The Other Side of Me

Inspired . Plan. Travel

Follow Saya

Instagram Instagram Facebook Page Twitter

Jemput follow ye ^_^

Monthly Pageviews

Disclaimer

Semua gambar dalam blog ini adalah hakmilik www.anilwanina.com, kecuali jika dinyatakan. Sebarang salinan, cetakan semula, terbitan semula semua gambar dari blog ini tanpa kebenaran pemilik blog adalah dilarang keras. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila minta kebenaran pemilik blog ini terlebih dahulu.

Mungkin saya tidak nampak, tapi Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang anda lakukan.


Thursday, March 9, 2017

Catatan Perjalanan Kursus JICA Tokyo | Day 2


Assalammualaikum

- Please respect the blog owner, do not copy the photo without permission -

Hari kedua di sini.. kelas masih belum bermula.. taklimat dan orientasi bermula pada jam 10 pagi.. Jadi pagi tu, Keknil masih relaks-relaks bersiap dan berjanji untuk turun sarapan pagi bersama sahabat yang lain pada jam 9 pagi.

Since hari ni hanya aktiviti dalam kelas.. jadi Keknil cuma berpakaian formal biasa sahaja. Tiada long john mahupun long coat atau winter coat. Sarapan pagi disediakan secara percuma, jadi boleh ambil sebanyak mana yang diperlukan untuk diri sendiri ye. Jangan tamak.. nanti dorang marah.. Sebenarnya 1 portion yang diberi dah cukup untuk bagi energy.. tapi kita orang Malaysia yang makan memang tak hengat.. jadi pagi-pagi Keknil dah makan nasi.. Apa cer? Kata nak kurus? Huhuhuu.. Makanya, makanlah jua dan lepas habis makan baru menyesal.. What the fish? Hahahah.. Lepas makan, silalah bawa tray tu ke ruang yang disediakan.. jangan tinggal atas meja tauu.. Jangan bawa sangat perangai Malaysia tu kat sini.. Hahahah

morning selfie

breakfast

morning breakfast

briefing session listing

20 minit sebelum pukul 10 pagi.. kitorang dah terpacak depan kelas. Tapi kelas tak ready lagi, so kita lepak tepi tangga sambil mengorat lecturer.. Huuuuuu… 10 minit sebelum pukul 10 pagi.. kitorang pun masuk kelas.. ada nombor okey.. So, sila duduk ikut nombor yang tertera. Sebab dorang ni bukan terus kenal kita..  dan semasa taklimat ni dorang akan bagi medical card, JICA registration dan cash card kepada semua peserta. Jadinya, duduk ikut aturan so nanti mudah untuk dia bagi semua fail tu kat kita. Dorang ni bila bercakap tak kuat.. menjerit pun tidak.. bila bercakap tu macam cakap bisik-bisik je kat kita..

representative from JICA

wefiee

Information about JICA

Official pin



Medical Card
Medical card ni sah laku digunakan oleh semua peserta JICA ye. Maksudnya kalau ko sakit ke batuk selesema demam ke.. boleh ke klinik dalam center untuk dapatkan rawatan dan ubat secara percuma. Begitu juga jika ada kecederaan lain. Tapi bukan semua dia tanggung rawatan secara percuma. Kalau pregnant tu memang tak boleh la.. dan ada beberapa lagi jenis penyakit yang dorang tak tanggung. Kos yang dorang tanggung termasuk jika korang memerlukan rawatan tambahan di hospital. Tapi.. still.. sila jaga kesihatan baik-baik.. kalau boleh takmo la sakit.. kang susah nak ukur jalan.. Heheh

medical card

fill all the form required

Meal Card
Tak sempat cerita pasal meal card semalam kan.. Meal card ni diattach sekali dalam kad pengenalan diri JICA yang diberi semasa hari pertama kami sampai. Kad ini digunakan untuk lunch dan dinner di cafetaria JICA Center. Ada amount tertentu juga untuk meal card ni berdasarkan jumlah hari kami berkursus di sini. So lagi lama kitorang berkursus.. lagi banyak amaun akan diberi. Meal card ni pun kena habiskan ye.. sebab kalau tak habis.. tak boleh refund pun jadi cash.. Huhuhuu.. rugi-rugi.. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi.. kita menerima. So gunakan meal card sebaiknya dan rancang pemakanan korang. Kalau nak diet.. no worries.. ada je menu-menu untuk diet.. siap ada tulis berapa kalori dalam setiap meal yang bakal korang pilih tu.. Hihihi

sebelah kanan tu la meal card


Cash Card
Bagi setiap peserta kursus akan menerima Cash Card (ATM Card) yang juga ditaja oleh JICA. Elaun yang kami dapat ni adalah dari hari pertama kami sampai sehingga hari terakhir kami di Jepun. Selain itu, ada juga elaun baju dan elaun penginapan jika perlu. Duit dalam cash card ni kena withdraw habis-habisan sebelum kitorang balik sebab nanti pihak JICA akan collect balik Cash Card ni. Cash Card ni dari tarikh kitorang dapat tu, cuma dapat keluarkan duit bermula hari esoknya selepas jam 3.30 petang.

