Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 5

by - 7:30:00 AM

Assalammualaikum

Akihabara ! Mu tunggu kami datang… Kalau ikutkan perancangan awal, kami bercadang nak ke Akihabara, Asakusa dan Euno Park. Tapi korang tunggu kesudahannya kemana sebenarnya destinasi kitorang ari ni. ^_^



Seawal jam 9 pagi kitorang dah keluar dari JICA Center dengan harapan tinggi menggunung nak shopping sakan di Akihabara la kan..

Tentang Akihabara : 
Akihabara (秋葉原?, "Medan daun luruh"), juga dikenali sebagai Bandar Elektrik Akihabara (秋葉原電気街 Akihabara Denki Gai?), merupakan sebuah kawasan di Tokyo, Jepun. Ia terletak kurang daripada lima minit dengan kereta api dari stesen Tokyo. Namanya sering dipendekkan kepada Akiba (アキバ?) di Jepun. Walaupun ada tempat rasmi yang dinamakan Akihabara berhampiran, bahagian dari Taitō-ku, kawasan tersebut diketahui oleh kebanyakan orang sebagai Akihabara (termasuk stesen keretapi yang sama nama) sebenarnya Soto-Kanda, sebuah bahagian dari Chiyoda-ku.
Akihabara merupakan kawasan membeli belah utama bagi barangan elektronik, komputer, anime, dan otaku, termasuk barang-barang baru dan terpakai. Barangan baru kebanyakannya boleh didapati di jalan utama, Chūōdōri,dengan jenis barang-barang yang digunakan yang banyak dijumpai di jalan-jalan belakang Soto Kanda 3-chōme. Bahagian-bahagian yang baru untuk PC-pembinaan sedia ada daripada pelbagai kedai-kedai. Alat-alat, bahagian elektrik, wayar, kamera microsized dan barang-barang yang serupa dijumpai dalam saluran yang sempit Soto Kanda 1-chome (berdekatan stesen).Pelancong asing cenderung untuk melawat kedai-kedai nama besar seperti kedai-kedai khusus Laox atau lain-lain berhampiran stesen, walaupun terdapat pelbagai dan harga yang lebih rendah di tempat yang sedikit jauh. Akihabara mendapat kemasyhuran beberapa dengan menjadi rumah kepada salah satu daripada kedai-kedai pertama yang dikhaskan untuk barangan robot dan robotik peribadi.
Kawasan ini hanya dari pintu bandar Sujikai-gomon (sekarang Jambatan Mansei) yang merupakan salah satu pintu gerbang bandar (Mitsuke) dari Edo silam (Tokyo). Ia adalah pintu masuk dari dalaman Edo ke bahagian utara dan barat laut Jepun dan kuil Kan’ei-ji di Ueno. Ramai peniaga, tukang dan samurai kelas yang rendah tinggal di situ.

Route : Hatagaya Station – Shinjuku Station (Keio New Line)
Fare : 130 Yen (one way)

ada dorang buat piket depan Shinjuku Station

Dari Shinjuku, kami tukar route menggunakan JR Line
Route : Shinjuku Station – Akihabara Station (JR Line)
Fare : 170 Yen (one way)




Di Akihabara, memang banyak store yang menjual pelbagai produk dari anime, gajet dan yang paling wanted di Akihabara ni adalah G-Shock.

cuba teka berapa harganya?


Okey, biar Keknil kongsi sikit ilmu yang Keknil belajar hari ni mengenai G-Shock. Untuk model macam dalam gambar kat atas ni,kalau kat Malaysia, harga dia masa baru-baru launch hampir RM2k ye.. Masa kami datang ke sini, harganya dikatakan dalam RM1.8k. Dari satu kedai ke satu kedai kami keluar masuk, survey harga dulu katanya. Kebanyakan kedai di Akihabara ni adalah TAX FREE dan korang boleh buat tax redemption sebelum kembali ke Malaysia. Okey untuk jam jenis ni, harganya adalah 39,500 (confirm  balik dengan tinot), tapi lepas diskaun 8%, jadi 31,500 Yen. Kalau tak convert, murah kan.. Cuba kalau convert, harga dia akan jadi lebih kurang RM1,200++ sahaja. Hahh.. gile tak murah? Lepas tu nanti sebelum ko balik kat Malaysia, ko boleh buat tax redemption lagi. Tak ke murah dan murah lagi. Fuhh.. memang menggoda gile la.. Keknil beli ke tidak? Hukhukk.. Tak mampu uolsss.. Hanya mampu cuci mata sahaja.

