Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 4

Assalammualaikum

Ko datang Jepun bukan hari-hari kan.. Jadi pagi ni bangun je memang ko terus rasa segar la.. Padahal malam tadi ko nye tekak meloya macam mengandung 4 bulan. Hahahah




Today is leisure day.. Yeayyy..  Kemana kita hari ni? Hahh.. kitorang bercadang nak pegi ke flea market di Shinjuku..

Route : Hatagaya Station – Shinjuku Station (Keio New Line)
Fare : 130 Yen (one way)

Dari Shinjuku Station, just follow ke arahh West Station.. jalan menghala ke Government Metropolitan Office. Dalam 20 minit perjalanan macam tu sebab kitorang banyak berhenti amik gambar.. Kuangkuang.. Lepas tu saje nak killing time sebab tunggu Emi (peserta dari JICA Tsukuba) join kitorang.





Subway station di Tokyo ni tak macam kat Korea tau.. kalau kat Korea.. ko masuk subway station je akan rasa suam-suam macam tu.. kat sini.. dalam subway station pun sejuk.. berbungkus la macam pengganas memasing sebab ada yang tak tahan sejuk.


Flea Market yang kami nak pergi adalah di Shinjuku Chou Park. Tepi jalan besar je.. Tapi sebelum tu, kami ada singgah di satu flea market yang kecik sikit berdepan dengan Keoi Plaza.. banyak juga hasil tangkapan dorang ni hah.. ada yang beli cawan, gelas, mangkuk, tak kurang Japanese art. As usual, kat flea market sini boleh tawar-menawar. Jadi tawarlah harga yang paling reasonable korang boleh tawar.







Lepas tu, kitorang pun bergerak menuju ke Shinjuku Chou Park dimana terletakkan flea market. Lokasi flea market tu terletak betul-betul di tepi jalan besar, di satu kawasan sebesar padang bola. Memang besar. Tapi yang meniaga pun tak la ramai sangat cuma memang meriah la.. kat sini pun korang boleh tawar menawar harga dan yang paling penting, memang murah yakmat ! Ada kawan Keknil yang beli baju berhelai-helai dengan harga 100 Yen sehelai. Bajunya pulak masih elok. Dah la beli sampai 5 helai.. patutnya 500 Yen.. tapi dia boleh bagi diskaun lagi untuk total 5 helai tu 300 Yen je.. Memang rambang mata weiiii ! Ada juga kimono dari harga serendah 500 Yen sehinggalah ke 100,000 Yen. Korang kiralah sendiri ! Kikikii.. Tapi yang murah tu yang plain la.. takde corak-corak. Kalau yang ada corak-corak sakura tu.. mahal la.. kimono tak dijual set ye.. so kena beli asing-asing. Keknil beli sepasang kimono untuk melaram nanti.. Ahaksss…















Dah habis soping sakan kat Shinjuku Chuo Park ni, kitorang pun pergi la jumpa Emi kat depan Hyatt Hotel. Lepas tu kitorang decide nak masuk Government Metropolitan Office sebab katanya dari situ boleh tengok pemandangan Tokyo dari tingkat 45. Jadi menapak la kitorang ke bangunan kerajaan tu hah.. Dekat je dari Shinjuku Chuo Park. Korang boleh tengok bangunan yang paling tinggi kat area situ, itulah dia Government Metropiltan Office tu.






Untuk naik ke atas ni adalah PERCUMA ! So kalau korang nak berjimat, tak perlu naik Tokyo Tower.. sebab Tokyo Tower pun tak setinggi ni.. Kikikii.. Korang boleh terus ke sini secara PERCUMA dah jimat kos 2 kali makan korang… Huhuhu..  Pemandangan dari atas ni, toksah cakap la.. ohsem sangat.. since waktu kami datang tu tengahari.. jadi pemandangan sangat clear dan kalau korang lucky, korang boleh nampak Mount Fuji. Pemandangan Tokyo dari bangunan ni lagi ohsem dari pemandangan dari Tokyo Tower. Jadi korang boleh pertimbangkan untuk naik bangunan ni dan enjoy FREE view of Tokyo.













Lepas tu, kitorang decide nak pegi cari makanan halal kat area Shinjuku, tapi salah seorang kawan kitorang tercicir glove dia tak tau kat mana. Jadi sementara dia pegi cari glove tu, kitorang pun lepak la bawah jambatan uols… menikmati bekal makanan yang kitorang bawa. Dah macam sting garden dah rupanya. Makan bekal share-share lepas tu, kesejukan sebab angin kuat wooo…. Nak terbang rasa badan yang semakin ringan ni.. Ehhh…
Lepas tu amik gambar pulakk kat musium kesenian apa tah.. Macam-macam aksi kitorang buat. Hahahah.. Masa tu dah tak kira dah sejuk ke gigil ke.. janji dapat amik gambar.. Hahahha




Lepas 1 jam kitorang kat area sini, kitorang decide nak kembali ke Shinjuku Station untuk ke UNIQLO sebab salah sorang kawan kitorang nak cari long john. Untuk makluman korang, di UNIQLO kalau korang beli barang melebihi 5,000 Yen dalam satu resit, korang akan dapat TAX FREE. Jadi macam kitorang ni hah, kitorang combine semua dalam 1 resit which in total untuk semua orang yang membeli ni hah, lebih kurang dalam 12k Yen. Fefeeling orang hado hado kejap kan.. Tapi tax ni nanti nak balik baru korang boleh redeem kat airport. Kebanyakan kedai pun macam tu, minumum expenses 5,000 Yen boleh dapat TAX FREE. So, kalau korang shopping kat mana-mana, jangan segan tanya kedai tu ada TAX FREE tak. Dan jangan lupa setiap kali keluar bawa passport tu, jangan tinggalkan dalam bilik pulak.



Lepas dah soping sakan abis belas-belas ribu tadi, kitorang pun decide untuk balik ke center. Maka berpisah la kami dengan Emi yang akan kembali ke JICA Tsukuba dengan menaiki JR Line.

Route : Shinjuku Station – Hatagaya Station (Keoi New Line)
Fare : 130 Yen (one way)

Sampai kat Hatagaya Station, ada kedai 100 Yen.. sakan la dorang ni membeli barang.. Hahahha.. Ini barang baik weii.. Huhu..  Lepas tu kitorang pun balik ke center dan menikmati makan malam di center je.. Tak payah kuar duit sebab pakai meal card je.. Hihihi



Esok ada 1 hari lagi leisure day.. kemana agaknya kitorang?


till then, tatababai
Share on Google Plus

About Anil Wanina

Hi, I'm Anil. A full-time Assistant IT Analyst with passion on traveling. Write about travel, lifestyle, parenting, food, beauty, and event.

0 9 orang peminat :

Post a Comment

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^