cash card.. tazzabar nak keluarkan duit.. $$$$$$$

Since kami ada 2 kali hari minggu.. dorang cadangkan kitorang pegi la melawat tempat-tempat menarik kat Jepun ni.. Di Reception Centre ada disediakan banyak brochure tempat-tempat menarik di Jepun ni.. boleh pilih nak pegi mana. Kalau nak naik subway, dorang turut sediakan peta subway dan nak turun kat mana untuk ke tempat-tempat menarik. Memang ohsem sangat dorang ni..

Tamat sesi taklimat, lebih kurang jam 1130 pagi.. dorang dah suruh pegi lunch.. Apakah? Awal gile lunch kot.. tapi dah dorang soh makan.. kite follow je la.. Hahahah.. Menu tengahari lebih banyak pilihan.. ada juga hidangan set.. Dan untuk tengahari ni, Keknil terpaksa okey.. terpaksa makan nasik.. Hahahaha.. sebab display dia nampak sedap sangat.. Hahahahhahahaha.. Adoiiii…  Sekali bila dah makan, memang sedap okey.. Licin tray.. Hahahaha.. tabahlah nak !

lunch set

lunch set

lunch set

lunch set

enjoying my lunch

and I choose.. the yummy beef

Lepas makan, Keknil naik bilik untuk solat. Dalam 30 minit macam tu, turun balik dan sambung kelas sebab ada orientasi kursus pulak. Dalam kursus ni, dihadiri oleh 7 buah negara dari berbagai jenis agensi.. tapi kebanyakannya agensi yang terlibat dalam bidang ICT. 7 negara tersebut adalah Colombia, Indonesia, Laos, Myanmar, Papua New Guinea, Ecuador dan of course dari Malaysia.

Sesi orientasi dimulakan dengan perkenalan dari wakil JICA Tokyo iaitu Ms Shiba dan Coordinator untuk kursus kami iaitu Ms Mine. Turut hadir dalam orientasi ini adalah Mr Nakamura dari Ministry of Internal Affairs and Communication (MIC), Mr Saito dan Mr Fujisawa dari ITU Association of Japan (ITU-AJ). Lepas tu, kitorang pulak perkenalkan diri masing-masing. Fuhh.. nebes makcik !

orientation

berdiri dari kiri, Mr Saito (ITU-AJ), Mr Nakamura (MIC), Mr Fujisawa (ITU-AJ)

From the left, Ms Shiba (JICA), Ms Mine (JICA), Juan David (Colombo), Widy (Indonesia), Ika (Indonesia)

From the left, Thongdy, Khampay, Bounmy, Henbe (Laos)

Dalam orientasi ni dimaklumkan ada beberapa study visit dan lecture dimana ada ketikanya kami akan dibawa keluar untuk lawatan (bukan sightseeing tau) ke agensi terpilih di area Tokyo. So, bila dah start lecture dan study visit nanti.. memang la jadual akan penuh gile. Silap-silap tak cukup rehat. Akan ada satu hari tu nanti kami kena bentangkan country report dan individual report. So total akan ada 2 kali presentation. Ingat sesenang ke dorang nak sponsor kite? Kena wat keje tau.. Hehehhe

photoshoot time

So, sesi orientasi ni tamat pada jam 3.30 petang. Kejap je pun.. sementara tunggu waktu Isya kul 5.35 petang nanti.. kitorang decide untuk buat hal sendiri dulu dan akan turun semula lepas Isya kat Cafeteria untuk dinner dan lepas tu.. pegi ukur jalan la.. apa lagi.. Kikikiii..

dinner

OOTD at night



shopping

6 of us..

mushroom

Merayap saja keje ko ye Keknil ! Hahahah.. Sejuk tak sejuk belakang kira.. janji dapat ukur jalan.. So.. end of day 2.. kejap je dah Day 2.. Alaaa…


till then, tatababai

1 comment:

Sila tinggalkan komen dengan berhemah.. tqqq ^_^