Apapun, kat sini memang serba serbi murah. Rugi gile ase tak beli.. tapi Keknil bukanlah peminat tegar jam macam ni.. nak beli pape pun seme bajet ratus-ratus je.. tak mampu la nak bajet ribu-ribu.. Hahahah Gile cheapskate.. Miahahhaah

Travel Tips : Kalau korang pengguna kredit card, Korang boleh shopping di Yodabashi sebab kat sini harga dia macam lebih murah berbanding dengan kedai-kedai yang kami pegi tadi. 

Okey.. kita ambil contoh jam tangan tadi..
Harga Asal : 39,500 Yen
Harga lepas 8% diskaun : 31,500 Yen
Tambahan diskaun JIKA menggunakan kad kredit VISA sebanyak 5% :korang kira la sendiri

Dah berapa banyak diskaun korang dapat tu? Tax redemption lagi.. Fuhh.. makcik kayo !
Jadi kalau kesini, boleh pertimbangkan… tapi jangan lupa survey dulu.. takpe kalau korang spent 1 hari kat sini hanya jika korang ada barang nak beli kat sini. Kalau tak.. boleh takat cuci-cuci mata macam Keknil ni hah..

Keknil hanya cari souvenir je kat sini.. tapi kalau korang lama sikit.. korang boleh suuvey je dulu.. macam kitorang ni cuma ada 2 kali weekend je.. so, mana yang kitorang pegi dulu.. kitorang beli je.. huhuhu




Kat Akihabara ni ada satu kedai ni dia jual adult toys tau.. Hahahhaa.. kalau korang nak try tgk apa dorang jual dalam tu.. boleh la try masuk... Kitorang hanya mampu amik gambar dari luar sahaja.. Kikikikiii




Travel Tips : Di Akihabara ni, pada hari Ahad, Chuo Dori, jalan utama melalui daerah, ditutup kepada lalu lintas samada kereta, van, motor dan sebagainya. Jadi korang boleh ke sini pada hari minggu dan selfie / wefie ikut sukati korang nak baring tengah jalan pun takpe... 
Masa jalan ini ditutup adalah pada jam 13:00-18:00


Untuk lunch, kami makan kebab di Star Kebab di Akihabara.. memang sedap... tak rugi cuba..




Then kitorang solat kat satu pasaraya ni bernama Laox. Masuk pasaraya ni,cari lif dan terus ke Tingkat 7. Kalau tak sure, boleh tanya receptionist. Boleh solat secara bergilir-gilir. Amik wudu'kat aras 7 untuk lelaki dan aras 6 untuk wanita. Sila bawa botol air ye.. ^_^

 keadaan dalam surau


lokasinya di Aras 7

ada juga jual makanan Halal kat sini



Kitorang kat sini memang sampai malam.. gile menyervey harga barang.. even souvenir pun mostly kitorang beli kat sini.. Oh ye.. di area Akihabara ni ada satu flea market (nama flea market) yang menjual barang-barang anime dan ada juga barang-barang kulit seperti beg duit, baju terpakai dan macam-macam lagi. Cumanya, harga kat sini a bit mahal berbanding dengan flea market yang kami pegi semalam dan kat sini susah sikit nak tawar-menawar. Jadi, kami hanya cuci-cuci mata sahaja.
Kemudian kami mengopi sekejap di Akihabara dan pulang ke center semula.



Route : Shinjuku Station – Akihabara Station (JR Line)
Fare : 170 Yen (one way)
Route : Hatagaya Station – Shinjuku Station (Keio New Line)
Fare : 130 Yen (one way)


till then, tatababai

You May Also Like

0 orang suka

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^