggage semasa turun dari bas nanti.

jangan hilangkan tiket

kesejukan sampai ketar tangan

beg kami

Airport Limo

beg Keknil

simpan nombor beg elok-elok

staff Airport Limo akan check dan tag bag

Bas pun jalan.. babai Mr Suzuki dan kawan-kawan. Tak sempat nak ajak selfie. Dorang tak ikut.. dorang hantar sampai bas jalan je. Lepas tu sepanjang dalam bas.. memang mereput la.. bas pun berdesup laju je.. Rugilah kalau Keknil tido kan.. So, sempat la menyaksikan pemandangan Tokyo pada waktu malam. Nak amik gambar? Huhh.. Memang tak sempat la nak.. Bas pun laju beno.. Apa yang sempat je.. Huhuhu

ni pukul 5.15 petang ni

dalam bas

nampak ferris wheel besar.. tapi lalu je...

dah sampai Tokyo City Air Terminal

Kemudian kami sampai di Tokyo City Air Terminal dan ada representative JICA yang lain pula sedang menunggu. Dahsyat dorang ni.. sangat punctual. Dari sini, kami naik teksi la pulak. Ada 7 orang kesemuanya, lagi sorang tu tak kenal dari negara pasir berdengung mana tah.. Adeih.. senyap je dalam teksi.. Ntah-ntah satu course dengan kitorang.. Kikikii.. Korang bayangkan ek.. Setiap sorang bawa 2 beg + 1 beg notebook. 2 teksi… Memang penuh gile bonet teksi tu.. Paling tak boleh blah.. 2nd teksi tu seat depan tu dia buat letak beg je.. Hahahha.. Geleng kepala pakcik teksi tu tengok barang kitorang. Beg semua beso-beso.. Ada yang bawa kotak lagi.. Hahahaha.. Kelakar bila ingat balik.

dah ada yang tunggu

berkejar-kejar sebab teksi dah tunggu

2 teksi kesemuanya

gigih pakcik teksi masukkan beg dalam teksi

kotak pun hado

Lepas operasi sumbat beg.. teksi pun jalan.. Fuhh.. masa ni dah lapar gile dah.. perut dah kruk krak kruk krak.. Pakcik teksi bawa teksi macam tak cukup tanah.. Asam Pikin tu jangan cite la.. dah 3-4 kali telan macam kunyah gula-gula. Adoii.. Perjalanan dalam teksi tu dalam 40 minit. Dan akhirnya, sampai juga kami di JICA International Center, Tokyo.


on the way ke TIC

Sampai je.. kami diberi taklimat ringkas yang dipaparkan di TV. Lepas tu setiap seorang diberikan satu paper bag yang berisi keperluan seperti tuala, sabun, selipar dan berus gigi. Hahh.. Menda tu la yang korang kena guna pakai balik ye. Memang takde bagi lagi dah.. Kalau duduk situ 6 bulan.. 6 bulan tu la kena pakai tuala yang sama. So, sila rajin-rajinkan diri pegi laundry. Sabun pun ciput je. Nasib Keknil bawa barang peribadi sendiri. Kalau tak mereput la ko situ.. Hahahah

dah sampai.. register please

WIFI yeayyy


tuala, berus gigi, sabun mandi dan syampu.. pakai la ni selama 18 hari

Then.. kami diberi kunci bilik, meal card, kad pengenalan diri dan surat kursus yang berisi maklumat penuh tentang kursus kami. Since kitorang dah kebulur.. jadi tak payah la naik bilik dulu.. kita makan dulu.. Ruang makan di aras bawah. Turun tangga je dan café di sebelah kiri. Masuk café je, di ruang sebelah kanan ada sample menu beserta dengan harganya. Hahh.. bajet-bajet la kat situ.. Sebab nanti dia akan tolak dari kredit meal card yang kita dapat tu. So, beringat la jangan makan macam tak penah jumpa makanan. Meal card tu untuk 18 hari. Bukan 8 hari.. Kalau meal card tu habis sebelum abis kursus. Baki 10 hari tu sila puasa.. Confirm kurus.



ID ni kena pakai selalu dan meal card


lounge

Macam sudu garfu.. ada disediakan.. tapi kalau korang tak yakin.. makan la pakai tangan ke atau bawa la sudu garfu sendiri. Macam Keknil.. Keknil bungkus sudu garfu kat flight tu.. Hihihi.. So, pakai je la kan.. Ada peserta lain yang makan pakai tangan. Ada je sinki nak basuh tangan.. ^_^

variety choice of meals

my first meals in TIC.. sedapppp

Lepas makan, kitorang tak terus naik.. dok berwifi dan update segala mak nenek status kat media sosial termasuklah yang tersayang. Wifi di JICA Tokyo plak.. cuma ada di Lobi sahaja. Takde wifi dalam bilik ye.. Tapi kat dalam bilik ada Internet cable.. so, kalau bawa notebook.. bole la ko tengok Tonton VIP ke.. Skype ke.. Line laju baq hangg !

bilik Keknil

dari pandangan dalam

bilik air

Lepas dah update kat yang tersayang.. kitorang pun seret beg menuju ke lif. Di JICA Tokyo ada lif disediakan ye. Kalau di JICA Okinawa takde lif. Tapi kat Tokyo ni kalau takde lif, Keknil tak tau nak cakap apa.. Sebab kitorang masing-masing dapat kat Tingkat 6 dan 8. Ni tak payah tunggu 18 hari.. 2 hari kat sini confirm kurus.. Tapi.. tak sempat la nak kurus cepat kan.. sebab ada lif untuk kami seret beg.. Hehehe.. Bilik sorang satu ye.. So, memang lonely gile.. dengan takde wifi dalam biliknya.. Sila berhuhuhu..

view dari balkoni bilik

Lepas masuk bilik, refreshkan diri.. rehat dalam 10 minit.. lepas tu Keknil pun kuar dengan geng Keknil. Nak ukur jalan katanya. Since Keknil rasa Keknil masih boleh tahan lagi dengan cuacanya, so Keknil pakai hoodie KBBA sahaja. Tu pun berpeluh. Tabah la nak.. ko ni kulit naga ke apa?
Ukur jalan dalam 2 jam.. cuci-cuci mata area Nishihara nun.. survey-survey tempat mengopi, mengeteh, mengedet.. Eh… Lepas tu, balik ke center. Lepak setengah jam kat lobi.. then naik bilik unpack beg yang 2 ketul tu. Baru la rasa ringan sikit mata memandang.

jom keluar

Nishihara Street area

kedai murah-murah


street photo

Sambil selak-selak jadual kursus.. Wowww… lokasi site visit sangat ohsem.. Hahh.. tunggu next entry Keknil meroket laju-laju...


till then, tatababai

0 orang suka:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^